Tuesday 6 October 2015

Antara tanda kiamat ~ Part 16


Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

Tarikh emel ; 13/Jan/2005


Peringatan Untuk kita yg sering lupa....

Sabda Rasulullah SAW:

"Sesungguhnya  ada sebahagian daripada umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain(bukan arak). (Mereka meminumnya) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis.
Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa bumi) dan akan menjadikan mereka seperti kera dan babi (setelah mati)". (Hadis Riwayat Ibnu ajjah)


Drpd Anas bin Malik ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah hampirnya hari Qiamat itu, berlaku banyak kematian manusia secara mendadak" (Hadis riwayat Thabrani)


Drpd Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Tidak akan datang  hari qiamat sehinggalah berlakunya banyak gempa bumi" (Hadis Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW bersabda:

"Sebelum berlakunya hari qiamat, akan terdapatnya kematian yang amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
(Hadis riwayat Ahmad)



Daripada Ali bin Abi Thalib ra, Rasulullah SAW bersabda:

"Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka BALA pasti akan turun
kepada mereka, iaitu:


1. Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang tertentu sahaja
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami menurut kehendak isteri (dalam perkara bertentangan syariat)
5. Anak derhaka terhadap ibunya
6. Akan tetapi (anak tadi) sangat baik terhadap kawan-kawannya.
7. Ia (anak)suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua sesuatu kaum adalah orang yang paling hina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Arak sudah diminum secara berleluasa.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan/didendangkan.
15. Generasi akhir umat ini akan melaknat generasi pertama (para sahabat terdahulu).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau GEMPA BUMI ataupun mereka akan dirubah menjadi makhluk lain" (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Kejarlah akhirat krn pasti dunia akan mengejar kita, jika kita kejar dunia, akhirat akan lari meninggalkan kita"..

Wassalam...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...