Sunday, 5 July 2015

Antara Forum Cari & Facebook grup

Part 1

Untuk entry yang seterusnya, aku nak share mengenai pengalaman menggunakan medium Forum Cari & Facebook grup yang menjadi tempat berkumpulnya orang yang mempunyai minat sama.

Kalau dulu ramai yang bersidai kat forum. Macam aku dan generasi X yang lain. Paling suka mestinya forum cari.com yang memang sangat meletup. Tapi dah lama-lama sejak ada facebook ni kira beralih lah juga.



Cuma forum cari kita tak tau sapa di belakang, jadi lebih telus dan pedas komen kat dalam tu berbanding Facebook Grup yang kita boleh je klik nama pengkomen tu dan terus judge dia. Hahaha, aku selalu gak buat.

Yang menariknya Facebook grup ni macam2 orang otai ada kat dalam ni. Memang semua tak lokek berkongsi apa saja, tanyalah apa2 kan, InsyaAllah dorang jawab. Cuma kadang2 kalau soalan basic atau berulang tu rajin2 la baca about, files yang dah banyak dorang compile dan juga view kat post yang lama2.

Aku kalau masuk satu grup ni memang akan view post yang lama, pergi ke files dan lain-lain. Janganlah pula masuk2 terus tanya "apa itu tiroid?" kat post. Elok baca komen2 otai2. Boleh nak bertanya tapi kena tengok masa orang juga. Mungkin masa tu admin tengah takde mood ke dan lain-lain. Terus tak dapat layanan. Tapi admin yang paling bagus dan tak kesah jawab berulangkali ialah Admin "Tairod dan Anda" iaitu kak pah. Aku lak yang rengsa baca soalan2 basic yang sebenarnya boleh je google dulu, isi pengetahuan di dada, at least tau serba sikit kan? Takdalah dari A ko kena suap kan?



Kalau Forum cari, antara yang aku suka ialah

1) Isu semasa - Apa saja isu yang sedang berligar sekarang. Sebagai contoh sekarang pasal Wall Street Journal & Sarawak Report. Kiranya ada campur politik jugalah. Aku memang suka ambil tahu isu semasa & politik. Sebab tu minor kat USM dulu ialah Sains Politik. Memahami Karl Max dan lain2.. Haha, patut jadi penulis politik kan?

2) Hiburan - Ok yang ni banyaknya zaman umur 20an dulu lah. Suka tengok realiti show macam Amazing Race, Survivor, drama series macam CSI, House, Once Upon A Time dan lain-lain. Kadang2 view gossip gak. Huhu, siap berpage2 gak lah baca untuk paham kronologi. Esy2...sekarang takde masa ah.

3) Buku & Penulisan - Sempat jugalah hantar novel bersiri yang tak habis. Tahun 2011 kot. Sampai sekarang tak sambung2...Mwa haha, sedey sebab tak ramai view. Siap pm admin suh delete je pos tu. Tapi admin kata jangan nak banding dengan orang yang sedia ada. Sebab dorang memang dah pos sejak lama. so memang ada peminat sendiri. Alahai, kelakar.

4) Hobi - Haah, ni memang rencam
a) Fotografi & videografi - ni zaman2 tahun 2006-2008 kot. Masa tu kami suami isteri giat buat side job amik gambar orang kawin dan buat video kawin. Masa tu aku dok majalah Pesona Pengantin. So memang banyak idea ah. Kadang2 iklan juga kat sana. Kelakarnya bila diingat kembali.

b) Makanan & resepi - Luv. aku suka memasak dan bila ikut betul2 memang menjadi & sedap. Macam2 tips ada kat dalam tu.

c) Penerbangan & Pelancongan - zaman2 takde Facebook dulu, tempat ni lah ramai yang berkongsi tip berjalan. Aku siap copy paste lagi camna nak membeli di Bandung & Vietnam. Tempat mana yang harus pegi dll. Siap ada sorang forumner tu bagi direction sebaik turun flight, ambil bas nombor berapa, berenti kat landmark camna dll. Gigih!

d) Menjahit, mengait & kesenian pertukangan - Nama dulu rasa tak banyak camni. Simple je. Haha, tapi yang ni aku suka tengok je. Cantik dan menghargai kerja tangan mereka.

5) Cinta & Perhubungan
a) Perbincangan kekeluargaan - Maklumlah dekat dengan kita kan. Isu ipar duai, biras, mertua dan sebagainya ada dalam ni. Mostly pembuka post akan bercerita hal mereka & minta pendapat forumner untuk selesaikan masalah. Banyak citer panas woih.

b) Keibubapaan - Berbeza dengan Kekeluargaan, board ni banyak positif. Aku mula2 tau pasal autisme pasal board ni lah. Camna nak handle anak2 hyperaktif dan sebagainya. banyak juga membantu aku dengan masalah2 anak2.

6) Usahawan - Dulu2 memang ada board ni. Sekarang aku tengok dah takda. Yang ada jual beli/classified. Sayangnya takde, sebab ramai otai aku kenal melalui board ni macam CT Redzuan, Sinar Inspirasi dan sebagainya. Kena tanya Adib ni gi mana board ni.

7) Komputer & internet
a) Blog & Blogger - banyak sangat sub board dalam ni, tapi yang aku buka cuma blog saja. Maklumlah nak diy blog sendiri kan? Haha, tapi at the end nak cantikkan kena upah orang gak, tapi ok lah banyak yang aku buat sendiri based on info kat sini.

8) Kesihatan
a) Doktor Perubatan & Farmasi - dolu2 banyak info menarik, sekarang aku tengok macam sepi skit. Pengetahuan awal boleh dibaca disini macam simptom ke dan lain2.

b) Pendidikan Seks - disebabkan takde sapa kenal disini, so ramai jugalah bertanya soalan yang agak taboo dan siap buat poll lagi. Aku tumpang baca. Kelakar weh.

9)Soal Jawab Agama - Ni menarik, macam2 ada, bukan Islam ja, ada Buddha, Kristian, Hindu & Kepercayaan lain.

10) Wanita & Lelaki
a) Tanya Wanita
b) Petua Kecantikan & Fesyen
c) Tanya Lelaki
- Menarik, info yang dulu2 susah nak dapat boleh baca kat sini

Bersambung ya :)

Part 2 boleh baca sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...