Saturday, 3 October 2015

Jerebu? Stay at home lah

Jerebu teruk sangat kat luar.
Mula2 aku teruk kena sampai demam, sakit teka yang macam first detect kanser tu. Sampai 5-6 hari jugala baru baik.

Masa Raya Haji ari tu lak, balik solat raya, Qimi lak kena demam, panas. Terbaring je dia. Badan pun panas sangat. Mula2 aku bagi panadol - tak tahan = kasi ubat bontot, panas lega kejap, bagi ubat cecair + air badak + lap badan dengan air daun bunga raya yang diramas dalam air, untuk kuarkan lendir dan disapu ke badan & dahi. Merengek2 dia tak nak sayur katanya kat badan + pastu bakar bawang putih letak dalam minyak masak, sapu kat dada dan belakang badan. Alhamdulillah, Malam hari ke 4 tu ok, kebetulan terkena time budak cuti sekolah, so memang dok umah je lah.

Hari ke 4 tu juga, Mia kena demam panas, step yang sama aku buat dengan Qimi, cuma Mia lambat baik sebab dia ni memang tak suka ubat, kalau makan pun dia muntahkan balik, so hari ke 5 ok,

Pastu jerebu kan macam ok skit.
Tapi kali ni lagi teruk sebab IPU dan 300++, ni lagi teruk dari dulu!!
Ayahnya pula tak sihat, pernafasan pun tak lancar
Dira pun batuk2 tapi stil sihat
2 beradik tu ada lagi batuk.
So memang takleh kasi gi luar. Teruk sangat jerebu ni. Kesihatan pun terjejas!

Bila nak ok?
Setiap tahun benda yang sama berlaku
Indonesia bakar-semua jiran2 terjejas. Habis tu nak buat apa??

Hmmmm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013