Sunday 18 October 2015

4 Perkara ~ Part 30

Label ni direka khusus untuk memuatkan emel-emel berantai (baca - yang baik2 saja ya) yang perlu dilupuskan sebab emel dah penuh okey. Emel ni dah lama, sejak tahun 2005 kot. Jadi, bolehla dari takda entry langsung kan?

Tarikh emel ; 8 April 2005

4 perkara menguatkan badan
  •  makan daging
  •  memakai haruman
  •  kerap mandi
  •  berpakaian dari kapas


4 perkara melemahkan badan
  • banyak berkelamin (bersetubuh)
  • selalu cemas
  • banyak minum air ketika makan
  • banyak makan bahan yang masam


4 perkara menajamkan mata
  • duduk mengadap kiblat
  • bercelak sebelum tidur
  • memandang yang hijau
  • berpakaian bersih


4 perkara merosakan mata
  •  memandang najis
  •  melihat orang dibunuh
  •  melihat kemaluan
  • membelakangi kiblat


4 perkara menajamkan fikiran
  • tidak banyak berbual kosong
  • rajin bersugi (gosok gigi)
  • bercakap dengan orang soleh
  • bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

  • TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
  •   TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
  • TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
  •  TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...