Showing posts with label Hakikat kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Hakikat kehidupan. Show all posts

Friday, 26 April 2024

Gaji 2005 & Yuran pengalaman 2016

 Salam,

 Ya, aku tahu ini catitan yang on of, yang setahun sekali (aku yang cakap) pun susah sangat.

Tapi, ini sebab tadi aku kemas stor, nak declutter (yang ni juga onn of) tapi bila ambil 1 beg dan jumpa macam2 kenangan, dari tahun 2005 (masa anak sorang), yeah! aku perlu buka blog - sebab ini saja kenangan aku yang takkan luput - selagi blogspot itu percuma kan - aku turunkan di sini ya.

Tengokla comotnya, rasa makan coklat kot ni, tapi ni vintag kan

bajet start Dis 2005 (masa ni kat Seksyen 7 Shah Alam - Jakel pun lum ada lagi) gaji bersih RM1,870 dengan bayar umah sewa flat bawah sekali RM550, tolak komitmen ASB RM320, bagi ma dan lain-lain, Alhamdulillah am survived. Nostalgia betul

Pastu jumpa lagi buku2 masa jual tudung dulu haha, ada orang panggil yuran kebodohan, tapi aku panggil yuran pengalaman yang mahal ya.

 

ok, jumpa pun walaupun kedut, ini resit dengan kilang jahit tudung pukal, semua cari kat IG, takda masalah jahit ok, tapi tu lah, marketing lak tak cun haha

 

2015 - masa ni ulang alik PPUM lepas operate kan, so aku tulis detail lagi sini, siap singgah City One Plaza lagi beli tudung, kononnya nak jual ke opismate (ini kelakar, macamla dorang takleh g beli kan, tapi memang ada ja jenis camni) - 1 kodi 20 helai, so beli 6 jenis total 120 helai, modal hangus RM1,080 - tu tak termasuk teksi lagi, dah bawa tudung banyak kan?

Lepas tu buatla detail, kononnya nak jual online, tapi harem...shopee pun lum ada masa ni

swap ig review, nak free kan, kena like komen ikut jadual, dan benda ni byk keja, tak nampak segera kejayaannya

Aku kalau buat keja memang bersungguh, swap ja lah selagi boleh kekdahnya

ni pulak kiraan promo bagi bawal pucci free marketing katakan - pelakon Zaryn ada, sampel, bagi magazine Harmoni dan Mingguan Wanita la. haha

Ni paling sedih, total bawal pucci 345 helai, tapi korang tengok berapa ja terjual setakat 21/12/2016 (masa ni dah resign)sedih wooo

list tukang jahit dan nak letak kat vendor mana, vendor tu tak silap letak RM100 sebulan tapi sales yilek, ya la kita ni sapa kan


So, moral of the story, ko takkan tau selagi ko tak cuba dan bila aku dah cuba ya, bisness not so in me lah

Sunday, 7 April 2019

I'm back afta 1 1/2 years

Hai everyone,

Setahun setengah tak tulis di sini, bila masuk tadi pun, eh lupa emel mana yang masuk selama ini. Nyaris tak jumpa jalan masuk. Haha.

So, apa nak update?

Live aku? Makin okey, walau pun tak berapa, tapi bolehlah.

Kawan2? Aku paham semua bz dengan life memasing. Jadi life must go on. Walau sunyi (sebab aku talkative) dan takda sapa yang nak borak kecuali yang senasib, ada lah kak seda yang selalu call, ada lah jua


 cuba nak buat biz online tapi macam tak berapa masyuk, kira go head ja.

So, apa lagi nak update?

2017 - 2019. bertambah 2 tahun. Golden Age.

Metabolisme makin drop, uban makin bertambah, tanggungjawab makin banyak, anak2 makin membesar, perangai lain macam, laki pun sama makin tua.

Hidup macam tu lah, kesedihan cuba dilupakan. try my best.


Wednesday, 27 September 2017

Menganggur VS WAHM VS Bis On9

Hai blog
If nak kira, last keja bulan 4, so starting Mei - end September, aku menjadi suri rumah untuk 5 bulan.

Tapi dalam masa sama, aku cuba bis 0n9, kat FB memang sendu, pastu beralih ke IG, kononnya nak habiskan shawl Dyan Luv la, GC Tea la & lipstik NYX lip matte cream. Ia tak habis tapi adalah berkurang.

Heran sebenarnya bila ramai yang cakap bis on9 senang, sedangkan aku nak jual barang bukan main susah nak laku. Closed sale lagi lah.. Adalah satu dropship tudung tu laku 2 helai. Dapatlah RM10, aduh! rasa happy giler, nak terbang rasanya. Rasa menghargai sangat nilai tersebut. Walhal if nak banding masa kerja, RM10 tu sekali makan ja noks, itu pun gerai tepi jalan. Tapi sekarang? Aduh Huhu

Pastu jual spinner yang bermusim tu, 1st bacth ok, laku, pastu lakiku tambah stok yang dia beli dari CHina, masa bulan posa semua, dah lepas raya, slow balik. Sudah! stok banyak lagi. Haha. Rugi2,

Pastu bulan 8, aku jumpa satu pages pasal essential oil. Eh! Macam menarik, yuran RM200, dapat 4 barang lagi siap dengan kursus 20 hari. Pastu tak sempat concentrate sebab kan nak beraya kat Aussie.. Gitue.

Bulan 9 baru aku fokus balik. Dah start update konsisten kat FB, sambil meniaga dropship tudung & auloiya. Tapi serius fokus lari. Banyak keja sebenarnya suri rumah k. Bukan dok mengadap pc semata2. Adus, sabar ja lah hati.

Monday, 3 July 2017

Lepas cuti raya - hmm

Setelah beraya sakan, kembali ke Klang dengan hati yang berbeza.
Ya, dulu kena kerja.
Sekarang jadi suri rumah.
Hey, tetap pekerjaan kan?
Cuma belum dapat duit lagi dari bisnes online.
Jadi, dah tentulah kehidupan tak sama dengan kerja makan gaji - yang dah selesa.
Takpa,
Bangkit!
Ramai ja suri rumah berjaya seperti owner Mamadil, Nuraysa, Dianz Vitamin, Aoliya dan lain2.
Yang beza ialah ilmu dah tindakan.

