Wednesday, 2 September 2015

"Mia kena rotan"

Ayat yang meruntun seorang ibu.
Asalnya aku nak menulis mengenai PDF (hantar bahan yang telah siap layout ke kilang-untuk diprint). Alhamdulillah, kali ni siap sebelum kul 6. Bersyukur sangat.

Bila balik - Mia lain macam perangai. Dia tak berapa dengar kata, agak melawan dan tak nak buat apa yang aku suruh macam panggilkan kakak dia turun dan lain-lain. Fine

So, aku buat keja rumah macam biasa, masak, basuh baju, sidai baju, bagi kucing makan, iron baju, kemaskan baju nak bawa esok, basuh pinggan, kuali, buang sampah dan lain-lain.

Tapi bila dia mula baling2 barang, aku agak hangin skit. Tapi aku buat derk ja. Sampailah dia halang aku dari buat keja diatas. Eh! Aku mula dah...hmmm. Pastu bila abang dia mengusik, dia start nangis. Mak mula lah. Dah la kita sibuk kat ofis, balik buat keja pastu anak2 meragam pula. Aku marah dan pukul dia kat kaki. Lagi lah dia mengamuk. Aku ajar dia minta maaf dengan aku-tak nak. Aku kata takpa, tak nak kawan. Dia dah mula nangis. Ok! Masa ni aku tengah iron baju. Risau gak, tiba2 dia datang. Tapi dia okey, Lepas tu aku minta maaf dengan dia -xplain yang mama kena tegas sebab mia tak dengar kata. Dia kata okey.

Dia cite yang cikgu pukul dia kat tangan sebab tak potong kuku semalam (ok, salah aku sebab terlupa. Kesan radioaktif ni memang membuatkan banyak memori aku loss).

Pastu hari ni, dia cakap kena rotan sebab belum pandai belajar. Bila aku tanya mia sorang ke kena rotan? Dia cakap ya. Ok. Sedih!. Dalam hanya beberapa bulan saja lagi dia akan masuk darjah 1. dan bulan 11 nanti ada orientasi darjah 1. Awal gila! Dan pastinya mia dalam bahaya sebab dia belum pandai baca lagi.

Memanglah kena ajar dia insentif. Tapi itulah, emaknya sendiri takda skil khas untuk mengajar anak membaca. Apatah lagi dengan tahap tak sabar tu. Aduhai.

Terus aku keluarkan Buku2 "Bacalah Anakku" - untuk diajar pada Mia. Buku ni sebenarnya aku beli masa Qimi 6 tahun juga. Qimi lagi lah ada speech delay, lambat membaca. Tapi, Alhamdulillah, masuk darjah 2 ni, dia dah banyak improvement walau masih ada temper2 tu.

Mia macam ikut jejak langkah qimi yang slow. Cuma Dira je yang lepas saringan awal masa di tadika. Jadi, aku kena kerja lebih keras. Bagaimana? Pertama, berdoa dulu kemudian usaha. AMin2, aku kena kejar masa.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013