Monday 29 June 2015

Dera kanak2 - sampai bila berakhir?

Patutnya entry pagi ni aku nak tulis part 4. Tapi mengenangkan macam2 isu semasa sedang berlaku ni. Aku nak mengulas sikitla juga.


Kanak2 didera ibu tiri 
-        *Kisah ni memang top sekarang, berlaku di Pasir Mas, Kelantan. Kronologinya ialah apabila ibu kandungnya minta bercerai dari ayah Nur Zuliana Zaara Zulkifli, 5. Ayahnya pula kata boleh dengan syarat anaknya yang dipanggil Yaya tinggal dengan dia dan ibu tirinya. Hampir setahun ibu kandung tidak berjumpa Yaya, last Raya tahun lepas. Nak dijadikan cerita, baru2 ni ibu tiri (yang lawa tapi hati kejam) ni call ibu kandung bagitau nak pulangkan Yaya sebab sibuk. Bila dibelek2, ada 13 patah tulang di rusuk, tulang belakang, pinggul serta lengan kanan. Rupa-rupanya dah 3-6 bulan Yaya menanggung sendirian dan tidak diberi rawatan. Maksudnya pulih dengan sendiri. Allahuakbar.
-        
-          *Macam2 komen aku baca di Facebook, sampai ayat yang kurang waras pun dah keluar dari ‘keyboard warrior’. Ya lah, geram dengan sikap ‘kesyaitanan’ – istilah baru sebab nak sebut kebinatangan takleh. Binatang pun sayang anak kay. Takda nak mendera bagai.
-          
      *Kenapa? Mungkin marahkan nyamuk, kelambu dibakar? Tetapi kalau betul jumpa depan2 lah, takyah la nak dera orang yang tak sama level dengan kau.
-          
*     *Simptom – budak tu sekarang dah trauma gler, fizikal dan mental. Kemungkinan cacat kekal dengan kaki dah tak sama panjang, mungkin bongkok sebab tak dapat rawatan awal. Aku yang kena sakit belakang sampai pinggul ari tu lambat dapat rawatan dalam 2 minggu pun doktor dah marah2, ni adik Yaya yang berbulan2 patah lak tue.
-          
      *Aku dok bayangkan dia macam Mia, usia macam tu nak ngadu dengan sapa? Terbongkok-bongkok nak cakap dengan sapa?
-          
      *Semalam TV3 interview jiran2 kata tak dengar bunyi budak nangis sebab rumah tinggi. Boleh jadi juga mulut dia ditutup terlebih dahulu. Aduhai, bab2 anak ni memang takleh terimalah. Sedey yang teramat.
-          
     *Hukuman – memang patut mereka menerima hukuman sewajarnya. Kalau hukuman penjara tak cukup, apa kata dengan hukuman sebat dan apa saja yang wajar lah. Nak hudud, belum laksana lagi kan?
-          
      *Penyelesaian – kenapa ada manusia berhati syaitan? Berdasarkan pembacaan aku kerana dalam hati seorang insan tiada iman. Maknanya tengah buat2 benda camtu, syaitan tengah rasuk? Nak salahkan syaitan? Salahkan diri sendiri. Kita yang kawal diri sendiri. Bukannya orang lain. Hati tu kena bersihkan dulu.
-          
      *Kita menasihat bukan kerana kita baik, tapi kita mahu orang lain juga jadi lebih baik sama2 dengan kita.

     p/s - kali ni takda gambar, tak sampai hati. InsyaAllah, dengan adanya harapan dan doa2 Orang Malaysia terhadap Yaya ni, dia akan pulih, amin2 dan pada 2 pemangsa tu, Allah tidak pernah memandang sepi doa orang teraniyai :(

Sunday 28 June 2015

Diari pesakit 3

Lupa nak cakap yang memang sepanjang aku pantang di rumah kira2 3 minggu dan masuk kerja, suara aku macam itik serati. Tak boleh bersuara kuat sebab masa operation, doktor kata kena peti suara. So aku redha. Bila dah start kerja pun buat appoiment dan interview pun cakap pelan2. Bila ingat2 balik rasa macam tak percaya pun ada. Aku telah melalui pembedahan yang kira major juga. Rasa amazing pun ada, dengan keajaiban Allah membuatkan para doktor berjaya membedah mengeluarkan sel cancer yang terlekat pada tiroid itu. AllahuAkbar.
ok, ni bukan aku tapi googgle. Cuma memang di sini lah pembedahan tiroid dan cam tu lah lebih kurang rupanya pembedahan tiroid. Kalau aku tengok gambar real aku sampai sekarang aku rasa macam. Argh! like seriously? Aku pernah kena bedah kat sini? Subhanallah, Allah Maha Besar
Selama seminggu, benang itu berada di leher aku. Selepas seminggu, aku ke PPUM sekali lagi untuk mengeluarkan benang yang terlekat di leher. Alhamdulillah semua ok. Dan checkup after operation. Doktor sampai tulis surat untuk aku attend speech therapy lagi. Hihi, dah rupa macam qimi lak kena pi speech therapy, tapi aku tak pi pun sebab susah nak pi. Aku Cuma pulihkan diri sendiri je kat rumah.
parut ni panjang, tapi parut ku kecik ja. Cuma parut kekal yang timbul ni memang aku punya type kulit. Sebab kulit ku kalau luka je, akan kena camni. Sebab pemulihan aku luar biasa katanya hingga menimbulkan daging berlebihan. Mula2 segan juga, asik pegang parut ni, lama2 dah ok. Bila tunjuk kat member, ramai juga kata eeeee, takpalah, dah kena nak buat camna. Orang lain lagi kena teruk. Lagi kelakar ada sorang kakak tu kata "Untunglah, takyah beli rantai dah" :)) sampai sekarang kalau orang tanya aku jawab camtu. kita kena cool kan?