Hati kena kuat
Jiwa kena kental
Amin

Saturday, 10 June 2017

Jupe dijemput di bulan yang mulia

Selepas Shea Rasol, Jupe atau Julia Perez dijemput Ilahi setelah bertarung dengan kanser serviks tahap 4.

Jupe yang dikenali sebagai artis yang seksi semua namun akhirnya dmuliakan Allah dengan pemergiannya pada bulan Ramadan.

Allahu,
Penghujung yang dicemburui ramai orang
Moga kita juga menyusul dengan khusnul khotimah


Friday, 9 June 2017

Insta Famous meninggal dek kanser

Berita ini menyentap hati
Insta Famous, Hijabi, Influencer, Designer, TV host - Shea Rasol meninggalkan alam maya dek kanser rare.
Di umurnya 29 tahun, beliau masih muda
Aku tak pernah kenal rapat, cuma pernah nampak dia shooting dengan Hijabista
Orangnya bergaya - sementelah ikon hijabi
Namun apakah kebaikannya yang dilakukan hingga dijemput Allah pada bulan baik dan penghulu segala hari?

Ceritanya boleh baca di sini thoughts-i-am-diagnosed-with-cancer.html :(

Kanser - silent killer
Allahu

Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman


Wednesday, 17 May 2017

WAHM xperience?

Working at home mother (WAHM)
Belum boleh dikatakan WAHM sepenuhnya lagi
Sebabnya belum dapat order menggunung macam peniaga yang lain
Yalah, mereka tu kebanyakkan at least setahun - 5 tahun bisnes on9, tapi aku start, pastu stop, pastu nak start balik. Haisylah.

So apa yang dikatakan xperience? Dok rumah, masak,  tunggu anak balik, mandi, lunch, borak2 dengan dorang, ada masa ajar anak sendiri - kalau tak biasa suh kakaknya ja tengok adik. (sedey kan? keja lewat malam), kesihatan pun lebih terjaga, cuma income ja belum ada. Haha

So, enjoy selagi boleh sambil merancang2 apa sahaja yang boleh.
Janji dan tak terikat dengan bos,
dah tak takut kat deadline
dah tak sakit kepala kalau tetiba bahan tak siap
Buat untuk diri sendiri sahaja

Yalah, umur dan berapa kan?
Kena jaga kesihatan
Doktor kata jangan stres
Nanti benda tu datang balik.
So kita enjoy apa adanya k.

2007, 10 tahun yang lalu. Mereka sungguh comel. Sekarang dah besar, budak sekolah lagi. Kena ada baby lagi nih. hihi

Tuesday, 16 May 2017

Hari Darah Tinggi Sedunia? Hipertensi Malaysia tertinggi?

Entry ni sepatutnya semalam, tapi tak tau nape hang terus wei. So terpaksalah mak menaip kembali semua benda alah ini. Gitue. Ceritanya semalam checkup dengan doktor endokrin. Biasalah 3 bulan sekali kan, nak tau result darah dan sambung ubat. Tapi bukan itu yang nak tulis ni. Nak bagitau semalam rupanya Hari Darah Tinggi Sedunia.

Eh! mana tau? Sebab dekat PPUM semalam, dorang buat pameran dan ada bagi free checkup macam ukur tinggi, timbang berat, cek darah pada orang awam. So, inilah yang sempat aku snap.

Baguslah ada hari macam ni, at least orang awam akan alert benda2 gini kan? Dulu aku alert lah sebab mencari info untuk dimasukkan dalam majalah & paper, sekarang ni macam, eh! ya ke? Hihi

sepanjang pesisir jalan diletakkan info mengenai penyakit darah tinggi atau hipertensi yang mengikut statistik Persatuan Hipertensi Malaysia, seorang dari 3 rakyat Malaysia berusia 30an mengidap penyakit ni. Scary kan? Cer zoom..lagi scary uols, ada pic zoom kat bawah

Garam memang sedap, tapi pembunuh dalam diam. Aku memang kurang masin skit sejak2 kena sakit ni. Masalahnya orang sekeliling akan kata aku ni masak tawar. Gitu lah plak!

Antara reruai yang menjual produk sesuai untuk hipertensi


Camna nak ukur 5/6gm tu? Entahlah, akak pun tak tau dik non

Antara orang awam yang mendapatkan nasihat

Inilah yang dimaksudkan. Malaysia biasa lah selalu tempat pertama kalau gini. Mendahului negara2 lain berkenaan penyakit hipertensi ni. Tapi tulah, makanan Malaysia memang sedap2 sampai penyakit diabetes, hipertensi dan macam2 ni kita mendahului. Haisy

Cubalah zoom ya, macam2 ada. Aku ja dok snap semua benda. Naik segan jugalah. Hihi

Silalah pilih ya.

Memang dah tau process food & dalam tin tak bagus, dah kurangkan pembelian dan beransur2 nak stop k

Yang ni elakkan

Info menarik

Makcik aku 40an baru kena strok ni. Masa tu, dia tengah makan kenduri, tup2, kejang, sesak nafas dan muka herot2. Terus bawa gi spital, doktor terus pasang oksigen dan tak lama okey. alhamdulillah. Dasyat benda2 ni kan, sebab takda simptom. Tapi mengikut pakar, sebenarnya simptom dah ada cuma orang awam biasa abaikan simptom awal dengan alasan takda apa


Itu sajalah buat masa ini

Wednesday, 10 May 2017

Dari ofline ke online

1) Ofline
Kita cuma bertegur sapa bila dah kenal

Online
Kita lebih bebas mengenali seseorang dengan melihat profilnya terlebih dahulu kemudian beramah mesra.

