Sunday, 25 October 2015

Kubur ~ Part 57




SATU PERINGATAN!!
KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI;

1. Aku rumah yang terpencil,
Maka kamu akan senang dengan selalu  membaca  Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,
   Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,
   Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,
   Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,
  Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur         Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

5 Jenis Racun 5 Lima Penawarnya;
1. Dunia itu racun,
   Zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,
   Zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,
   Zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,
   Taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,
   Ramadhan itu ubatnya.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013