Monday 13 July 2015

manuskrip? 2015 takde lah...huhu

Okeylah,
ada penyakit M sikit.
Tak habis2 kan? Patutnya aku dah insaf dan cuba jari jalan untuk lebih kreatif cari kesempatan dalam kesempitan. Bukannya cari alasan untuk mengiyakan perbuatanku.

Selain penyakit M tu, ada juga kekangan idea.
Orang kata idea ada ja disekeliling kita, perlu lebih kreatif untuk mengolah dan menterjemah ke skrin.

Camna eh?
Masa takde? Mencemburui?
Boleh jadi. Kerja rumah banyak, tak pernah habis.
Tapi bila dah habis tu dok pegang smartphone,
layari fb lah, ig lah. Haha, tu yang takde masa nak update kan?

Aku betul2 jeles dengan orang yang boleh siapkan novel setahun satu. Sebabnya bukan senang. Aku nak buat Dia Doktor Hatiku pun makan bertahun2 baru siap. Pastu nak menunggu diterbitkan pun makan masa 3 tahun. Bukan senang wei. Kalau tak kuat, mesti aku dah upset. Tapi tulah, dah set mind, takkan aku nak biarkan manuskrip jadi labu peram, macam tahun 2007 dulu2.

Ingat lagi, tahun 2006 masa aku dengan ramai2 budak Karangkraf join kelas penulisan novel oleh En.Nordin, Pengarang Alaf 21 (sekarang Pengarang Sinar Harian) selama 8 minggu. Mula2 memang ramai yang join pastu berkurang demi minggu. Aku je masih mantain-semangat punya pasal. Ada teori, praktikal, latihan dan sebagainya. Genap 8 minggu, aku dan beberapa rakan bersemangat nak menulis novel. Dalam masa setahun, 2007 - termasuk kesibukan jadi reporter Majalah Pesona Pengantin, aku diam2 taip cerita, siap lah juga dalam 500ms yang ku namakan Gubahan Rindu Puisi Syahdu (sempena lagu Fauziah Latif).

Pastu aku hantar dekat Kak Wan Rohana, (sekarang dia dah bersara). Lama juga menunggu feedback walhal dah lama kan? Pastu tanya camna, Kak Wan kata mereka masih menilai. Ok lah. Sampai aku dipangggil untuk menghadiri kursus selama 2 hari 1 malamdi Hotel D Palma. Masa tu yang aku ingat bagi talk, Ramlee Awang Murshid (memang champian giler ah! banyak tips)- siap dia sempat praktikal kat Karangkraf lagi., tapi masa tu aku tak kenal sapa dia, sampai kawan aku Sue Bacaria yang nak amik gambar dia, barulah tau. Haha. Dah terbabas citer lak dah.

Pastu ada Norzailina Nordin dan team Alaf 21. Masa tu manuskrip ku dipulangkan, suruh ammend beberapa bab yang clitche-kata mereka dan improve untuk lagi cantik. Tapi tu lah, masa tu aku tengah pregnan kan Qimi, jadi bila pulangkan, aku pun terus lupakan cita2 asal, fokus pada pregnancy, 2007- seterusnya 2009, damia. Sampailah tahun 2011, aku tiba2 teringin kembali mahu jadi novelis.

Jadi, aku ubah ikut kembali situasi semasa dan hantar. Dalam masa 3 tahun tersebut, banyak yang terpaksa aku betulkan, untuk sesuaikan dengan keadaan semasa. Pastu lenggok bahasa dan lain2. Tapi memang bukan rezeki ku untuk terbit pada tahun sama. Aku faham dan perbaiki dari masa ke semasa, cuma tu lah, bila bekerja memang masa aku limit. Masa dia pulangkan bulan2, aku ambil masa 6 bulan untuk return kembali yang edit, Masa tu editor Alaf dah bz dengan manuskrip lain, so semua tu main  peranan. Tapi aku sabar, sebab aku keja lane media, memang faham dan takda nak push2.

Cuma nak menulis manuskrip ke2 tu, page masih sangkut kat muka surat 75 dari tahun lepas sampai tahun ni, tak gerak2. Huhu, So target novel setahun satu tu takde lah ya. Tinggal impian saja, cuma aku ingat nak siapkan juga tahun ni supaya boleh terbit tahun 2016. Okey, doakan aku ya. Amin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...