2) Ofline
Kenal hati budinya, tahu favouritenya bila dah jadi kawan

Online
Kita cuma kena luaran sahaja - yakni apa yang dipaparkan di media sosial. Senang citer, tak tahu true colour pun.

3) Ofline
Kalau shopping, aku memang kategori ini, jenis suka pegang kain, fitting, tawar menawar dan sold.

Online
Nampak berkenan, tengok saiz semua ngam, terus beli.

4) Ofline
Dunia yang cuma di depan mata. Kalau masa jadi wartawan, tanya kawan2 if ada contact Ustaz ke, responden yang sesuai dengan topik, terus interview. Agak sukar sebab kena tapis untuk cari yang betul2 sesuai.

Online
Dunia tanpa sempadan. Sesiapa sahaja boleh menjadi popular jika pandai membawa diri. Wartawan yang akan cari mereka untuk diinterview. Lagi senang kaedahnya.

5) Offline
Berita agak lambat, cuma tau dari media elektronik dan media cetak selepas beberapa jam.

Online
Semua berita di hujung jari, tengok sahaja laporan online fasal eksiden misalnya. Fitnah pun, eh!

6) Ofline
 Persaingan tidak sengit, hanya beberapa syarikat besar saja sukses.

Online
Persaingan kiri dan kanan, syarikat kecil pun mula mencanak naik asalkan tahu bagaimana nak marketing.

7) Ofline
Hidup sekadar ada, hanya kawan baik ja tau lifestyle kita

Online
Semua benda nak dipaparkan sampai kat bilik beradu pun nak tayang. Eh!

8) Ofline
Baby boomers, Gen X macam i kan, tu pun dah hujung2 u.

Online
 Gen Y, now Gen Z tak lama lagi Gen Alpha, pergh! tak terkejar dik nin

9)Ofline
Semakin sepi ditinggalkan, masih ada tapi ramai yang dah beralih ke on9

Online
Lambat ketinggalan, sementelah Jack Ma mendapat mandat PM, so semua dalam dunia digital. I pun kena follow gitue

Setakat ini dahulu, sebab dah 10.15 malam, nanti sambung k
Apa kena on9 & of9 dengan gambar ini? Haha   Tak ingat kat mana, sama ada DBP @ Perpustakaan Shah Alam


Monday, 1 May 2017

1 Mei 2017 - lembaran baru... lagi?

Lima bulan lebih tak update disini.
Korang pun tengok macam eh! something kan?
Lembaran baru? Sekali lagi?
Hihi
Begitulah aturannya dan perjalanannya.
Mak redha (tengok paper mainstream Utusan, BH semua pakai word reda) tapi akak pasrah ya.

Terima kasih aku ucapkan pada follower yang tak jemu2 bertandang ke blog aku yang sesungguhnya susah nau nak update.
Supaya korang tak tergagau, aku citer serba sedikit ya pasal kehilangan selama ini (cewah) bukan hilang pun, busy kerja uols. Kali ni memang buzy weh.

3 Januari 2017 - Sesuai dengan permulaan tahun baru, budak2 start kelas baru, ini juga kelas permulaan buat aku bergelar Wartawan di Mingguan Warta Perdana (kalau korang orang dolu2, mesti biasa dengan nama paper ni yang sensasi, kontroversi dan bla2) - katanya pernah cecah 170,000 seminggu tahun 90an okey. Ya lah, time tu mana ada gajet, media sosial jauh lagi - memang sumber utama tv, surat khabar & majalah gitu. Masa tu paper ni memang digeruni oleh artis2 masa tu macam Amalina, Erra Fazira, Awie dan lain2. Malah, masa tu kecoh fasal Azwan Ali nak meminang Ziana Zain lagi. Gitue! sapa yang beliakkan mata tu maknanya BBNU lah ya. Tak tahu cerita ni.

Tapi tu dulu lah, sekarang diperkenalkan denganTe nama WARTA (akhbar alaf baru) yang pamerkan bahan lebih segar, informatif, urban, muhibbah, tiada kontroversi & sensasi. Ia diedarkan secara percuma di 90 stesen LRT secara percuma dengan 100,000 naskah setiap hari rabu-jumaat. Targetnya adalah advertising based.

Beza akhbar & majalah - dah tentu jauh beza. Paper nak penulisan yang ringkas, tepat dan fakta. Manakala majalah lak penulisannya still fakta tapi dengan lebih panjang sampai 2-3 muka surat. Bayangkan aku yang biasa buat 1 artikel 2-3 muka surat, tapi bila buat berita cuma 6-10 para. Adus! camna nak potong, semua sayang! Haha. Tapi lepas tu pandailah kan.

Cabaran - Lagi satu, aku memang based life style (fesyen, beauty, health, woman base) tetiba kena buat pasal kupasan penyakit skizofrenia (actually ada dalam majalah Nur juga, cuma mungkin dekat Nur, kami ber4 interview orang berbeza, tapi kat Warta ni kena buat semua sorang diri, pergh! berasap sey). Aku sempat lah buat 3 lead yang bukan calang2 k. Bahaya Wi-Fi, Skizofrenia & Malaysia lubuk berita palsu. Hiks, serius giler tajuk tu kan? Tak sangka, aku leh wat tajuk serius gtue.

Team mate - bertukar2, sebagai pioneer, aku terima team mate yang berbeza2, ada rakan dari Karangkraf (kak seda), Wartawan TV9 dari Kedah (Murni) dan penulis buku politik (Fahmi). Kami bereempat sebagai wartawan. Jimmy sebagai senior grafik, boses Cik Mi dan Cik Mat (ex Sinar Harian). Kecil tapi berbisa gitue. Bayangkan team yang kecil ni siapkan paper mingguan. Kat Mingguan Wanita sendiri ada 8-9 reporter, ni reporter 4 orang. Pergh! Macam tak caya pun ada, tapi yang penting paper terbit gak setiap hari rabu. Tapi tu lah, sorang demi sorang resign, atas sebab tertentu, mula2 Fahmi, ganti dengan Azamin, pastu Azamin pun resign, ganti dengan Jida (tapi dia lambat masuk, notis sebulan), pastu kak Seda resign -ganti dengan Abby, tapi semua ni tak masuk terus menyebabkan ada yang kami bekerja hanya berdua dengan Murni. OMG! tapi bila staf baru masuk, lega skit, pastu aku lak resign. Eh! Belum ada ganti lagi.