nampak daging merah tu? memang inilah antara favourite aku sebelum ni. Terutamanya kambing golek. Adus! bila kena sos blackpepper, boleh lupa dunia jap. Walhal lepas tu pening kepala. Tapi sejak dah kena, aku tak amik lah. Cuma ada sesekali aku rasa teringin sangat, seperti Raya Haji misalnya, aku amiklah sekeping. Adui! kalau ma tahu ni habis teruk aku kena bebel. Habis tu, kalau tak nak makan, dok dalam gua sorang2 lah..huhu

Bermulalah hidup sebagai Cancer Survivor. Aku mula masuk grup kat Facebook macam tairod dan anda, Cancer Survivor (Malaysia) & Pulih Dari Kanser. Melayari blog2 yang berguna juga banyak membantu aku untuk terus berhati2 dalam pemakanan dan kesihatan. Walaupun sebenarnya ada juga tahap degil & langgar pantang. Adui! Aku ni memang tak kuat pantang sebenarnya tapi cuba. Cuma kadang2 terlanggar juga. Nak buat camna, keja macam aku ni lagi lah jumpa macam2 orang. Makan2 lagi, nak2 kalau shooting resepi, takkan tengok je kan.

Antara grup facebook yang bagus

Tairod & anda – ejaannya memang comel jer. Sapa sangka dia ada tiroid? Takda sapa kan? Dulu lagi lah, orang tak tau apa pun fasal tiroid. Aku sendiri pun bila jelaskan kat orang fasal aku kena tiroid, orang tanya apa tu? (aku tak bagitau fasal kanser tiroid). Maklumlah, aku tak nak orang tahu fasal aku dapat sakit ni, nanti orang ingat aku takleh buat kerja. Tapi untuk orang yang ada tiroid, grup ni bagus. Admin dia Kak Pah sangat bagus dan rajin menjawab walaupun ada pertanyaan berulang2 dari ahli baru.

orang kata bagus minyak kelapa dara ni, lagi bagus kalau boleh buat sendiri. Jenuhla nak buat sendiri sebab prosesnya agak rumit. Ni memang bagus sebab menyerap kolekstrol dan perbaiki semua aspek tubuh


Cancer Survivor (Malaysia) – Ni grup semua pesakit kanser berada di sini. Bila membaca pengalaman orang lain yang sakitnya lebih dasyat dari aku. Baru lah tau, kanser aku sebenarnya agak ringan berbanding orang lain. Kanser payudara, kanser hati, kanser usus, kanser rahim dan macam2 nama lagi membuatkan aku insaf jap. Ya Allah, dengan tahapnya ada 2, 3 dan 4 sekalipun. Malahan ramai juga kanak2 yang kena sakit Leukemia buat aku rasa sedih. L. Dengan rawatan kimoterapi dan radioterapi yang berbelas kali hingga kesan sampingan yang teruk. Aduh! Aku yang gini pun rasa sayu sangat dah, camna lah dorang. Pastu, saban masa juga ada ja orang yang meninggal sebab kanser. Huhu

kena belajar kanser apa pakai riben kaler apa


Pulih dari kanser – grup ni lain dari yang lain. Pemakanan alternatif seperti pil bromelain & aprikot dipanggil protokol & menolak terus gula & protein haiwan & tumbuhan (soya) supaya kanser pulih. Grup ini banyak membantu aku untuk memilih pemakanan yang sepatutnya. So far, aku memang cut gula dalam minuman, Cuma gula dalam makanan memang susah. Camna nak tau makanan tu takda gula kecuali kita masak sendiri kan? Cabaran gila. Camna nak masak sendiri kalau seawal 6.45 dah keluar gi kerja? Tapi bulan posa ni dah boleh bajet lah, bangun awal, masak dan gi kerja. Haha, tengok lah kalau rajin.

ni ilmu yang sangat berguna. Bukan sahaja pesakit kanser. Untuk siapa saja sebab kita sebenarnya kena makan real food, bukan makanan yang diproses macam nugget, burger dan lain2. Ok, untuk aku InsyaAllah aku boleh buat. Tapi untuk anak dan suami memang agak sukar sikit. Tapi aku kena control mereka sebab genetik dah ada kanser so memang kena prevent. Makan juga cuma pada2, tak banyak & kerap macam dulu. Kat umah memang dah takde stok nugget & burger. Kalau nak pun buat sendiri lebih selamat. Kalau nak masak spageti sekarang pun, aku buat ayam kisar sendiri, takpun beli yang minced chicken berbanding ayam kisar apa cap sekalipun.


