Tuesday, 4 August 2015

2.6 Billion

Kecoh kan?
Tak sempat nak tengok fb siang sebab aku kena setelkan PDF, buat jadual baru, plan untuk event #ikonnur dan lain2. Ah! Pengsan. Sebab selagi editor aku cuti pantang, memang aku kena handle keja dia. Nak buat bahan aku lagi, shooting semua tu kena setel gak.

Dah 14 tahun aku buat benda ni, berdebarnya tetap ada setiap bulan, sebab cabarannya lain2. Jadi, nak kata masak tu memanglah. Cumanya cabaran diasak kiri kanan, depan belakang tu memang melelahkan. Rasa kalau ada offer VSS, aku amik kot. Masalahnya takda. Okbai!

Berbalik cerita 2.6 bilion, member aku sampai cakap malas nak nengok fb ari ni sebab penuh dengan sarcams, troll dan lain2. Sakit hati usah dicerita. 1 Malaysia kot dok membahas benda yang sama. Seolah2 rakyat Malaysia ni masih berada di zaman tanpa internet. Hmmm, nak menipu pun agak2 lah kot. Sampai dah tahap derma, dah tentu2 lah kita tak percaya.

So, aku tanya encik suami. Berapa 1 biliion tu? Jawabnya 1000 juta. Jadi, 2.6 bilion bermakna 2900 juta okey? Camna nak kira eh? 1 juta tu pun kebanyakkan dari kita dah rasa cukup banyak. 1 juta kot! Sebab tu ada games Jutawan Ria.

Mula2 Milionaire = Jutawan
Pastu Billionaire
BArulah Trillionaire

Tak terjangkau dek akal lah jumlahnya
a.
Kaya juga lah rakyat Malaysia bila duit dah dikumpul2 kan? Hmm..Haha



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013