Thursday, 3 September 2015

i luv my job

Alhamdulillah, Mia ok.
Budak2, xpresi dia tulus. apa yang dia tunjuk, itulah yang dia nak. Jadi, kita orang tua lah kena pandai 'reverse pschology'. Memandangkan dia tak buat kesalahan, jadi cikgu tak marah. Lega lah maknya. Takpalah, kali ni aku nak bercerita fasal keja.

14 tahun berada dalam industri media.
14 tahun sebagai wartawan dan penulis
7 tahun sebagai wartawan Pesona Pengantin & 7 tahun wartawan Nur - (hingga kini)

yang ni aku terlibat dalam Anugerah Andaman Pesona Pengantin tahun 2007. Masa ni Dee jadi emcee dan masa ni Ayu Raudhah dan kakak dia Jaja baru berjinak2 jadi model, Catriona Ross pun ada. Dari anak dara sampailah dah beranak 2 depa ni, aku dah buat keja ni. Kami team pengantin dok depan, pakai baju songket ya. Rasa macam dah tua lak aku.


banyak mendewasakan aku dengan erti pekerjaan. I LUV MY JOB. Selalunya ayat ni orang sebut nak menggambarkan betapa cintanya mereka dengan pekerjaan tersebut. Ya, aku memang sangat luv + admire + adore + gembira dengan kerjayaku.
ok, ni masa tahun 2005. Majlis annual dinner-tema batik. Dalam ni pun dah ramai yang takda. Editor Bacaria Arwah Jalil Yusof dah meninggal. Abang Zul, Nat, Nizam, Mawal & Zu semua dah bekerja di tempat baru. Ada yang keja gomen dan keja sendiri. Tinggal aku dengan kak nora je yang masih setia. sob2
Jumpa ramai orang - public figure, selebriti, golongan marhain. Jumpa dan interview mereka. Pastu menulis untuk pembacaan orang lain. Macam menarik kan? Sangat owesome. Lagilah masa muda2, macam2 nak buat, itu ini. Maklumlah kudrat tengah banyak. Macam sekarang ni,umur dah hujung 3 series ni, fizikal tak berapa mengizinkan walau hati membuak2 nak buat macam2.

Ni becca Al-Islam. Masa ni baru habis Dewi Remaja, yang menangnya Scha Al-Yahya. Becca ni baik dengan aku, selalu sms (dolu2 takda whatsapp), siap nak jual insurans kat aku. Tapi aku kan dah ada insurans, so takdalah beli. Sekarang dah kaya raya dan popular. Entah ingat aku lagi ke tak...kan?
Bila kita suka pekerjaan tersebut, kita mesti nak buat sesungguh hati kan? Begitulah dengan aku. Seronok keja sebagai wartawan dan penulis. Walaupun orang kata kerja wartawan ni apalah sangat. Dicemari pula dengan insiden wartawan yang ala2 diva - mencalarkan lagi kerjaya kami ni. Kami terasa wei.

masa ni shooting cover bersama Sari Yanti. Dia ni pun satu-memang tak tua. Macam tu je gayanya dari dulu sampai sekarang. Zety kawan seteam pun dah buat biz sendiri. Jay foto pun dah keja dengan Jakel. Yang lain tu designer, mekap artis dan sponsor location. Semuanya penyelaras yang buat keja. Ok, rindu zaman dolu2 kan

Banyaklah pengalaman kalau nak tulis. Artis AF yang baru lepas kuar Akademi ja, mesti dibawa jumpa dengan kami. Siap ingat lagi masa batch Adam AF2, Farah Breep, Stacy, Mila, bila datang mesti cium tangan kami, walhal aku bukan reporter hiburan pun. Tapi respek dorang tu yang kagum. Ok, itu citer dulu, sekarang dah lain2. Dan aku masih di sini. Makan gaji dan pastinya hidup sederhana.

Oklah, dah meraban macam2. sembang lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013