Berbalik pada selepas operation, aku mendapat appoiment seterusnya untuk buat RAI iaitu Radioactive Therapy? Apa tu? Nanti aku ceritakan dalam episod seterusnya k.

BERSAMBUNG


Saturday 27 June 2015

Diari pesakit 2

Jun 2014
Di pejabat
Ketika itu kami sedang sibuk dengan persiapan Flea Market yang diadakan di perkarangan Karangkraf. Jadi, dengan sibuk bahan2, perlu bertugas juga untuk Flea Market ini. Mataku dah bengkak dari semalam, mengheret beban berat di dalam dada.

Jumpa bos aku, JJ & antara rakan yang supportive, Kak Rin. Aku mahu jumpa mereka saja dan berterus terang tentang situasi aku. Air mata usah bicara, memang bercucuran lebat. Namun dengan izin bos dan sokongan rakan, aku cuba bertenang. Esoknya aku cuti terus untuk persiapan masuk wad. Nasib baik bahan dah siap, cuma untuk next issue, memang aku tak boleh buat sebab semua ni memakan masa. Aku berterima kasih pada team ku macam Nina, Kak Faridah & Ain yang support bahan aku untuk tempoh tersebut.



Aku call ma dan ma akan datang. Kebetulan adik aku ada di rumah (dia tolong handle anak2 ku sepanjang aku di wad). Aku tak bagitau sapa2 pun, hanya team Pengantin dan team Nur saja yang tau. pada mereka aku kata ini rahsia. Aku tak mahu siapa pun tahu mengenai aku. Biarlah ia berlalu begitu saja.

1 Jun 2014
Datang sehari awal untuk admit. Cek darah dan macam2 lagi lah. Rupa2nya sama masalah dengan aku, ada 2 lagi patient berbangsa Cina yang mengidap masalah sama. Cuma mereka bukan kanser tetapi tiroid biasa. Aku ditempatkan di wad terbuka, sebelah aku seorang nenek yang mengidap kerosakan buah pinggang. Di depan aku masalah diabetes rasanya. Semuanya dah berusia, nampaknya aku yang paling muda.

2 Jun 2014
Mak aku sampai, aku sudah diarah berpuasa sejak malam tadi. Jam 8 pagi namaku sudah dipanggil, aku diusung masuk ke bilik pembedahan. Tak penah merasai pengalaman sebegini. Terus masuk ke bilik dengan dua doktor bius yang sudah berjumpa sebelum ini. Doktor bedah memeriksa leher ku. Terbayang cerita ER dulu-dulu. Haha, sekarang kena hadapinya. Kat atas ada lampu yang banyak2 tu.

Doktor bius bertanya dan borak2, banyak kali mereka tanya namaku, umur semua. Kemudian doktor letak bius mulut, suruh aku kira bermula 10,9,8 dan aku sendiri tak sedar selepas itu.

Bila aku sedar saja, aku sudah berada di luar bilik bedah, ada beberapa orang disebelahku juga. Rasa pening dan penat, Nurse tanya namaku dan bila dia berpuas hati, mereka hantar aku ke wad untuk berehat. Nampak wajah suamiku, ma, adikku. Rasa mahu menangis tapi tiada air mata. Rasa mual dan pening kepala mula menyerang. Rasa nak muntah tapi tak. Kebetulan ma ada buah limau dan aku minta untuk menghidu, kurang sikit rasa mual.
macam aku, after dia takde ke dua belah, dengan sendirinya kilang kalsium takda. so aku kena makan ubat tiroksin untuk support keja tiroid dan kalsium sebab kilang kalsium pun dah kena buang.
Orang yang datang melawat aku tak boleh buat apa. Rasa mual dan pening mengatasi segala. Allah. 5 malam aku berada di wad. Kesusahannya memang sukar nak dibicara, tetapi melihat pesakit lain yang lebih teruk dari aku buatkan aku bersyukur.

Lebih diam dan berfikir mengenai semua ini mengingatkan aku bahawa hidup ini masih luas dan peluang untuk aku jadi lebih baik terbuka luas.

BERSAMBUNG

Friday 26 June 2015

Diari pesakit 1

Bismillah,
Setahun lebih hanya saudara-mara dan rakan terdekat sahaja mengetahui tentang perkara ini. Namun setelah melepasi tempoh2 kritikal akhirnya aku mahu menulis dalam bentuk diary di sini. Jika ada yang baik boleh jadikan teladan & yang buruk jadikan sempadan ya.

Selama ini aku sehat. Setakat demam & sakit perut, itu perkara biasa. Maksudnya aku tak pernah sakit teruk hingga masuk wad. Walhal berbanding laki aku, dia yang kerap masuk wad. Begitu juga kala mengandung, aku tak pernah alah. Serius! Ini memang betul. Sebabnya yang mual2 dan muntah ialah lakiku, hahaha. Ni memang lawak. Bukan apa, jika dibandingkan dengan kawan2 ku yang lain, morning sickness mereka teruk. Ada yang tak boleh bau cafe, tak boleh masak, muntah2 dan ada yang ambil cuti tanpa gaji pun ada sebab tak larat.