Travel - Tak dinafikan tempat keja ni memang jauh. Neo Damansara - Klang. Pergh! Jauh babe, kat Ikea tu yang biasanya jalan2 weekend ja, dah kena pegi sehari2. Dalam proses penyesuaian tu, banyak benda yang kena lalui, jalan jem, sesak, travel sejam, balik 2 jam, orang gila2 potong jalan, kuar 6.30 pagi, balik 11 malam (mula2 2x seminggu pastu seminggu sekali), keja 7 hari non stop. pergh! Tapi kena pahamlah, sebab ni isu terawal, so memang kena keja lebiiiiiiiiih banyak gitue. Pegi dengan keta, balik dengan LRT, cari mana 1 alternatif yang ok, disebabkan ada MRT, so lega sikit, aku kena naik 2 bas, 1 MRT, 1 LRT & 1 kereta dari LRT Alam Megah untuk sampai ke rumah. Di ulangi - hari2. Dengan keadaan kesihatan aku dan umur dah ehem2... so rasanya baik aku undur diri gitue. Bertahan 4 bulan, tapi itu dah bagi banyak pengalaman - bekerja di surat khabar. Ahaks. Dah kertu ni baru lah nak keja paper.

So, hari ni 1 Mei 2017 - lembaran baru.
Aku bercadang nak jadi full time blogger disamping berniaga. Masih bertatih, perlu banyak lagi belajar. Moga jalan dipermudahkan. Amin.

Team terawal - Januari


Team terkini - April

Thursday, 24 November 2016

Hidup sebagai suri rumah + usahawan

Sorry, dah dua bulan tak menulis kat sini.
Maaf pada yang selalu datang ya, sorry banyak2.
Nanti aku kasi link fb yang memang setiap hari aku update k. So korang boleh keep in touch kat sana.

Mula2 memang aku rehat betul2 lepas resign tu, habiskan masa dengan cuci rumah tau. Bukan sekadar kemas ja. Habis cermin tingkap aku lap, almari bla2, siap berperang dengan lipas lagi. Adui masalah yang tak pernah habis.

Lakiku memang lah, asik 'bising' pasal aku kena ada mindset bla2, adus. Kita baru nak relaks kan, tapi aku paham. Dia buat macam tu supaya aku tak berada di zon selesa, kena bangkit cepat. Ala, dia bising kejap ja pastu ok balik. Kan?

GC Tea
So, ceritanya bila dah macam tu, aku pun study lah produk2 yang memang hit di pasaran. Maka terjumpa lah GC Tea (teh potong gula yang sangat owsome) - serius sebab boleh kurus semua & paling sesuai untuk kencing manis k. So, aku daftar lah dengan agen (yang aku kenal thru FB ja). Selepas diskusi semua, aku setuju nak jadi stokis dengan yuran RM3688.80 gitue. Haha, dapatlah berkotak2 teh GC Tea. So, bermula la kerjaya aku sebagai penjual teh tanpa ladang. Rupa2nya bukan senang nak jual online kalau kita tak kenal orang, tak gitu?

Eh! buatlah pages dan personal fb baru. Dahla fb lama memang aku dah tak sentuh 2 tahun, pastu takkan nak kacau fb yang tulis novel lak. Haru biru semua pembaca. Jadi, buatlah fb baru. Ingat senang nak build contact, add orang pastu update, mula2 takda orang like, takpa, buat2 lagi sampai sekarang ni. Tapi masih belum ada orang beli. EH! camna nih, modal dah banyak ni, seram gak. Haha, so sempatla aku gi pasar tani. Yang tu ada cite lain lak. Tapi agak menyedihkan jugala.

Sekarang kena cuba balik, adus, ada lah laku beberapa kotak. Nangis.





NYX Soft Lip Matte Cream
Lakiku kata kena cari banyak produk, so bila ni tak laku, ada yang lain. So, bermulalah pencarian barang2 yang aku rasa laku. Fikir punya fikir. Eh! sebagai pembeli aku suka barang yang murah & berkualiti. So, ramai kawan2 aku yang guna NYX SLMC sebab dia memang matte, ringan dan warna2 dia semua ohsome.

So, aku pun mencari lah dekat IG, banyak ari juga nak cari offer yang ok. So, nak beli borong kena banyak kan. Dapat lah 50 batang lipstik dengan harga mestilah K kan. Margin dia memang kecil tapi bagi aku, barang mesti laku, InsyaAllah. Harga kat Sephora pun aku tengok RM33, so InsyaAllah laku.

Tapi bila aku jual kat kawan2 grup watsap, banyak yang krik2. Pastu kalau tak krik2 pun, dorang persoalkan napa beli tahun lepas murah? Dalam RM26 gitu. Aku xplain yang memang betul, tahun lepas harga murah, tahun ni kan dengan GST semua, mestilah naik harga. Tak caya tengok kat Sephora sendiri.

Betul lah, ada tempat yang murah. Even kat 11Street pun dapat RM28, tu memang betul, tapi aku kan penjual pensendirian, beli pun dari orang. Aku jual harga market pun takda orang nak beli. Seb baik, ada model tu terus beli 4 batang. Wowo sangat. So, aku buat Ig semua tapi sekarang krik2 sebab aku bz dengan bawal pucci. ok, cite kat bawah lak.





