Sunday 7 June 2015

Stres? Tak lah. Syukur

Oh! Lamanya tak blogging.
Haha, korang mesti boring kan? Bila ada entry je, terus tulis fasal lama tak blogging. Takda benda lain ke? Ok, untuk tidak membuatkan orang terus menyampah, baik aku terus kepada cerita.


pic lama ni, Mei 2013, stres sebab berat badan makin naik, tak susut2.


Pernah tak korang rasa macam ada satu hari tu penatnya Ya Rabbi. Malas nak buat apa tapi sebab dah tanggung jawab terpaksa buat juga. Itu tanggung jawab pada keluarga macam kerja2 rumah yakni basuh baju, sidai baju, kumpul baju sampai seminggu baru lipat, masak, kemas rumah, marah anak2, itu dan ini dan bla2...Bila dah penat, mula la stres

kata2 motivasi begini menjentik membuatkan aku rasa hidup ini untuk apa sebenarnya?


Hal kerja pula tanggungjawab besar. Stres. Nak tak nak kena setelkan. Walaupun tiba2, model kul 11 malam cakap perlu balik kampung sebab ada hal tidak dapat dielakkan. Dan shootingnya esok pagi, jam 9 harus mekap. Hey! Takkan aku nak cakap “ok takpa Belle (nama samaran), lepas ni kami blacklist” – itu balas dendam namanya. No! Aku perlu profesional dan cakap “ok takpe, take care”. Walaupun selepas itu aku terus berfikir dan whatsapp beberapa model yang boleh menggantikannya. Takkan shooting tak jadi pula? Jadi deadline aku bagaimana? Kalau ada nasib, ada ja model yang akan gantikan, kalau tak, aku terpaksa bertanya mana2 grup yang boleh tolong. Kau agak, dah jam 11.30 malam, orang tak tidur lagi? Sampai jam 1 pagi nak setelkan semua benda ni. Nak tunggu mana2 model yang free, atau cadangan model baru yang free. Apa pun jadi, esoknya shooting tetap jadi okey? Jadi, nak tak nak, esok shooting tetap berlangsung tanpa mengetahui apa yang berlaku sebelumnya. Majalah tetap keluar seperti biasa yunk. Itu namanya cabaran.

ini shooting outdoor dengan Adreesya Team dan model. Kat Pasar Seni. Takda kena mengena dengan cerita di atas. Yang tinggi tentulah model dan yang rendah mestila orang belakang tabir. Anyway, yang tudung oreng tu wife no.2 Andy Flop Poppy. Ops!

Berbalik cerita stres kat rumah. Umur dan lewat 30an ini memang beginilah. Tambah2 dengan keadaan sakit, 3 bulan sekali perlu menghadap ujian darah, doktor endokrin, doktor onkologi. Penat! Dengan kerenah anak2 yang semakin membesar. Menjawab persoalan mereka, bla2, minta tolong dorang belajar, sampai paksa pun dorang tak hairan. Mwa haha.. Agak2 camna. Kalau dengan pujukan tak setel, kadang2 naik juga suara aku. Itulah, gen Z ni kerenahnya macam2...sabar2.

 
ada muka budak nakal? Tapi tu lah, dengar kata2 ustaz kata anak2 ni cermin mak bapaknya. Jadi, kalau mereka nakal, mesti ikut salah satu. Eh! mak tak nakal dulu2. ikut bapak eh? Hahaha.






Satu lagi perkara yang membuatkan aku stres ialah bila travel jauh2, termasuklah balik kampung. Itu lah muda2 tak rasa apa pun, berbelas jam pun rilex ja jalan jauh. Ni nak balik Kelantan yang makan masa 8 jam pun aduhai, nak nangis rasa. Itu belum masuk lagi, dari Johor nak ke Kelantan, dalam 11 jam juga. Setakat penat kami laki bini ok lagi, tapi bila dah masuk anak2 bertekak kat belakang disebabkan perkara remeh macam berebut tempat duduk, ko pijak selipar aku, aduhai! Ayahnya pun dah naik angin. Penyelesaiannya beli MPV yang jarak mereka agak jauh, tayangkan kartun kesukaan mereka, tapi kalau dah berbelas jam? Ulang tayang la citer Elsa, Dora, dan macam2 lagi sampai dorang naik muak.

sian budak2 sekarang.
Angkat barang? Lately ni memang teruk aku kena ‘back pain’. Sampai kadang2 berbunyi tulang aku masa angkat barang. Huhu, kalsium kurang doe. Teruk tul penangan hilang ‘kilang kalsium’ masa operation hari tu. Sabar, Allah nak hilangkan dosa2 tu. Amin2.


Bila dah rasa stres, tau la, macam2 dok fikiran. Dok bayangkan alangkah seronoknya, kalau dah resign, boleh dok rumah. Boleh lakukan apa yang disukai dalam tempoh masa yang panjang macam menulis, reka fesyen baju ke. haha






Komplen? Aku komplen ke? Tak lah, bukan tak bersyukur. Syukur sangat. Dengan ini, maka aku sedar kita tak selama2nya kuat, akan ada 1 masa kita rasa penat sangat. Semua orang akan alaminya Cuma aku terawal berbanding orang lain (belum 40 dah terasa macam2). Atau mungkin orang zaman sekarang rasa stres awal? Jangan stres2, penyakit aku memang takleh stress, kalau tak habis, seronoklah sel2 cancer itu. Ok, itu saja entry buat masa ini. Jumpa lagi, doa2 kanlah aku menulis dengan lebih kerap di blog. 








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...