Tuesday 27 October 2015

Surah Al-Kautsar ~ Part 71

Tarikh emel ; 23 Januari 2006

Surah ini paling  pendek,
hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
bermaksud  sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan = cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib. 

Pelbagai khasiat  terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,  mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang  dahaga.
3) Jika sering sakit  mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah  dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya  1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan = solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya  kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...