Bawal Pucci Dyan Luv
Tudung adalah bisnes yang aku rasa paling kena dengan jiwa. Serius, selama 8 tahun dok majalah Nur, aku rasa macam2 dah aku hafal semua benda. Perah otak cari idea dan bla2. Ok, dulu kan aku ada citer pasal bis tudung kan? Pastu of. Haha, sebabnya crowd tak ramai kan. Now, bila dah resign, aku jual balik tapi kini all out sebab dah tak bertugas, so boleh ja tulis apa2, tak segan dah.

Kisahnya masa bawal pucci aku dalam pembikinan. Serius, memang cantik jahitan dia, kualiti kain pun sangat tip top. Aku rasa bila jual ja, memang boleh pergi. Masa tu baru ada 2-3 butik yang jual bawal pucci ni. Aku ok, bila siap ja, photog lak kawin, so cuti seminggu, model pun tak free, seminggu cuti. Aku dah huhu. Sabar jalah. Dah rugi seminggu, takleh jual kan?

Bila dah shooting hari ahad, nak up gambar - lum edit lagi. So tunggu lagi sampai 3 hari, baru leh up. Orang tak kenal lagi kan. Dah up dalam seminggu tu, berduyun2 orang jual bawal pucci. Aku pun tengoklah gambar, pergh! ini bukan bawal pucci yang aku jual. Ini corak pucci tapi print atas satin. Padanlah dorang leh jual belas2 ringgit. Aduh! modal mak pun tak lepas dik non!

Bila macam tu, aku memang mati aku pikir. Aku takleh jual murah sebab memang produk aku mahal, shooting lagi - model, mua, foto - semua tu dah berapa k? Ada rasa down tapi bila dengar motivasi semua n cara nak solve problem - aku kena rangka strategi.

Hari ni 24/11, so ada dalam 37 hari sebelum tahun baru 2017. Pergh! berpeluh aku nak habiskan bawal pucci ni. Tapi kena hadap.



 Promosi - Contest & menang
Ni antara cara yang banyak aku tengok dorang buat, so aku pun create satu dan Alhamdulillah, sambutan ok juga. Ramai yang like sebab nak hadiah kan? Cuma takleh la nak target jualan dari sini. More to create awareness.


Promosi - selebriti 
Dah tu, kena minta tolong kawan2 up ni, dari situ produk Dyan Luv akan dikenali. So, aku bagi dalam 3 orang untuk mereka pakai. Kawan aku, Mantan Editor Rapi yang selalu lawa, selebriti Zaryn & pelakon baru Azza. Dorang up, adalah like & 2-3 orang beli. Walau tak capai sasaran, takpa, aku kena akur sebab produk pun baru, orang baru nak kenal. Cuba


Promosi - FB Ads
Fikir lagi - buatlah Fb Ads, langgar dinding semua. Buat sendiri, dalam sehari setengah juga hadap benda ni baru run. Result dia. Ig banyak yang likes tapi Fb ala2 krik2. Bajet RM15 sehari dalam 2 hari.



Kesimpulan
Susah sebenarnya nak jual 3 barang dalam 1 fb. Haisy, bila aku niat nak habiskan bawal pucci, maka dengan sendirinya GCTea & nyx sendu. Haisy, ni dok umah full time pun bz, camna  bila dah keja nanti? Eh!
Lagi?

Orang nampak berniaga tu banyak duit. Kawan2 pun tengok aku usaha macam2 dah kata aku hebat. Bukan hebat, tapi itu usaha nak ke sana & betul berniaga bukan mudah. Heran juga ramai yang boleh dapat beribu2 sebulan. Aku ni? Haha...tapi kena move on kan. Ok, korang boleh like pages aku kat atas dan personal fb untuk bisnes Azza Rai. TQ semua.


Friday, 23 September 2016

Resign akhirnya...

Berat untuk melepaskan namun itulah hakikatnya.
Aku dengan sukarela telah menghantar surat peletakan jawatan.
Aku yang tidak pernah terlintas mahupun seketika untuk berhenti sebelum waktu (sedangkan ketika lain rakan2 sudah pun tepu & jemu- mereka kerap akan resign pada umur sekian2) - aku tetap mahu kerja hingga umur 50 sekurang2nya - aku tahu kerana minat & tanggung jawab.
Namun itulah, hati ini sudah nekad & mendapat restu suami (biarpun mulanya berat juga untuk dia membenarkan)

Siapa yang tidak sedih, selepas 15 tahun berbakti, akan meninggalkan legasi kewartawanan. Rasa kekeluargaan itu masih kental & hebat. Di saat bersalam, sudah ku katakan, "aku takmo nangis, salam & mohon maaf, wish luck - cukup" - tapi itulah, sekadar kata2, bila bertemu, hati jadi sayu, mata mula memerah tanpa sedar mengalirkan air hangat - hidung pula naik turun menahan. Aduh!


team photographer yang sangat supporting. Bekerja dengan dorang ni gila2, ada ketika jalan cari rumah orang boleh sesat (time tu takda waze & smart phone cam sekarang ya)- ada ketika balik dengan tangan kosong sebab tetiba klien boleh kansel-walhal kami dah sampai tempat shooting, ada keja sampai malam tapi tak mengeluh pun sebab paham keja camna.

team Mingguan Wanita yang sangat hebat - sebab deadline tetiap minggu. Selepas ni akan merindui deadline yang sangat hectic.
team Nur & kak rin (editor hijabista) yang selalu supportive. will miss them
Jadi biarlah gambar bercerita ya.

Baru hari ni saya nampak awak lawa" - gurauan dari Penasihat Eksekutif Editorial Datuk Abd Jalil Ali (orang kuat Sinar Harian) - antara individu yang menemuduga saya 15 tahun yang lalu. Sempat menitipkan nasihat yang berbekas di hati. Beliau orang yang menemuduga saya bersama abang Richie Rachman ketika Karangkraf masih menyewa rumah kedai. Beliau selalu menasihatkan tentang asam garam kewartawan.Oh! Sedih la plak. Tq bos😊

 

Selalunya bila ada pelawat datang opis, dorang akan snap pic kat sini sebagai tanda kenang-kenangan. Masa tu rasa biasa2 saja. Tapi bila dah sendiri yang akan meninggalkan, baru terasa mahu abadikannya disini.

