Monday 26 October 2015

Persoalan Terawih ~ Part 60



Tarikh emel ; 20 Oktober 2005

Assalamualaikum wbt

Soalan dan jawapan kemusykilan terawih untuk panduan semua.

Soalan:
1.  Sembahyang terawih ni sebenarnya berapa rakaat? Kenapa ada yang 8 rakaat, ada yang 20 rakaat?
2.  Nak terawih niat dia apa?
3.  Boleh tak sembahyang tarawih sorang2 kat rumah?
4.  Kalau saya sembahyang sorang2 kat rumah nak baca apa?
5.  Kalau sembahyang 8 rakaat baca apa?
6.  Witir tu sama dengan tarawih ke?

7.  Kalau tak sembahyang witir boleh? Tarawih je....
8.  Apasal kat masjid2 ramai orang keluar lepas 8 rakaat, lepas witir dll.

Jawapan:
1.  Rasulullah s.a.w sebenarnya buat 8 rakaat aje. Khalifah Umar al-Khattab lah yang mulakan 20 rakaat yang kebanyakan orang Islam seluruh dunia buat sekarang. So terpulanglah pada masing2, nak buat 8 ke 20, tak salah, yang penting misti rileks dan khusyuk agar diterima Allah.
2.  Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini Llillahi Ta'ala (kalau sorang2) Usolli sunnat-at-Tarawaih rak 'ataini ma'muman Llillahi Ta'ala (kalau ikut imam) (Sahaja aku solat tarawih dua rakaat sendiri/sebagai makum kerana Allah Ta'ala)

3.  Tarawih tu sunat, tak wajib, jadi suka hati lah. Tapi, kalau buat jamaah tu, orait jugak. Pahala 27 kali ganda campur lagi pahala setiap langkah pegi masjid, campur pahala niat iktikaf kat masjid, campur gugur dosa bila bersalaman dengan jemaah, campur pahala solat sunat tahyat masjid dll. Kat akhirat boleh tolong kita woooo......

4.  Baca apa2 yg kau nak ler..Tapi kalau mengikut kebiasaan, selepas baca Al-Fatihah, kita ikut susunan Al-Quran dari ayat yang tinggi ke ayat yang rendah. Sebagai contoh ada imam2 baca berikut:

Tarawih petama : 1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kedua : 1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketiga: 1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keempat : 1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kelima : 1st Rakaat - Al-Kuraisy ("Li i la fi quraisy...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keenam : 1st Rakaat - Al-Maun ("Ara aitallazhi...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketujuh : 1st Rakaat - Al-Kauthat ("Inna A'taina..").!
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kelapan : 1st Rakaat - Al-Kafirun ("Kul ya Aiyyuhal kafirun...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kesembilan : 1st Rakaat - Al-Nasr (Iza jaa'a )
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kesepuluh : 1st Rakaat - Al-Lahab ("Tabbat ya da...").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir pertama : 1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir kedua : Satu rakaat jek - Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..") sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq) sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

Ni sume sekadar guideline je yang biasanya diamalkan di sini. Ada jugak yang baca satu juz dalam satu Tarawih, seperti di Masjidil Haram, di kebanyakan masjid2 di middle-east dan Europe, di sesetengah masjid di Indonesia dan Malaysia dan di masjid Bukit Batok.


5.  Ikut ! je susunan bacaan di atas dari Tarawih ketujuh sampai ke sepuluh.

6.  Tak lah, kan niat dia lain. Witir tiap2 malam boleh buat, tak payah tunggu bulan Ramadan. Tarawih hanya boleh dilakukan eksklusif dalam bulan Ramadan, sebagaimana ditetapkan Allah.

7.  Witir tu kan macam penutup, kan? Eloklah kalau kita buat witir, eh?

8.  Diorang nak keluar diorang punya sukalah. Rata2 yang keluar lepas 8 rakaat tu biasanya pasal nak ikut sunnah, buat lapan cukup. Yang keluar lepas witir tu pasal solat witir tu kira macam 'to wrap up the night', so mungkin diorang2 ni nak sambung sembahyang tahajjud, sembahyang hajat dll kat rumah sendiri, jadi tak mau bungkus dulu. Yang keluar lepas solat Isyak tu sume pengantin baru.


-Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...