Wednesday 9 September 2015

Update cepat? - Takda gambar lah!

Aku punya fikir - camna nak update blog biar cepat dan kalau boleh setiap hari? - Maklumlah media sosial yang lain macam Instagram sangat laju (cuma takdalah nak update gila2 kat sana, sekeping gambar sehari cukupla)

So, aku dapat jawapan iaitu - hanya menulis tanpa gambar - ia melajukan kerja kita - menulis saja yang terfikir kat benak - takyah susah payah nak cari gambar. Ya sebab
1) gambar tak semestinya dalam pc, ada yang masih dalam phone, ada juga yang masih dalam pendrive, so nak kena cari yang mana satu - ambil masa.
2) bila dah memilih gambar, terjumpa pula gambar kenangan - misal kata 10 tahun lalu bersama team editorial lama. Oh! tragisnya, mengenang kembali pula. dah ambil masa lak tu. Haha.
3) Lepas tu cari pula gambar kat google - yang kononnya nak jimatkan masa - sebenarnya tak pun. Akan ada persinggahan website gambar yang menarik itu. Hahaha

Jadi - ko nak apa sebenarnya?

Ok - entri malam ni cuma nak cerita bahawasanya idea aku boleh pakai juga rupanya. Haha, nasib baiklah follower aku 6 orang tak gerak2 dah berapa tahun dah. - Takpa, mak tak kesah.

Aku hanya menulis disini sekadar ingin berkongsi cerita. Takda follower macam blog lain pun tak mengapa. Cuma ada ja yang singgah. Alhamdulillah, aku ucapkan terima kasih banyak2.

So, entry kali ni takda gambar tau! :>

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...