Thursday, 9 July 2015

Antara Forum Cari & Facebook Grup -Part 2

Sory, ambil masa dalam 4 hari nak sambung.
Itulah bila bekerja memang masa suntuk sangat.
Dengan family lagi nak uruskan. Jadi, aku memang tabik lah sapa boleh buat beberapa kerja dalam 1 masa. Sebab keja kami (media terutamanya majalah) memang susah nak buat semua tu. Balik rumah pun menaip lagi. Okey, banyak lah intro kali ni.

Part 1 boleh baca sini
Jadi, Part 2 ni berkisar kepada Facebook Grup. Seperti yang ditulis lalu, yang seronoknya ialah bila ramai otai berkongsi pendapat dan pengetahuan mereka mengenai sesuatu isu. Yang tak seronoknya pula bila pendapat tak sekata, orang boleh view dan judge. Hmmm. Tapi, bukan semata2 tu aku cuma jadi silent reader. Dekat forum pun aku suka baca je, takda nak menyampuk2. Macam2 citer kan.

Antara Facebook grup yang aku join ialah :
1) Novel - Macam2 lah, grup pembaca & peminat Alaf 21, grup pembaca & peminat Buku Prima, grup penulis2 luar, grup jual buku terpakai, grup novel, cerpen dan macam2 lagi lah. Seronok sebab boleh baca dan ia bagi semangat untuk aku teruskan menulis (walaupun dah lama tak menulis manuskrip ni...huwaaaa)


2) Kesihatan - Grup Survivor Cancer, Pulih dari Kanser & Tairod dan Anda. Memang banyak info yang boleh dapat dari grup ni. Maklumlah kalau kita baca info dari google saja, ia adalah satu hala. Tapi bila kita baca dari grup, ramai yang akan bertanya.
  
                                     https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/736x/4b/c3/d5/4bc3d5da2adbd86c1d95a0a1a8913e2a.jpg

3) Diet - Best Kelab Diet Atkin. Aku follow sebelum sakit lagi. Jadi beberapa benda memang aku follow walaupun tak strict. Best sebab tanpa ubat & senaman, pun boleh kurus, cuma memang ambil masa & kesabaran. Sapa tak nak kalau seminggu hilang 5kg? Tapi sejak dah sakit ni, aku kena amalkan banyak sayur & buah, dengan sendirinya grup ni tak sesuai (sebab mereka amik protein & skip buah).

                                                    https://marvinphipps.files.wordpress.com/2014/05/dr-atkins.jpg


4) Anak2 - sebenarnya ia lebih kepada aku mahu dapatkan info untuk mengesan kelainan dan tip yang betul untuk anak2. Antaranya ialah Grup Autisme Malaysia & Rakan Disleksia Malaysia. Dengan ini aku dapat memantau budak2 ni terutamanya Qimi, cara kawal tantrum dan macam2 lagi. Ramai juga anak mereka yang sukses atau kurang berjaya. Jadi dengan adanya support grup, kita boleh berpaut dan mengharap sokongan antara satu sama lain.
                                       https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2kYM564h8lA6A6BxUmnXbDrSP2m1s60iHIwjKcqFAvaHKi5TkACkpobaaQcS4p88_BK7jwqkiwNJyKiNOD0aPo6H2GgggK1TC6GkQ47bgdz_ioko32jfZ3jAYZoKmNhqAGqTkKVQCQnc/s1600/autism-quotes-1.png

5) Jual beli - Yang ni pun baru aku join iaitu Shah Alam Residen Business & Shah Alam Residen. Banyak aktiviti jual beli yang dilakukan oleh ahli kedua2 grup ni. Kebanyakkan mereka bekerja dan buat kerja part time, berbeza dengan grup bisnes lain yang betul2 full time. Yang seronoknya sebab kita boleh order dan mereka delivery ke depan pintu pejabat. Senang gler, ada yang free delivery dan ada yg caj minima, dalam rm2 ja. Setakat ni aku penah beli Fudge Brownies, pati durian belanda, rencah Mee Bandung Maharani. Banyaknya makanan lah kan. haha.

Pages & Individual
- Bukan menepati tajuk tapi aku masukkan juga sebab ia baik & manfaat.

6) Bisnes - Ok, yang ni sebenarnya bukan grup facebook, tapi akaun personal figura yang dihormati seperti Dr.Azizan Osman (DAO) & Ainon Mohd (PTS). Dr.Azizan tu pages & Ainon pula personal yang boleh kita follow. Banyak tips yang mereka sharing dan akan ada pengalaman orang lain yang boleh diikut bersama. Aku sarankan untuk sapa yang mahu menceburi bisnes kena ada mentor. Cuma Dr.Azizan sesuai untuk bisnes skala besar manakala puan Ainon sesuai untuk mereka yang betul2 baru nak mula.

7) Indie - ok, yang ni pun bukannya grup, tapi akaun personal gen Y yang lantang bersuara. Mereka ni keras tapi padat isinya. Ada yang aku setuju dan tak setuju, tapi itu tak menghalang untuk aku follow mereka seperti Mutalib Uthman (CEO Dubook), Fdaus Ahmad (Takafulmen), Benz Ali (sosialis), ZF Zamir (penulis), Syed Azmi (Individu yang suka buat aktiviti kebajikan).

8) Inspirasi - pages yang memang baik2 saja, macam Dr Maza yang selalu kritik sapa saja kalau ada yang tak betul. Memang best lah dia ni.
- Raja Shamri (individu yang membantu rakyat Kelantan akibat dilanda banjir, aku dah siap nak interview dia dah ari tu, tapi sehari sebelum ayah mentua meninggal, so memang takda rezeki. Next time InsyaAllah.
- Hamka - banyak kisah suami isteri tapi berisi & Islamik.
- Encik Sederhana/bang bikai - simple saja orangnya tapi suka buat cerita yang dakwah sentap gitue dan dia juga suka reply komen. Win kan?

Done

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...