Friday 2 October 2015

Demam tudung Aidijuma + majalah Hijabista

Entry yang dah seminggu tertunda
Kebetulan pula ari ni kecoh + viral mengenai Sales Vincci RM15 untuk sepasang kasut. Lagi lah macam2. Leka pula membaca komen2 dorang ni. Ada yang marahkan pihak pengurusan sebab penganjuran hapa2, ada gak yang blaim pembeli yang beriya2 nak beli kasut sampai jalan jem-ari jumaat sampai susah lelaki nak gi solat jumaat - lagi teruk, ada yang panjat pagar semata2 nak masuk! HUHU

sehari sebelum pada hari sabtu-jam 3 petang, 2 pembeli dari Penang & Melaka dah sampai. Gulp!


Ok, tinggalkan fasal Vincci, aku nak citer fasal Grup Hijabi bekerja di hari penjualan majalah Hijabista yang berkolobrasi dengan brand bawal tersohor, Aidijuma

Majalah Hijabista = Julai 2012 (edisi pertama - Maria Elena - pengenalan lagi awal-Diana Amir)
Aidijuma = Oktober 2011
Majalah Nur = 2002

tidur depan opis mak. Siap ada budak lagi.
dorang ni beratur awal lagi walau nombor dibuka dalam jam 7.30
pergh! lelaki turut memborong
semua happy dapat jumpa juma depan2
menariknya tudung ni ada 2 view. kat belakang tu corak lain. Masa petang Juma pegi wedding Ameera Zaini, dia cuma terbalikkan tudung tu ja. senang gler
diletakkan dalam kotak macam ni
Eh! Tetiba pula masukkan Majalah Nur dalam ini cerita. Haha. Saja nak bagitau. Bukan apa2, sebab majalah sendiri kan..kenalah promo lebih. Takpa, itu kita sembang lain kali. Kali ni nak bercerita mengenai sambutan luar biasa peminat tudung Aidijuma yang sanggup bermalam di depan opis ambo (Karangkraf) semata2 untuk mendapatkan koleksi eksklusif tudung bawal cop Hijabista okey.

inilah yang dorang nak dapatkan. Tudung bawal Aidijuma dicop dengan nama Hijabista. Idea menarik
Sebetulnya aku bukan peminat tegar bawal setelah mengenali shawl. Tapi la ni lagi suka tudung sarung. Awww. Walhal dulu2 macam2 stail tudung dok belit.

Ceritanya bermula beberapa hari sebelum kejadian yakni, rabu & khamis untuk sessi pembungkusan majalah bersama bawal Aidijuma. Merasa juga lah kerja kilang camna ya. Haha, dulu tak merasa pun.

Selepas siap 5000 kotak yang mengandungi semua tu, dijual dengan harga RM29. Aku mula2 tak yakin akan habis tapi rupa2nya jangkaanku meleset. Peminat Aidijuma ni sama macam Fareeda yang sanggup bermalam, buat khemah di depan tempat pembelian. Punyalah fanatik sampai sanggup beratur siap2 depan kaunter tiket, siap bawak tikar, ubat nyamuk buat peneman. Pergh! Rasa macam...okey... sampai macam tu sekali.

Hari kejadian
Aku tak dapat hadir sebab masalah kesihatan.
MAcam2 cerita yang aku dengar dari kengkawan. Rupa2nya peminat yang beratur ni bukan saja dari KL & Selangor, malahan yang terawal tu ada datang dari Kedah, Penang dan dari Sabah pun ada. Ohmai! Kami rasa, macam "tudung je kot" - tapi tulah itu kata kami -orang yang dah biasa dengan lambakan tudung, tapi bagi peminat yang betul2 tegar, dorang tak kesah. Walaupun datang dari jauh dan terpaksa tidur dalam keadaan kurang selesa, semua digagahkan jua.


Seorang boleh beli maksimun 5 kotak tersebut. Tak banyak kan? Tu sebab ada yang heret suami & anak2 untuk amik nombor. Jangan tak tau, baby pun ada nombor juga. Pergh!. Katakanlah 5 sekeluarga dapat beli, so jadi 25 kotak. Nak buat apa banyak2? Dorang akan jual balik dengan harga yang lebih tinggi. Tapi aku rasa berbaloi sebab nak tunggu amik nombor pun amik masa, pastu nak tunggu tanda tangan Juma lagi 1 hal. Memang banyak masa dihabiskan. Ada yang jual serendah RM40 dan sampai RM70. aku tak tau lah yang dari Sabah tu jual berapa ya.

q nak jumpa juma


Lepas tu, Aidijuma & BlossomboxStore pula bermurah hati untuk menghadiahkan setiap mereka yang mendapatkan tanda tangan Juma akan dihadiahkan dengan bawal BBS yang belum release lagi. Wau! Ini kira surprise lah. Sangat wow kan?

ni lah tudung BBS yang menjadi hadiah kepada siapa yang meet n greet Juma


Happy tengok dorang dapat bergambar dengan Juma. Haha, ok lah. Bukan senang nak jumpa public figure. Kami ni lainlah sebab dah selalu depan mata. Bukan riak, tapi memang betul, tengah syok menaip kat opis, tetiba lalu Fahrin Ahmad & isterinya. Hahaha.

Kiranya, 3000 yang dijual hari tu habis lah. manakala baki 2000 pula di bawa ke beli di Mynews.com & order whatsapp. Cuma yang ni takda bawal BBS lah sebab itu hanya untuk orang yang datang saja.

penuh boot kereta!


p/s - sama kes dengan Vincci, Aidijuma pun ramai peminat fanatik cuma yang ni lebih teratur. Kita mungkin rasa pelik dengan obses mereka, tapi bagi mereka itu biasa. So, minat orang kan beza2. Mana nak sama semua orang. 

merasa juga tudung ni. Tak sangka, datang2 keja, ada 3 helai atas meja. Terharu walaupun tak keja hari tersebut tapi ada juga untuk i. sob2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...