Wednesday, 7 October 2015

Surah Al Ikhlas ~ Part 17

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

Tarikh emel ; 4/feb/2005


Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Bacalah surah Al - Ikhlas sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan membaca ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah
Bacalah Auzubillah dan Bismillah sampai habis, kemudian bacalah surah Al -Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkan bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan di kubur.  Iaitu apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Barangsiapa membaca surah Al - Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratulmustaqim lalu menuju ke syurga".

Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka - teki kepada umatnya :
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudian Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al - Ikhlas sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al - Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al - Quran. Lalu dengan membaca surah Al - Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al - Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : "Ketika saya (Rasulullah SAW) Israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada setiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas ialah dari Timur hingga ke Barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al - Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka : Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al - Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan".

Sabda Rasulullah SAW lagi :
"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada
sayap malaikat Israfil a.s".


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...