Wednesday 21 October 2015

Morning person

Hari ni terawal sangatttt. Diulang sangattt, jam 6.30 pagi mak dah terpacak di ofis.
- sampai Pak Guard pun terkelip2 pandang staf pertama sampai - :))
- sampai Cleaner pun lum sampai (biasa aku sampai dalam jam 7 pagi, dia baru nak bersihkan lantai.
- sampai aku kena buka lampu opis.
- budak2 opis memang sampai lambat, maklumlah rumah masing2 dekat & dorang ada kereta sendiri. Dalam jam 8 ke atas baru ramai.



Dulu lagi lah, aku pernah sampai opis di mana pintu ofis pun tak buka lagi. Okey, beri tepukan gemuruh....

Well - secara jujur aku bukan morning person (dulu2). Means - bangun lambat, dalam 6.30 pagi, kelam kabut mandi, subuh & pegi keja. Itu dulu2, masa ada bibik - bolehla buat camtu. - masa anak belum sekolah - haha. TAPI masa aku dok Shah Alam (masa anak 1) pun awal - kiranya memang gerak awal juga. Cuma masa ada bibik je, malas skit... hihi

Sekarang bila dah semua buat sendiri (dah banyak tahun lah) encik suami pun memang kena gi awal. So rutin berubah, tambah2 memang aku kena makan ubat thyroid setiap hari. Jadi kena berubah. Aku tahu aku bukan yang terbaik, tapi aku berusaha jadi yang terbaik. Itu yang aku tekadkan bahawa kita pendosa tapi mahu jadi lebih baik. Jadi, aku share disini supaya ada sikit pun jadilah panduan buat sapa2 yang nak ngikut lah kan? Haha


5.15 pagi - Jam loceng berbunyi, bangun - makan ubat - on handphone, cek mesej whatsapp yang belum baca, motivasi diri sendiri jangan malas.

5.30 pagi - turun bawah, keluarkan apa yang patut, karipap - masak nasi, goreng ayam ke (ni contoh budak cuti sebab jerebu-so perlu makan kadar sehari) / kalau tak goreng kuawtiaw sebelum dorang gi sekolah. Tapi budak2 ni tak suka heavy breakfast. Roti dengan nutella 2 keping sorang pun dah kenyang.

6.00 pagi - naik atas, mandi, solat subuh, kejutkan anak2, Yang penting budak sekolah rendah dua orang tu, Alhamdulillah, budak2 ni memang 'morning person' - bukan jenis yang kena tarik selimut. Haha.

6.20 - dah siap berpakaian semua, cek dorang, dah siap belum. Biasa yang paling kecik tu memang lambat sikit nak siap, tadika kan. Tapi semua buat sendiri. Yang lelaki je kadang2 ada benda yang dia nak tak dapat, merentan tak nak gi sekolah, jadi mama kena guna psikologi lebih, nangis juga part ni.

6.30 - sekali lagi cek dah siap semua lum, baju sekolah dah letak lum - nak bawa gi rumah pengasuh.

6.45 - Van sekolah Dira sampai, dia pun pergi, kami pun bersiap2 nak pegi. Jadi, ikut encik suami sama ada nak pegi terus atau tunggu kul 7. Hantar Qimi ke rumah pengasuh (van ambil disini). Mia hantar ke transit.

7.05 - sampai Shah Alam, tengok dia sibuk atau tak. Kalau tak boleh breakfast dulu. Kalau sibuk, aku dah terpacak kat opis. Dia gerak ke KL

Anak-anak? = Sebab kita dah terapkan dari kecil, dorang pun okey, cuma kadang2 Qimi ada juga cakap, nak macam kawan dia yang naik van dari rumah, jam 7.30 pagi - tapi aku bagitau dia yang tak boleh sebab papa kerja jauh. Mia pun cakap 'boleh tak mia balik rumah tengahari? Sebab kawan mia semua balik tengahari' - oh touchingnya. Tapi aku xplain sebab mama dan papa work, rezeki. Mereka faham. TQ ALLAH




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...