Rindu - akan merinduinya😂😅

Beberapa majalah lagi direhatkan

Hampir 2 bulan tidak bersiaran, macam2 perkara terjadi kan.
Ceritanya begini - seperti yang semua tahu media sosial semakin galak & boleh dikatakan hampir semua kategori umur ada medium media sosial. Secara tidak langsung kecanggihan teknologi sosial ini membuatkan industri printing 'drop' / semakin sedikit diedarkan. Bukan kat Malaysia sahaja fenomenanya, di Oversea pun sama situasinya. Masing2 terpaksa bersaing dengan blogger / portal yang lebih senang diakses & penting free. Macam2 benda dah buat tapi jualan makin drop.

Bercerita fasal media sosial, aku dulu tak rasa pun pengaruhnya akan kuat macam ni sekali. Pendek kata tak rasa tergugat pun. Tapi kalau orang tu memang pandai baca 'trend', mereka dah tau. Industri printing terutamanya majalah makin lama, makin slow. Kalau surat khabar boleh tahan lagi walaupun nak baca berita online pun dah senang, sebabnya masih ramai yang nak pegang & baca lebih lanjut.

Tetapi sampai bila? Media sosial mengambil alih. Kalau yang dulu2 & sekarang masih gah pastinya Facebook. Sekarang lak ada Instagram, Wechat, Snapchat, Telegram & macam2 portal yang sangat bersepah boleh didapati hanya dengan menekan hujung jari.

Sekarang makin ramai orang yang bijak menonjolkan diri di medium facebook, membuatkan dorang popular - di puja - terkenal. Jadi sapa2 pun boleh popular sekarang. Kalau dulu medium majalah/paper yang akan mengesan bakat mereka dan lain2, kemudian baru mereka popular. Tapi sekarang tidak lagi. Semua boleh tahu fasal si polan yang terer nyanyi hanya dengan ke youtube nya. Senang kan?

Dengan sedihnya aku umumkan majalah Nur akhirnya direhatkan setelah mengambil kira pelbagai faktor. Selain Nur, Majalah Media hiburan pula tiada lagi tetapi diserap ke dalam Sinar Harian (seperti PancaIndera kalau tak silap), majalah Dapur (tiada lagi sisipan dalam Impiana) & majalah Rapi (tiada lagi sisipan dalam Keluarga).

Sedih. Ya aku sedih. Tapi hidup mesti jalan terus. Pengumuman ini membuatkan hilang separuh nyawa. Kami 1 team sedih & hilang arah. Sehinggalah satu pengumuman lagi.... (bersambung)

team yang sudah berpecah :(

Wednesday, 15 June 2016

5 Majalah lagi ditutup :((

Peristiwa ni sudah berlaku 2 bulan nan lepas. Namun desas desus dah dengar bertahun bahawasanya ada 5 majalah akan ditutup. Jadi, bermulanya teka-teki dikalangan journalist & rasa kecut perut. Ada yang kata itu & ini. Oh! tidak.
Jadinya selepas dah nyata, stiap majalah dipanggil untuk diterangkan dalam beberapa slot berasingan untuk dinyatakan sebab & musabab. Antara majalah tersebut ialah ;
1)Dara.com (ini kira adik bongsu dalam grup Hijabi, sedih wey)
2) Rapi (Majalah Kesihatan)
3) Klik (Kpop berbahasa Melayu)
4) Umpan (majalah lelaki - memancing)
5) Dapur Impiana

Secara umum, isi kandungan sangat bagus. Kami ada pengkhususan untuk setiap crowd. Macam dara untuk remaja bertudung dari umur semuda 14 - 23, Rapi pula untuk wanita yang aktif, nak tau resepi sihat dll. Klik memang tengah top meletup sebab Kpop kan. Even masa lawatan budak2 sekolah pun, masa dorang masuk Mall, dorang akan beli Klik sebab nak dapatkan poster artis Kpop tu, Umpan sebab antara majalah yang dekat dengan pemancing, dapur lak inspirasi nak dapatkan dapur cantik. Dengan semua pembahagian pembaca pun, masih kena rehat? (istilah yang lebih lembut)

Ya, aku sedih sebab circulation memang agak menurun, tapi masih dalam tahap okey sebenarnya dalam situasi ekonomi yang malap camni, yalah, majalah kena GST okey, - katanya bukan termasuk kategori bahan bacaan(japgi aku ulas fasal kenapa) tapi sebab iklan takda - so takleh nak survive. Sedih kan?

Kenapa ini berlaku - antara faktor utama ialah pabila media sosial/peranti mudah alih/gajet/internet telah menjadi perkara biasa bagi semua orang. Boleh dikatakan majoriti ada smartphone. Jadi dah tak perlukan bahan bacaan yang perlu dibeli dengan alasan ; leceh, kena beli, tak tau mana nak simpan, buat apa beli kalau boleh baca saja di Facebook. - alasan utama.

Sedih wey. media printed mengalami kejatuhan. Sepanjang aku dalam industri media selama 15 tahun ini, aku menyaksikan banyak majalah dicipta & ditutup. Itu adalah kehidupan. Majalah Radiance, Bintang Kecil, Yezz, Midi, Libur dan beberapa lagi rasanya oh! Y? Y? Adakah kita sudah tak memerlukan bahan bacaan bentuk fizikal? Kita tak mahu merasa membelek helaian kertas? Sebab dah terlalu biasa mencari bahan di fb serta media sosial lain seperti Siakap Keli, Oh Bulan, Oh Media dan lain2?

