Saturday, 22 August 2015

5 minggu yang hectic

Rindunya nak berblogging, tapi itulah. Banyak masa dihabiskan di jalanan, tempat kerja, uruskan rumah dan family.

Entry kali ni pendek je. Nak ceritakan mengenai sebulan yang hectic dengan setiap minggu ada saja event. 3 minggu balik kampung. mak aih! Rasa kaki tak jejak okey. Cerita ni mengambil kira cuti weekend saja walaupun sebenarnya beberapa hari perlu untuk merealisasikan semua ini. Bermula dengan Aidilfitri

1) Weekend 18-19 Julai - Raya Puasa, Balik Kelate. Entry perjalanan telah dikongsi dulu.
2) Weekend 25-26 Julai - Mood Aidilfitri lagi. Kali ini balik Kota Tinggi, Johor. Maklumlah baru saja kehilangan ayah membuatkan mak rasa bersedih lagi. Kemudian kami ke Upside Down kat Melaka.
3) Weekend 1-2 Ogos - Ini satu2nya minggu yang berada di rumah. huhu, Tapi sibuk ke open house pula. Tak jauh pun, Shah Alam & Damansara saja.
4) Weekend 8-9 Ogos - Ke Terengganu, Masjid Kristal kerana adik konvokesyen. Banyak jemputan open house terpaksa ditolak sebab ke sana.
5) Weekend 15-16 Ogos - ke Legoland, Johor - again, memenuhi permintaan anak2 yang dah lama, seronok depa. Haha

Alhamdulillah Weekend ni mak dok rumah ja, masak Laksa Johor, Kek dan ayam percik untuk kedua2 hari. Ada lah sepupu encik suami datang dan kami ke jemputan jiran. Tapi okey, dekat2 ja.
- so buat keja rumah, melipat kain yang menimbun. haru2.

Jom cuci mata ikut weekend tersebut

weekend 1- tema Raya kali ni duo warna. Mula2 macam pelik, tapi bila dah siap baju. Oh! Cantik ok. Anak dara siap buat baju peplum lagi. Next year tema apa ya.

weekend 1 - sibuk sebab adik keempat kawin. Simple je tapi meriah. Bz betul kan
weekend 2 - raya kat kota tinggi, dan hari isnin amik kesempatan pegi Upside down yang popular kat Melaka tu. Bayaran masuk RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kids. Bagi aku ok sangat dah tu sebab bukan senang nak buat benda ni kan. Cuma, ya lah. Sapa yang nak pegi sini aku sarankan pegi weekdays sebab weekend memang ramai lah, tempat tu pun takda besar mana. Kita nak bergambar memang perlu kreatif, takmo lah biar orang tunggu lama2, tak syok. Seb baik, aku gi hari isnin, sakan juga lah bergambar.
Weekend 4 -aku guna apps landscape, baru dapat pemandangan camni. Homestay kami kat Terengganu. Memang syok ah. Mula2 tu macam tak percaya jalan masuk nak ke rumah ni, jauh dan kecil sangat. tapi bila dah sampai hujung tanjung. Huhu, sangat amazing okey, siap mengadap sungai Terengganu dan di depan tu Masjid Kristal. Yang bestnya sebab laman dia besar sangattttttttt. Siap kami boleh buka pool mainan kat depan tu, Pastu ada 2 wakaf mengadap sungai. Malam boleh tengok orang mencandat sotong (actualy gelap, tapi kita nampak lampu bergerak2) pastu leh nampak biawak dan macam2 lagi. Mungkin kena tulis entry khas untuk ni.
Weekend 4 -Ni masa adik aku terima Sijil Fotografi, betul2 bersebelahan Masjid Kristal. Cuaca panas sebab dekat dengan laut kan. Ada hati mak nak melompat gaks.
weekend 5 - legoland, memang syok, terutama budak2 sebab macam2 game ada kat sini okey, memang legoland ni syurga budak2. Puas hati, lepas kul 5 tu terus gerak balik ke Klang. penat wooo
weekend 6 - yakni minggu ni. Sebab nak habiskan golden churn butter yang aku dapat lucky draw ari tu, mak buat kek. pergh! sedap wei, 1st time masak kek terus jadi. cuma kena jaga api oven lah. Yang lain perfect. Kek Butter yang mudah dan gerenti jadi.





Tu cerita weekend, yang citer weekdays pun banyak juga. Buat bahan sendiri pastu buat bahan editor dan edit story reporter. Siap bulan ni aku ada sampai 3 minggu berturut2 jadi tetamu Bernama Radio & SelangorFM. Walau slot setengah jam je, tapi berpeluh juga. Pastu kak eizan (dulu editor Pa&Ma, kini editor Keluarga) minta tolong untuk jadi emcee. Pergh! dah lama tak jadi emcee, tapi sebab kawan, aku ok je.

weekdays sampai bila2 - lepas buat shooting, tiba masa buat artikel. Yang ajaibnya keja kami ni, bila deadline dekat, idea memang laju je datang, serius. Memang okey. Semuanya gara2 deadline. Haha, ni isu bulan pertama editor cuti pantang, deadline isu kedua esok okey.. Argh! esok ke?
weekdays 2 - siap ada iklan lagi. mwahaha
weekdays 2 - berseorangan menjadi tetamu Bernama Radio dengan dua orang deejay, sengal gak. haha
weekdays 3 - kali ni aku ajak kak faridah, seronok skit bila berdua.
weekdays 4 - okey, ni dah masuk 3 minggu berturut2 dah ni masuk konti. Selangor fm yang terletak di Angkasapuri. Satu yang aku perasan, beza deejay radio kerajaan dan deejay radio komersial ialah deejay gov ni suara sedap, dorang ada etika do n dont, berbeza dengan komersial yang suara biasa takpe, janji seleberiti. ops! Komersial
inilah yang mak maksudkan, jadi emcee untuk 2 jam. MUla2 memang nervous, dah lepas tu kira mike aku yang punya lah ya. Alhamdulillah ramai yang puji, siap cakap lepas ni kalau ada job tak panggil Maria Tunku Sabri dah, panggil aku. Haha, siap ada member2 suh buat profile, jadi emcee part time, nak caj bape, bla2, Tu lah, dah lama tak jadi emcee, dan bakat tu sebenarnya memang semulajadi. Anugerah Allah. Ehwa!
shooting, nampak tak beriya aku plating kek? Sampai tudung sememeh dah ni. wah!







Ada lagi gambar, tapi itulah secara keseluruhannya. Nanti aku update lagi ya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013