Hal yang sama juga berlaku masa bersalin. Alhamdulillah, bersalin aku mudah. Sampai anak ketiga doktor kat dalam lif, mia cepat sangat nak keluar, aku teran main rempuh ja. Tapi sakit beranak tetap jatuh nombor satu. Hoooo...memang sakit wey... Cuma aku bersyukur sebab melaluinya dengan bantuan. Sebabnya pengalaman orang lain agak mengerikan juga, sampai kena bedah, jumpa cyst masa nak bersalin, tumpah darah dan lain2.



Baby aku juga okey. Kuning juga tapi boleh jemur dan hilang. Tak seperti orang lain, yang ibu dalam pantang bedah pun hari2 kena g hospital jaga anak demam kuning. Alhamdulillah. Dan ketiga2 pantang, aku cuti di kampung. Mak menatang bagai minyak yang penuh, bangun malam jaga baby, kisahkan pasal urut, tungku dan lain2. En.suami pun begitu supportive, so takda masalah.

sehinggalah aku diuji dengan sakit ketika hendak menelan. Selama seminggu rasa sakit tak hilang. (Sebenarnya aku dah ada benjol dalam beberapa tahun tapi aku tak hiraukan sebab tak sakit). jadi pada awal tahun 2014, aku terus ke PPUM dan ke ENT untuk cek kenapa masalah ni boleh berlaku. Walaupun aku rasa takda apa2, tapi sekurang2nya biarlah aku pegi jumpa doktor untuk hilangkan sakit tu.



Bila doktor panggil masuk ja, terus aku bagitahu masalah dan dia cek leher aku. Doktor suruh cuba menelan supaya dia boleh lihat pergerakan biji sebesar guli. Masa tu agak sakit dan bertanya lebih kurang. aku belum rasa apa2 lagi masa tu. Sampailah doktor pakar ni memanggil sorang lagi doktor yang lebih senior untuk melihat leher aku.



Terdengar perbualan mereka bahawa itu kanser tiroid. Hatiku kata bukan kot. Takkanlah, aku tak pernah sakit sebelum ni. Family aku pun takda genetik kanser. Kalau tiroid oklah. So selepas perbincangan, aku perlu buat biopsi (proses mengambil sampel benjol untuk dihantar ke makmal bagi mengesahkan benda itu).



Disebabkan memang kebetulan kami sibuk bulan 3 itu, aku cuma sempat buat biopsi dan menangguhkan berjumpa doktor bulan 5. Sebabnya minggu tersebut busy, anak saudara suami nak kawin di Terengganu, pastu kami balik untuk majlis pihak lelaki pula. Dalam masa sama abah aku menjalani pembedahan katarak di Hospital Kota Bharu. So, memang banyak benda.



Setelah semua selesai, aku pun pegilah jumpa Doktor Ent balik. Setelah lihat result, maka benarlah aku mengidap Kanser tiroid atau bahasa saintifiknya Papilary throid carcinoma. Doktor memanggil senior dan beberapa doktor lain untuk bincang. AKhirnya mereka setuju untuk bedah aku.

Aku macam "what?"
"Sory Puan, puan perlu dibedah secepat mungkin supaya kanser tu dapat dibuang"
"Bila?"
Doktor pun tengok kalendar dia. Ops! Aku checkup rabu, pastu doktor tengok muka aku "secepat yang boleh."
"Bila?"
"Isnin ni"
Jantung aku macam nak pecah! Hari ni rabu, bermakna ada 4 hari sahaja untuk aku dibedah?
"Saya akan tolak 2 patient tonsil untuk masukkan awak dalam wad bedah."
Aku terkedu, macam blur. Tak nangis sebab masa tu otak aku jem.
"Insya Allah, semua takda apa2."
Laki ku papah keluar. Mata aku dah bergenang. Tidak mampu menerima semua benda ni.




Macam2 aku fikir, rasa tak percaya pun ada. Kenapa aku? Betul ke? Kanser?

Sampai rumah pun, lakiku yang handle budak2 n keja umah. Aku diam tak berkutik, esok aku kena gi opis jelaskan situasi.

Okey, bersambung nanti. 


Thursday 25 June 2015

Anak yatim perlu dibela bukan dijaja

Bulan posa ni selain makan lah, apa yang biasa orang ingat?
Sedekah? Ya.
Quran? Sangat dialukan
Belanja orang buka posa? Betul sekali.
Kiranya semua amal baik kan
Ada satu lagi yang bagus kita buat. Apa tu?
Menggembirakan anak yatim
Tak kiralah anak yatim yang berada di rumah anak yatim @ anak yatim yang tinggal dengan family.

yang ni aku ikut lawatan Dr.Ridzwan Bakar untuk wisata rohani di Bandung. Semua anak2 ini menyambut kami dengan ceria. Biarpun berbeza bahasa, aku faham kesusahan mereka. 