Nasib aku & rakan2 lain masih belum tau. Tapi kami sedang berjuang sesungguh hati - promosi, cari hadiah, turun padang dan lain2. Ya, cuba. Masih mahu menulis dan memainkan tarian pena. Tetapi jika itu ketentuan, harus redha

Wednesday, 18 May 2016

Hijrah @ tidak

Hari ni pun pening kepala sebab belum memenuhi expectation. Bila semua datang bertalu2, aku rasa betul - i need take break. Kepala dah tepu, dah macam uweekkk. Mungkin selepas 15 tahun berada dalam dunia fesyen, maybe its time untuk aku bersara & mencuba benda baru. Benda yang lebih challenging atau sesuatu yang menarik untuk dicuba.

Apa pun - ia masih peringkat cadangan -aku masih belum bercadang untuk menjadikannya keputusan yang jitu & utuh. Ia masih berligar2 antara mahu & tidak. Antara kusut vs lerai. Bagaimana?

Membaca kisah CEO Dubook Sdn Bhd, Mutalib Uthman yang sangat sinonim dengan syarikat publishing - tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan jawatanya memberi aku seperti satu idea. Jika dia - yang ramai follower & menganggap Dubbok adalah Mut & Mut juga adalah Dubook - 6 tahun di arena - tetapi mahu bersara - Inikan pula aku yang sudah 15 tahun. Ok, 15 tahun dalam bidang yang sama cuma tukar2 majalah adalah sesuatu yang luar biasa? Iya ke luar biasa? Tidak kah aku tepu? Sehingga tidak ada cabaran lagi? Atau cabaran itu terlalu penat untuk dikendalikan? Oho-

Bercerita dengan beberapa kawan - ada yang kata ikut hati - ada yang suruh buat istikharah - ada yang sedih sebab nanti takda geng - ada yang kata fikir baik2 - Entah. Laki sendiri pada mulanya tak nak bagi, tapi sekarang dia kata ikut lah, asal aku happy.

Jadi, hijrah atau tidak?

Tuesday, 17 May 2016

migrain & back pain - stres keja

Kebelakangan ini, atau lebih tepat dalam tempoh sebulan ini - aku mengalami masalah depresi aka kemurungan. Masalah ini buatkan aku rasa pening kepala, sakit di dahi (antara kening kanan & kiri), rasa sedih & nak nangis.

Mungkin sebab editor kami lambat diumumkan, jadi banyak keja tergendala, pastu turn aku buat cover - semua dalam masa suntuk, cover lak bersaiz L (orangnya rahsia)-buatkan susah nak cari saiz. Hello-mostly designer buat saiz S & M, jadi mana nak dicekau saiz L itu, ada tapi baju tak lawa n kena mix n match. Bila sampai kat brand head, baju ku direject - sedih lagi, huwaaa... esok nak shooting nih, seb baik brand head kenal PR top designer, terus buat surat, 5.30 gi amik baju. Shooting lak ahahaha...adalah yang agak kurang sana sini, agak rengsa pun ada bukan selebriti tapi adalah.

Pastu tambah dengan kerja Honda asigment. mana nak cari model laki n pompuan, baju yang urban, props, lokasi. Mweekkkk. aku rasa migrain ku bertambah2.  now ditambah dengan back pain pula. Tu belum masuk 3 tema fesyen 4 + 4 + 3 baju yang perlu dicari dengan kontra 100 helai tudung setiap butik. Migrain lagi. Bukan senang untuk mencari orang yang nak bersedekah tudung di kala mereka boleh berniaga. Tapi ini kisah benar. Props tak cari lagi.

Belum masuk nak amik segala mak nenek n bla2, kena lah angkut my laki. Tu belum masuk artikel yang berderet2 belum disentuh. Setiap bulan benda yang sama. Deadline - betul tapi rasa dah tak larat. Sedey.
Kadang2 aku fikir berbaloikah aku buat semua ini? Atau sudah cukup la pengalamanku selama 15 tahun dalam industri fesyen, aku dah tepu - dah tak larat nak berfikir nak cari model last minit, baju, nak fikir konsep dan macam2,  aku sampai fikir nak gi Sinar Harian dah.

Syok juga sebenarnya buat keja yang aku tak penah termimpi nak buat, gi asigment politik, balik buat story pendek, hantar kat editor then tunggu asigment lain. Rencam berbeza tapi apa salahnya bertukar.Aku minat politik apa, Minor subjek kat USM sains politik okey. Zaman sekolah menengah lak, aku memang suka topik sejarah - dikala ramai yang tak suka subjek yang perlu menghafal ni. Hey, aku memang suka subjek ni. Tapi tulah, bila mikirkan time cuti yang tak menentu (bukan sabtu & ahad) - membantutkan aku. Dengan anak yang makin membesar, untuk balik malam (sekarang pun ada balik malam & keja weekend) tapi tak tetap. Benda2 tu semua buatkan aku pendamkan. Sama seperti ketika aku nak gi interview keja Bernama Radio. Risau fasal cuti raya, anak2, tempat keja jauh. huisy..

sebenarnya yang paling best kalau nak hilangkan masalah, sakit kepala & back pain ialah berhenti kerja - hahahaha. Aku mampu gelak saja

Friday, 22 April 2016

Bila semua dah resign

Kalau dulu tak terasa sangat. Tapi bila dah sorang demi sorang resign - dengan pelbagai alasan seperti buat bisnes, ikut suami ke luar negeri, dapat kerja tempat lain. Rasa itu meruntun dan bertali2. Ya-mereka pergi untuk yang lebih baik. Tapi yang tertinggal ni lak rasa sayu. Alahai. Abis nak buat camna...nak resign gak? Hehe, kalau ada duit sejuta takpa gak. nih? hutang pun banyak lagi. Kerjalah selagi ada orang nak terima dik non.


Dia down... Aku?

Beriya2 tulis - tak semua benda boleh ditulis kat media. Ni aku tulis gak..Haha, takpalah...selagi aku rasa benda tak menyentuh sisi negatif yang boleh menyentuh orang lain, aku rasa okey lagi. Lagipun, ini ja catitan yang aku ada, besh gak kalau boleh baca 2-3tahun lagi (kalau hayat masih ada). Aku rasa tak ramai pun baca diary merapu ni. haha..

ceritanya en.suami dah hampir 2mgu batuk, kemudian badan dedar2, pastu selsema lagi - dengan cuaca yang panas-elnino-ekuinoks - pastu 2-3 ari ni lak hutan terbakar sebabkan jerebu teruk okey. Aku pun dah rasa lain macam, rasa telan habuk - dahla mak ni jenis antibodi lemah. Haha- Alhamdulillah, masih ok.

