Kehidupan;anugerah & ujian

Wednesday, 11 February 2026

Lekuk Sasterawan Bolosi Alam


Kredit: Berita Harian


Aku memang suka kata-kata Sasterawan Negara yang indah didengar, sedap dibaca ada maksud tersurat dan tersirat sekali




"Orang perjuangan selalunya menghadapi dua kemungkinan ~ hilang atau terbilang"- Keris Mas


"..bila perut dan nafsu dan akal naik minyak, hati jadi kosong. Bila hati kosong, kosonglah semua..Shahnon Ahmad


“Maruah suatu bangsa adalah kemerdekaannya, kekuatan suatu bangsa adalah rakyatnya, suara-bicara suatu bangsa adalah pemimpinnya, keperibadian suatu bangsa adalah kebudayaannya” – USMAN AWANG


“Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita” – A SAMAD SAID


“Suatu pengembaraan dianggap gagal kalau kita tidak mendapat apa-apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kaujumpa dalam perjalananmu. Ada kalanya lebih baik daripada apa yang kaucari.” - ARENAWATI


..Bahasa membina dunia, menyusun diri dan memberi layangan pengalaman.." - MUHAMMAD HAJI SALLEH


“…Kalau Tuhan mahu orang perempuan berkuasa atas orang lelaki, barangkali Hawa telah dijadikan daripada kepala orang lelaki; kalau perempuan nak dijadikan hamba orang lelaki, Hawa tentu dijadikan daripada telapak kaki orang lelaki. Ini daripada rusuk. Bermakna orang perempuan sedampingan dengan orang lelaki. Bukan tuan, bukan hamba tetapi rakan. Dan tak berbeza di mata Tuhan” – NOORDIN HASSAN

"..Menimbulkan kesukaran kepada orang lain adalah berdosa. Satu perbuatan yang Allah benci.." ABDULLAH HUSAIN

semoga:
ada telinga yang tidak tuli,
ada mata yang tidak buta,
mendengar dan melihat kisah ceritamu yang bertaburan
sepanjang sejarah kehidupan yang malang dan duka
nestapa! ~ S OTHMAN KELANTAN

Seteguh dahulukah Melayu-Islam kini?
Akidah mencair atas nama hak asasi,
Islam liberal dan sekularisme mencemari,
Kepada ad-Din yang benar hendaklah kembali.
- ANWAR RIDHWAN

Laut tak berombak
Ombak tak beriak
Camar tak melayang
Mata tak berkedip
Dada tak berdebar
Daun tak gugur
Dada tak terdepang
Lembar puisi tak terselak
Salam tak bersambut
Getaran tak menggelombang
Kasih tak berkocak
Janji tak tertunai
Helah tak tergambar
Muslihat tak terpeta
Kitab puisi tergeletak
Penyair patah kalam
Kata tak kenal pilih
Antah dalam beras
Padi terkulai lemas
Aruan tak menghambur
Ular berlingkar di lubuk
Undan kematian angin
Jejak lama tak padam-padam
Dalam rupa di mana dupa
Geruh apa dalam guruh
Sukma sebuah bertatah cinta
Rumah pertama takmenemu
Ombak tak berombak
Riak tak beriak
Gairah padam
Meluluh waham.
~ KEMALA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages

SoraTemplates

Best Free and Premium Blogger Templates Provider.

Buy This Template