Thursday 1 October 2015

Rahmat Allah tidak bertepi - part 6

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?


Emel bertarikh : 26/11/2004 

- pergh! masa ni baru masuk lepas bersalin anak pertama...haha

RENUNGAN KITA BERSAMA
Assalamualaikum wr wb,

Rasulullah SAW ada bersabda, katanya,

"Setiap anak Adam  akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih
 berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat  yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan  katanya,

 "Apakah yang harus aku catit?" 


Kata malaikat di sebelah kanan,
  

"Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.
 

Malaikat yang di kiri bertanya lagi,

 "Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?" 

Jawab malaikat kanan,
 "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah SWT bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai
tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."
  

Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, 
"Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam." 

Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas
hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...