Sunday 19 February 2023

Ronella Essential Oil - Produk local kualiti tip top

 Kira-kira 10 tahun dahulu, bila sebut ‘essential oil’ saja, orang akan bertanya balik ” eeeee, apa tu?”

Tapi seiring dengan peredaran zaman, orang dah mula tahu apa itu essential oil :

Essential oil ialah minyak pati yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan (antaranya daun, kelopak, kulit atau kayu dan lain-lain) menerusi proses penyulingan.


 

 

Ini bermakna Essential Oil (EO):

  • Tidak mengandungi bahan-bahan kimia dan sintetik
  • Bukan produk haiwan
  • Melalui proses penyulingan minyak semula jadi bagi menghasilkan pati yang sangat pekat. Bermakna banyak tumbuh-tumbuhan diperlukan untuk menghasilkan hanya sedikit essential oil.
  • Essential oil asli sangat mahal. Ia hanya memerlukan beberapa titik essential oil untuk memberikan kesan yang efektif.
  • Kebanyakan essential oil tidak digunakan secara langsung pada kulit.
  • Digunakan secara dihidu (melalui wap dihasilkan diffuser) atau digunakan dalam minyak pembawa (carrier oil). Kadang-kadang minyak dimasukkan ke dalam tab mandi.


 

 

Ada 2 jenis

1) EO pati – Boleh hidu2, boleh masukkan dalam diffuser atau nak sapu ke kulit pun boleh, tapi kena mix dengan carrier oil (minyak jojoba/zaitun dll) dengan kadar tertentu baru sapu.

2) EO yang dah diblend -Boleh terus sapu ke kulit, misalnya Ronella ada 4 Roll On Blend, sakit perut, boleh sapu Gas-C terus dah terus keluar angin semua.


 

 

Apa yang bestnya?

  • Essential oil telah digunakan selama berabad-abad untuk menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental. Terdapat pelbagai jenis minyak yang penting untuk hampir setiap penyakit di luar sana.
  • Terdapat beberapa pilihan minyak bagi satu-satu keadaan. EO memasuki badan melalui deria bau. Inilah sebabnya mengapa ianya sering dihidu dalam beberapa cara dan selalunya melalui diffuser.
  • Bagaimanapun, ia juga dapat diserap ke dalam tisu kulit dan ke dalam aliran darah apabila ia digunakan di dalam tab mandi atau urutan.
  • Apabila ia dihirup diudara, EO akan ke sistem otak dan memberi kesan kepada semua sistem yang berkaitan. Ini termasuk sistem peredaran darah, sistem pernafasan, sistem endokrin, dan ingatan.
  • Dalam aliran darah, ia juga memberi kesan kepada organ-organ dalaman. Apabila anda mempunyai rawatan urut dengan essential oil, jangan mandi atau mencucinya selama beberapa jam. Ini kerana sistem badan mengambil masa untuk menyerap minyak daripada kulit.
  • Kedua-dua keadaan psikologi dan perubatan dapat dirawat dengan aromaterapi melalui penggunaan essential oil. Ada yang boleh menjadi sangat mahal, terutamanya mereka yang datang daripada tumbuh-tumbuhan eksotik.
  • Bagaimanapun, dengan menggunakan beberapa titik seperti yang disyorkan, botol kecil boleh bertahan lama. Rumusannya, essential oil adalah alat rawatan asli yang berkesan dalam mengawal gejala-gejala yang tidak selesa.

Pendek kata EO adalah terapi tumbuhan untuk mencegah penyakit dan boleh juga merawat (dia macam ubat tapi ubat tu tindak balas dia cepat sebab bahan kimia, tapi EO ni pati tumbuhan so kesannya lambat sedikit ya

 

Kenapa Pilih Ronella?

  • Produk local (bahan dari pelbagai pelosok dunia, packaging kat Malaysia)
  • Harga pun lagi berpatutan berbanding produk yang oversea punya
  • Berkesan – sebab OMK pakai dulu, baru tau

p/s: Ini adalah content asal di portal aku kat ohmyklcc.com yang dah nak tutup sebab banyak sebab

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...