Wednesday 28 October 2015

Kisah 2 malaikat ~ Part 72

 Lebih kurang 10 tahun yang lalu - cepatnya masa tu kan. Dari terperap dalam emel, letak sini boleh juga baca2, boleh sharing. Pahala berterusan. Tak dapat buat baik banyak, buat baik sikit pun jadilah.


26 Januari 2006

Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya,
 "Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya,

"Apakah yang harus aku catit?"

Kata malaikat di sebelah kanan, 
"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan."

 Malaikat yang di kiri bertanya lagi,
“Kalau ia telah melakukan 5  kesalahan, apa yang harus aku catitkan?"

Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,
“Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan Serta kemewahan dunia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...