 Ingat lagi iklan Bernas yang dua rakan, Fizi & Ahmad balik beraya. Macam2 rintangan yang dorang hadapi & akhir sekali beraya di pusara? Iklan ni tahun 2012....Wah..nangis mak. Memang berjaya potong bawang la sepanjang citer tu.

sorang buta, sorang lagi gagap berjaya meruntun 
Sebab aku bayangkan bagaimana kalau itu terjadi pada anak aku? Dengan sapa dorang nak mengadu masalah kawan buli dia, sapa nak tolong siapkan baju sekolah dan lain2...huwaaa. Memang seksa ah..tambah2 lagi kalau budak kecik bawah 6 tahun, sayunya tengok muka naif dorang. Kalau antara 7-12 tahun yakni budak sekolah rendah pula, dorang jujur dan kadang2 pendam perasaan. Nakal2 budak pun, perasaan manja dengan mak tu tak boleh lari...huhu
 
yang ni tengah pilih jadi adik angkat sapa. Ops! abaikan peha yang besar ya. Tapi mak dari dulu2 dah stylo rupanya..hahaha,, gurau2, jangan menyampah k


Aku penah beberapa kali pegi rumah anak yatim. Semua atas urusan kerja. Sempatlah bersama arwah Sharifah Aini & Shila Amzah (masa tu dia lum popular sangat lagi, tahun aku pun dah lupa. 2010 kot). Tengok bagaimana mereka layan anak2 yatim dengan baik. Lagi lah bertambah syahdu aku bila mereka anggap artis tersebut seperti ibu kandung sendiri. Siap ada bawa tisu nak minta tanda tangan lagi. Huwaaa....

ni kat bandung, masa coverage event, sian anak kecik yang tengah demam ni, nak pegi rumah sakit perlu naik mobil, motosikal tak sampai sebab tak cukup duit

Pastu tahun 2012, lagi sekali aku bersama finalis Pencarian Covergirl 2011/12 ke rumah anak yatim yang sama untuk jalankan aktiviti. Kali ni sehari, siap masak bersama, buat aktiviti sukaneka, solat jemaah, bagi duit raya tajaan bank, bagi baucer baju raya dari syarikat yang baik hati, alat tulis dan lain-lain. Tengok muka mereka yang hapy buatkan kita juga hapy. Terbayang anak2 kat umah yang boleh request je nak g popular pastu nak beli itu & ini. Sedangkan mereka semua kena jimat2 semua barang. Lagi huwaaaa.

Ni lak anak yatim yang bekeja sampai malam menjual qoran (surat khabar), dua beradik ke sana ke mari, menjaja semata2 untuk mencari duit poket. Bila aku tanya, dorang jawab main2, maklumlah budak2

Disiplin dorang bagus, solat ikut waktu, dengar kata. Cuma part nakal tu ada lah juga, nama pun budak. Takkan nak minta dorang diam sepanjang hari. Cuma boleh ditegur dan mereka tak melenting. Alhamdulillah.

 Ada satu lagi yang aku pernah pegi masa pencarian covergirl tahun 2009, tapi ni bukan anak yatim, di rumah warga mas yang dijaga oleh ex nurse. Dia jadikan rumah tu sebagai tempat menjaga kebajikan mereka. Huwaaa. Sedih...

Ni team kami yang cuba untuk menggembirakan anak yatim. Takpala, tolong tak semestinya melalui wang ringgit. Apa saja yang boleh gembirakan mereka




Teringin nak bawa anak2 ke sini,nak tunjukkan mereka contoh bahawa tak semua orang bernasib baik di dunia ini. Syukur Alhamdulillah kerana masih ada ibu & ayah,tapi mereka?

Bila macam ni, teringat budak2 yang selalu menjual di Stesen Minyak, jual kalendar. Bayangkan mereka sehari suntuk di situ, berpanas, berembun semata2 untuk mendapatkan jualan. Kesian kay.



Ini lah team finalis yang memeriahkan lagi majlis. Masing2 dah sukses sekarang 
 Bak kata Saiful Nang, sepatutnya anak yatim dibela, bukan di jaja. Kita yang perlu menjaga kebajikan mereka, bukannya mereka yang cari dana untuk terus hidup. Sebab tu, dalam Quran sendiri cakap, sampai 23x sebut anak yatim. Jadi jangan sampai melampaui batas.

Ia juga pesanan buat diriku dan insan di luar sana, kita masih belum cukup membantu mereka yang memerlukan. Perlu lebih peka dan prihatin. Ya Allah, semoga kami tidak dalam golongan yang lalai.

Tuesday 23 June 2015

Sambal ayam penyet

Kalau sebut ayam penyet, memang sah kena makan kat Wong Solo. Meletup abis. Susah nak cari yang sesedap dia kan. Kalau pegi tu sah memang kena q lama. Walhal dia dah buka 2 lot pun orang tetap ramai kat Seksyen 7 ni. Walaupun ada restoran ayam penyet lain macam AP tetap tidak menyamai Wong Solo. Dulu2 servis dia slooooow sampai kami panggil Wong Slow. hihi. Tapi sekarang dah okey sikit.

Antara yang sedap resepi ni ialah ayamnya dan sambal. So, aku copy resepi dari kawan aku ni, baca sini. Sebab paling best aku suka blog dia ialah resepi bergambar. Sebab senang nak refer. Bukan tak boleh resepi takda gambar, boleh je. Jadi je, cuma kalau ada gambar ni kita yakin benda tu memang jadi.

