Sunday 30 August 2015

Header baru! yeayyy

Mulanya nak cerita pasal kemerdekaan esok. Ataupun fasal Bersih 4.0. Tapi sebab Jia (pengedit blog) cakap dah siapkan header aku. Oh! Xcited gila okey.

Diam tak diam, rupa2nya hampir 2 tahun aku telah guna pakai blog hasil kreatif Jia, tapi yang lain2 macam cbox semua aku belajar sendiri. So, macam dah boring sikit pasal header yang lama, aku ambil keputusan untuk tukar header yang lebih matang.

ini header yang lama. Sweet. 


lebih kurang setahun 7 bulan gak aku pakai header kat atas. So, sekarang nak tukar yang baru. Aku cakap dengan Jia - aku hantar semua gambar yang nak pakai termasuk contoh header yang aku dapat dari google.

ni header blog fesyen. Nampak stail sangat kan, font, owner blog tu duduk. So, aku refer yang ni lah, cuma tambah beberapa gambar untuk jelaskan lagi situasi gitu.


Lepas tu, aku listkan beberapa item yang aku nak letak kat header. Kalau macam dulu, aku lebih macam meja untuk letak beberapa item kerja kan - macam diary, jam, notebook, mug, pc, dan aku (doodle) pose kat meja. Dulu - macam segan2 nak tunjuk muka sendiri. Maklumlah, bila blog semua yang takde dalam list friend kita boleh tengok kan, so macam takde privacy. Tapi lepas tu, aku fikir apa salahnya kalau cerita aku boleh memberi manfaat kat orang. Macam berani lah sikit.

buku / novel - minat & hobi sejak dulu sampai sekarang

red ribbon - cancer survivor. 

gajet - harus ada - komunikasi zaman sekarang
salsa n chips. Yang ni aku buat sendiri tau. Shooting by profesional photographer. Bulan puasa lak tu shooting

ada pic full time raya, tapi takkan nak buh baju raya sebagai header. Tak cool lah. So, yang paling latest, nampak santai masa jalan2 kat Legoland. Aku cuma tukar ala2 sketch drawing, so nampak klasik


Ini item yang aku minta jia masukkan termasuk satu pic ilustrasi yang otai Pengkomik buat. Memang real dan cantik giler. Dah pasti bukan muka aku, itu model aka hijabi.

So, bila siap. Jia whatsap aku. Aku cuma betulkan kedudukan gambar dan pilih font sebab dia buat dah cantik. Harganya pun bagi aku sangat berbaloi berbanding pembuat blog lain di pasaran. Jadilah header kat bawah.

love - love - love sangat. Puas hati.

So, kalau sapa nak buat blog/header je pun boleh pi sini

Tip - Untuk memudahkan orang yang ditugaskan buat blog kita, korang kena bayangkan layout blog tu sendiri. Study dulu nak blog camna, nak yang banyak gambar ke font bla2...Bagitahu siap2. Pastu bagi contoh dan bagi juga item yang korang nak camna. Kalau nak buat doodle minta orang tu buatkan pun boleh (tambah caj lah kan). Bukannya buatlah camna pun, pastu tak puas hati itu ini, nak minta betulkan sampai 40x. Ops! Kita mudahkan kerja orang, orang mudahkan kerja kita. Ye tak. Ok, nak stop sebab nak tunggu countdown lah plak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...