Tuesday 27 October 2015

Doa untuk anak2 ~ Part 68



tarikh emel ; 19 Disember 2005





Bagi mereka2 yg masih dara dan teruna, jadikan ianya sebagai ilmu
tambahan......mudah2 han doa ini boleh di amalkan bila anda berkeluarga kelak......InsyaAllah.......

Sehari satu doa Dalam kuliyahnya, Ustaz Abu Bakar Abd Aziz ada menyampaikan doa yang elok dibaca agar anak kita dipelihara Allah  dari segala macam hasutan, bahaya yang bakal mendatang dan lain-lain perkara yang tidak diingini.

Ayatnya adalah Surah Al-Insyirah yang sebaiknya dibaca sebanyak 17  kali sebelum dihembuskan ke ubun-ubun anak-anak kita sebelum mereka berpergian (ke sekolah dsb ). Namun oleh kerana banyak sangat, dianjurkan supaya dibaca berulang kali beberapa ketika sebelum mereka pergi seperti waktu menggosok baju, menggoreng ikan dsb. Pada kali yang ke 16 atau 17 barulah dipanggil akan anak itu lalu hembuskanlah. Ayat ini adalah  ayat lazim dan kita lazimnya telah hafalnya, hanya tinggal nak mengamalkan sahaja.

 Surah Al-Insyirah (bererti melapangkan dada Nabi), adalah surah yang ke 94  di dalam Al-Quran, mengandungi lapan ayat. Allah SWT menegaskan, salah satu  nikmat yang dikurniai kepada Nabi Muhammad SAW ialah melapangkan dadanya  serta mengisinya dengan iman dan hidayah bagi meringankan beban perjuangannya.  Ertinya :
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani - Bukankah Kami  telah melapangkan untukmu dadamu?


      * Dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu,

      * Yang memberatkan punggungmu,

      * Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.

      * Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada  kemudahan,

      * Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada  kemudahan.

      * Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan),  kerjakanlah

   dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.

      * Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu  berharap.


   Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Pada suatu hari, beberapa Arab desa datang kepada Rasulullah s.a.w. Mereka bertanya kepada para Sahabat: Apakah kamu pernah memeluk anak-anak kecil kamu? Para Sahabat menjawab: Ya. Orang-orang kampung itu berkata : Akan tetapi, demi Allah, kami belum pernah memeluknya. Rasulullah  s.a.w lalu bersabda: Aku tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya Allah mencabut rahmat dari kamu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...