Aku cuma nak kongsi resepi sambal je. Sama ja, tapi nak juga kongsi gambar aku. Jom

aku buat lagi simple, 5 batang Cili merah,5 biji Bawang merah, (hiris) , seulas 1  Bawang putih (hiris), 3 biji Tomato (potong 4), sikit belacan ,1 sudu Ikan Bilis
 gula merah

goreng semua tapi berperingkat lah, tomato masuk last. 

lepas sejukkan, kisar dan masak atas api kecil, masa ni boleh letak garam & gula merah

taraaaa... dah siap. Nak petua lebih, gi blog kat atas. Memang banyak petua yang boleh tiru. kat belakang tu ayam penyet.






Sunday 14 June 2015

Berangan tu kan percuma

Bila dah usia nak masuk akhir 3 series ni :-
- rasa diri dah tua sangat (tapi rasa muda lagi..haha)
- rasa macam lamanya dah keja (14 tahun okey!)
- rasa tulang pun dah start bunyi (yang ni memang serius, sakit belakang yang teruk)
- rasa bosan dengan rutin sama (takdalah bosan tahap gaban, cuma benda sama, skill sama)
- rasa perlukan suasana baru (memikirkan kerja dari rumah...)
- rasa macam seronoknya kalau takyah pegi keja... (hahaha...)

matahari terbenam di Ausie. besh!

dan macam2 rasalah sebenarnya. Aku seorang ke rasa begitu?
NOPE!
kawan2 aku pun rasa yang sama. Bukan dah tak suka jadi wartawan. Tapi perlukan sesuatu yang fresh dalam hidup.

sibuk pun tapi uruskan masa sendiri kan seronok


Jangan cakap, pegilah cuti.
Hey! Aku sefamily memang kerap gi cuti lah. Gi jalan2 nak redakan stres, kenal tempat baru dan lai-lain. So, bukan benda percutian yang jadi soalnya. Cuma itulah...

ni masa qimi baby lagi, tahun 2007


Pastu berangan, seronoknya kalau takyah keja, tapi duit masuk. Haha. Lupakan ya cik penulis. Cuba berpijak di bumi nyata. Aku masih okey. ada kawan aku lagi lah berangan. Alangkah seronoknya kalau dapat duit sejuta, dua juta. TAHAP DEWA berangan. Tapi berangan tu kan percuma?


Alhamdulillah


Ramai yang aku borak, generasi X - seronok kalau duk rumah, layan suami, hantar anak sekolah. Tak perlu menempuh jem, ketua, reshuffle dan lain2. Penat woih! Benda yang sama. Tapi tu lah, takde income pula. Komitmen banyak okey, hutang rumah, kereta, anak2 dan lain2. Tambahan pula, aku ada komitmen PPUM 3 bulan sekali ni, haru juga semua.

menatang ct scan ni lah yang akan scan aku lepas buat rai. ni pun kosnya dah berapa...huhu
Jadi, harung je lah. Selagi ada kudrat bekerja, tulang 4 kerat. InsyaAllah, dari angan2 itu lah yang akan menjadikan ia impian. Amin2...

hipster? Kini trending


Adalah dalam tahun ni kot aku dengar perkataan hipster.
Katanya ia popular sekarang di instagram & media sosial lain. Jadi, aku dengan gigihnya nengok dorang susun atur makanan (shooting resepi) supaya nampak kena dengan aliran semasa. Tetiba aku rasa macam tak berapa besh. Sebab yang aku belajar dulu2, biasa shooting makanan, kena 45/90 degree, supaya gambar makanan nampak menyelerakan. Ni pun aku belajar dengan otai majalah rasa, macam mana food styling dan lain2.

macam nilah kami shooting dolu2, yang penting depan kena cantik, sharp, supaya pembaca dapat tengok dengan jelas-inti, pastri dan lain2lah. Kadang2 letak props macam sudu, garfu, kain, tisu dan macam2.    



Tapi bila zaman dah berubah, teknologi tanpa sempadan, generasi baru mula mencorakkan perkara baru. Masih dalam konteks resepi yang sama, cuma gaya akhirnya berubah. Gambar tidak perlu terlalu rigid, dari atas boleh, tepi pun ok.  sepah2 pun takpa, asal ada kena mengena dengan resepi

ala2 rustik pun ada, siap ada yang gigit (haha! bukan ya, patahkan) pastu letak serak2, dari top gitue.
Tapi bila dah 2x buat benda ni, dan tengok orang update gambar yang macam2, memang aku rasa perlu ikut aliran semasa. Kita tak boleh di takuk lama. Nanti ketinggalan. Bukan setakat kena tinggal dengan bas, tapi kapal terbang dah hah!

So, dengan itu, maka aku pun terpaksa akui yang zaman berubah, kita perlu akui bahawa idea zaman sekarang lebih diterima pakai, jadi benda tu kita kena buat juga. Kalau tak, jadilah macam katak bawah tempurung.