Next - dengan keja takda - pastu tak sihat - stil keluar masuk sebab nak pos barang - tengok lak fb yang kawan dia beli keta baru, ada yang bercuti di oversea dengan alasan Malaysia panas sangat, macam2 lagi lah duniawi. buatkan dia rasa down. Murung, kadang2 diam, kadang2 ceria. haisy, camna nak cakap eh!

Maklumlah, aku bz kat opis, buat keja, kul 7.10 baru sampai umah, pastu sibuk dengan keja umah lagi. Kul 9 lebih baru rest, tengok whatsapp jap, borak lebih kurang-tido, huhu.

Aku bagitau dia, takyah tengok FB - kawan2 tak rasa apa yang kita rasa. Sebab mereka ada keja, mereka memang ada kuasa duit. Takyah nak pening kepala fikirkan apa yang dorang buat, beli barang apa. Buat apa sakit kepala sebab kita memang takleh dapat k?

Buat macam aku, once dah sah sakit, terus aku biarkan fb tu, dengan sendirinya fb lama tu aku tak jenguk, eh! ingat lagi tak pasword? haha. Aku malas baca sebab fb tu ramainya kawan2 opis kan? - jumpa2 tiap2 hari kot. So, takyah baca pun takpe. Pastu dengan kawan2 sekolah, kawan2 lain - no need. nak tengok dorg update makan apa, pegi mana. takyah.

Senang-fb radz izara ni wujud sebab aku nak promote novel aku. So mostly dalam tu peminat novel, dan orang yang aku tak kenali pun. So, takda update makanan melampau (sikit2 tu adala), atau benda yang buatkan haiku tersentuh-maklumlah bukan kawan kan. Dan yang penting page2 positif. Itu yang kita nak.

Dia down, tapi aku tak nak down. Aku memang takleh down. Nanti sel2 tu merebak dengan jayanya. Istigfar. IsnyaAllah ada jalannya.

Tapi dia ok, cuma bila datang meruntun hati tu, memang sakitla. Takpa Allah nak menguji-tanda sayang kan? Amin2. Doa2 k.

Saturday, 16 April 2016

Tak semua benda boleh cerita di media sosial

- Perbezaan antara Gen X & Gen Y
- Beza tempat kerja
- Beza gaya hidup
dan lain2

1) Gen X suka memendam tapi Gen Y lantang - tak kira secara depan2 yakni alam fizikal betul lebih2 lagi di alam Maya. Hai, bukan nak salahkan pun mana2 pihak cuma aku rasa ada benda yang kita boleh cerita sesama kengkawan/pasangan  yang kita takleh citer kat media sosial sebab ramai sangat pembaca lain gender & umur. Benda2 ni akan buatkan ia lebih rumit & juga pandangan negatif sesetengah pihak.

2) Keja di media mendedahkan aku dengan pelbagai ragam orang. Ada yang manis bagai gula dan ada yang pahit cam hempedu, Habis2 gossip dengan team mate ja. Takdalah nak war2kan kat fb ke apa ke. Tapi mungkin ada orang yang tempat kerjanya tak cek pun dorangnya fb so bolehla nak tulis macam2, kutuk bos, rakan gitu gini. Tak elok, sebab ia mendedahkan kelemahan kita. Ingat kita ni perfect sangat ke? Haha. macam2.

3) Ada orang life dia sorang2, yakni lone ranger, balik rumah sorang, takda kawan, jadi media sosial lah teman dorang. Ada orang macam aku, kawan ramai kat opis, umah lak dengan kerenah anak2, laki..keja umah bertimbun...huhu, semua benda dah buatkan aku sibuk untuk war2kan apa saja masalah/ketidakpuashatian di media sosial.

Kesimpulannya - ada benda elok simpan dalam hati atau ngadu kat pasangan saja. Atau......
....
ngadu kat Allah ---.> yang ni deep. Haha..

Tuesday, 29 March 2016

Dipanggil 'akak' oleh orang sekeliling

Ini bukan cerita sentap.
Ini cuma cerita realiti hidup sebenar
Bila anda lihat dah tak ramai orang sebaya disekeliling
Bila ramai yang memanggil anda akak
Itu sebenarnya anda sudah 'tua'

Realiti setiap orang. Bahawasanya umur bergerak tidak cepat & lambat. Ia seperti biasa, cuma terpulang pada kita nak optima kannya macam mana.
Hey, aku tak kisahla orang nak panggil akak ke, makcik ke. Tapi biarlah pada2 kan. Kalau dah tentu2 anak dia dah sekolah menengah, lagi tua dari Dira, takyah la panggil akak kot. Kalau tengok muka pun lebih kurang aku ja, panggil nama kan sedap, lebih mesra. Takdalah rasa diri ni tua sangat.

Kawan aku pernah bercerita pada ramai kawan2 kami yang dia agak melenting bila dia disapa dengan akak oleh orang yang dah tentu2 dia akak kan. Haha, mungkin situasi kot. Kalau kat kedai, dia mesrakan dengan panggilan akak. Ya, pendidikan yang setiap orang dapat pun beza. So, nak blaim camna kan? Lain2 orang, sabar je lah, ya tak.

Dah umur2 camni, takyah melenting lah. Nama tu sekadar panggilan ja. Kalau rasa tak dipatut dipanggil akak, kita bahasakan dia balik akak. Tengok jauh mana dia boleh pegi.

Nota : Ahaks. topik ringan tapi diambil berat oleh wanita yang usianya meningkat naik. Sebab tu dulu2, ada artis yang umurnya stop sampai 39, tak naik2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...