Tuesday, 6 October 2015

Sudahkah tunaikan 10 hak? ~ Part 15

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

Tarikh emel ; 11/Jan/2005

Sebelum Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya.

 "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia ini dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan
berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5. HAK KEPADA MIZAN (Neraca timbangan amal pada hari akhirat)
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6. HAK KEPADA SIRATH (Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. HAK KEPADA MALIK (Penjaga neraka)
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t., berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN (Malaikat penjaga syurga)
Berasa redha dengan Qada' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W.
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadis), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013