Itu makanan, macam mana pula dengan fesyen? hm... Aku tanya2 juga budak Hijabista. Mereka kata hipster adalah yang berlawanan dengan mainstream. Kalau ketika itu popular dengan shawl, orang yang suka kelainan ni akan buat yang berbeza, mungkin untuk menarik perhatian atau apa2 lah.


macam ni lah lebih kurang. contohnya pakai dress bukan dengan heels tapi boot. biasa kan boot pakai dengan jeans. ni yang berlawanan punya. (nak bagi senang paham)
ala2 gaya budak sekarang lah. Jangan mak budak pun ngikut sama. Boleh tapi pada2 lah fesyen corak tue. takkan dari atas bercorak sampai bawah. Ya tak?
background pun depa kata ada yang hipster. macam gambar ni lah. Tapi bagi aku, background ni biasa ja. Macam dulu2 pun ada, tapi kita panggil vintage. Entahla! macam2 gelaran. ikut gambar ni, hipster vintage. Tetiba lak gabungkan.
Pendek kata macam2 lah pasal hipster ni.
Rasa macam diri dah tua.
Huhu

Monday 8 June 2015

Cabaran mendidik anak

Kisah anak2, takkan pernah habis.
Masa baby, ragamnya nangis, sakit demam dan lain2.
Masa toddler, ragamnya meniru ajuk kita, tantrum, hiburkan kita dan lain-lain.
Zaman sekolah rendah ragamnya pula berbeza, main2 dan belajar.


Cinta, sayang, geram, marah dan lain2
Aku harus akui yang ‘parenting skill’ memang kurang. Namun perlahan2 aku gilap kembali. Bertanya pengalaman kawan2 dan ubah suai mengikut semasa. Paling nyata perbezaan didikan aku & suami. Maklumlah, dua orang yang dibesarkan dalam suasana berbeza mesti memiliki tahap yang berlainan untuk mencorakkan anak2nya. So far, bagi aku takda masalah. Kami okey.

semua perlu dipelajari, ada banyak buku untuk dibaca, juga pengalaman untuk dipraktikkan. semuanya banyak membantu



Tetapi...
macam mana nak bagi anak dengar kata?
Macam mana nak minta anak belajar?
Macam mana nak suruh dorang cemerlang seperti orang lain?

Susah!
Sebab setiap orang potensinya berbeza.
Itulah yang aku tulis saban masa. Buku2 parenting, pakar sekalipun tulis bagi masa pada anak. Ada anak yang lambat dan ada anak yang cepat. Itulah aku lakukan, tidak terlalu memaksa. Tapi, bila biarkan mereka pula bermaharajalela. Eh! Ni macam nak bagi mama marah kan? Semua ni buatkan aku berfikir kadang2 rasa sampai kata, betul ke apa yang aku lakukan ini?

Cuba...
Membandingkan kebolehan mereka dalam pelajaran dengan orang lain memang tidak patut. Malah, aku sendiri yang menulis untuk majalahnur bahawa setiap individu berbeza jadi pendekatannya berbeza.

aku sampai baca buku ni. Memang bagus. Sangat recommend bagi ibu2 yang mahu mendidik anak2. Penulis ini cabarannya kerana mempunyai anak autisme, Tapi cara dia mendidik sangat boleh diteladani. Mulakan dengan memohon dan berdoa kepada Allah, diminta mudahkan segala2nya. Mohon maaf kepada emak, caranya pun berbeza. Oh! 
Melihat result anak2 kawan yang cemerlang. Bukan setakat dapat A untuk semua subjek, malahan markah 100. Tapi anak aku? E & F? OMG! Apa yang telah aku lakukan? Baru darjah 2 tapi ketika inilah nak score. Mengikut kata rakan ku di PA&MA, soalan darjah 1,2 &3 senang nak score. Kalau result teruk bermakna mereka tak faham apa yang dia belajar. 

Ni lah anakku, tak faham soalan. Hehe, (maknya sibuk sangat kan)


Jadi, bagaimana? Penyelesaiannya beli buku2 latihan untuk mereka buat. Buat lah sekejap, pastu main. Biar dorang main sampai rasa patut aku marah kena lah marah.


Amin2..

Kanak2 daya ingatannya memang cepat lupa. Kena selalu ingatkan. Itulah yang selalu aku buat, ingatkan. Tetapi bila macam tu dorang ambil mudah pula. Jadi, buku tulis tak betul ke cara aku tak kena?



 Kalau nak kata air tangan ibu, aku selalu masak. Kalau tengok fb aku yang lama pun, memang aku suka masak, walaupun biasa2 ja. Huhu...Menerusi pembacaan, orang alim kata ibu bapa kurang doa. Ini harus aku akui. Mungkin ini yang aku kurang. Perlu perbaiki lagi.


Anak2 adalah anugerah terindah. Perlukan kesabaran & ilmu tatkala mendidiknya. Allah, berikan ku kesempatan untuk mendidik mereka dengan sebaik2nya sebelum kau menjemputku. Amin2

Sunday 7 June 2015

Stres? Tak lah. Syukur

Oh! Lamanya tak blogging.
Haha, korang mesti boring kan? Bila ada entry je, terus tulis fasal lama tak blogging. Takda benda lain ke? Ok, untuk tidak membuatkan orang terus menyampah, baik aku terus kepada cerita.


pic lama ni, Mei 2013, stres sebab berat badan makin naik, tak susut2.


Pernah tak korang rasa macam ada satu hari tu penatnya Ya Rabbi. Malas nak buat apa tapi sebab dah tanggung jawab terpaksa buat juga. Itu tanggung jawab pada keluarga macam kerja2 rumah yakni basuh baju, sidai baju, kumpul baju sampai seminggu baru lipat, masak, kemas rumah, marah anak2, itu dan ini dan bla2...Bila dah penat, mula la stres

kata2 motivasi begini menjentik membuatkan aku rasa hidup ini untuk apa sebenarnya?


Hal kerja pula tanggungjawab besar. Stres. Nak tak nak kena setelkan. Walaupun tiba2, model kul 11 malam cakap perlu balik kampung sebab ada hal tidak dapat dielakkan. Dan shootingnya esok pagi, jam 9 harus mekap. Hey! Takkan aku nak cakap “ok takpa Belle (nama samaran), lepas ni kami blacklist” – itu balas dendam namanya. No! Aku perlu profesional dan cakap “ok takpe, take care”. Walaupun selepas itu aku terus berfikir dan whatsapp beberapa model yang boleh menggantikannya. Takkan shooting tak jadi pula? Jadi deadline aku bagaimana? Kalau ada nasib, ada ja model yang akan gantikan, kalau tak, aku terpaksa bertanya mana2 grup yang boleh tolong. Kau agak, dah jam 11.30 malam, orang tak tidur lagi? Sampai jam 1 pagi nak setelkan semua benda ni. Nak tunggu mana2 model yang free, atau cadangan model baru yang free. Apa pun jadi, esoknya shooting tetap jadi okey? Jadi, nak tak nak, esok shooting tetap berlangsung tanpa mengetahui apa yang berlaku sebelumnya. Majalah tetap keluar seperti biasa yunk. Itu namanya cabaran.

ini shooting outdoor dengan Adreesya Team dan model. Kat Pasar Seni. Takda kena mengena dengan cerita di atas. Yang tinggi tentulah model dan yang rendah mestila orang belakang tabir. Anyway, yang tudung oreng tu wife no.2 Andy Flop Poppy. Ops!

Berbalik cerita stres kat rumah. Umur dan lewat 30an ini memang beginilah. Tambah2 dengan keadaan sakit, 3 bulan sekali perlu menghadap ujian darah, doktor endokrin, doktor onkologi. Penat! Dengan kerenah anak2 yang semakin membesar. Menjawab persoalan mereka, bla2, minta tolong dorang belajar, sampai paksa pun dorang tak hairan. Mwa haha.. Agak2 camna. Kalau dengan pujukan tak setel, kadang2 naik juga suara aku. Itulah, gen Z ni kerenahnya macam2...sabar2.

 
ada muka budak nakal? Tapi tu lah, dengar kata2 ustaz kata anak2 ni cermin mak bapaknya. Jadi, kalau mereka nakal, mesti ikut salah satu. Eh! mak tak nakal dulu2. ikut bapak eh? Hahaha.






Satu lagi perkara yang membuatkan aku stres ialah bila travel jauh2, termasuklah balik kampung. Itu lah muda2 tak rasa apa pun, berbelas jam pun rilex ja jalan jauh. Ni nak balik Kelantan yang makan masa 8 jam pun aduhai, nak nangis rasa. Itu belum masuk lagi, dari Johor nak ke Kelantan, dalam 11 jam juga. Setakat penat kami laki bini ok lagi, tapi bila dah masuk anak2 bertekak kat belakang disebabkan perkara remeh macam berebut tempat duduk, ko pijak selipar aku, aduhai! Ayahnya pun dah naik angin. Penyelesaiannya beli MPV yang jarak mereka agak jauh, tayangkan kartun kesukaan mereka, tapi kalau dah berbelas jam? Ulang tayang la citer Elsa, Dora, dan macam2 lagi sampai dorang naik muak.

sian budak2 sekarang.
Angkat barang? Lately ni memang teruk aku kena ‘back pain’. Sampai kadang2 berbunyi tulang aku masa angkat barang. Huhu, kalsium kurang doe. Teruk tul penangan hilang ‘kilang kalsium’ masa operation hari tu. Sabar, Allah nak hilangkan dosa2 tu. Amin2.


Bila dah rasa stres, tau la, macam2 dok fikiran. Dok bayangkan alangkah seronoknya, kalau dah resign, boleh dok rumah. Boleh lakukan apa yang disukai dalam tempoh masa yang panjang macam menulis, reka fesyen baju ke. haha






Komplen? Aku komplen ke? Tak lah, bukan tak bersyukur. Syukur sangat. Dengan ini, maka aku sedar kita tak selama2nya kuat, akan ada 1 masa kita rasa penat sangat. Semua orang akan alaminya Cuma aku terawal berbanding orang lain (belum 40 dah terasa macam2). Atau mungkin orang zaman sekarang rasa stres awal? Jangan stres2, penyakit aku memang takleh stress, kalau tak habis, seronoklah sel2 cancer itu. Ok, itu saja entry buat masa ini. Jumpa lagi, doa2 kanlah aku menulis dengan lebih kerap di blog. 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...