Monday, 5 October 2015

Kalau sedih, buat apa?

Dilanda duka
Dirempuh badai
Masalah tidak akan pernah luput
Biar siapa pun kita
Masa budak-budak susahnya bila mak tak bagi apa yang kita nak.
Merajuk lah, merentan lah
Jika memang mak tak bagi, merana lah kita sorang2
Habis2 pujuk diri sendiri

Masa remaja, tengah sedih - nak ngadu sapa?
Kalau bab markah exam teruk, air mata menitik2
Nak ngadu ma, abah memang tak kena - tak mau susahkan
Nak bagitahu kawan2, mereka semua level lagi tinggi dari aku (itulah sapa suh amik aliran sains-kalau dah jiwanya Sastera)- haisy!!
Last2 menangis kat bilik air - tanpa sapa perasan & legakan diri sendiri

Masa belajar di IPT
Pabila ada masalah -mengadu dengan kawan rapat
Ada yang boleh selesai & ada juga yang tergantung
Sampai ada masalah besar - aku menangis sendiri kat bilik - sampai adalah member dengar bunyi tu dan tanya keesokan harinya, bunyi apa? - aku jawab takda dengar apa2 pun. Dia sampai "ya ke?" - mulalah dok bayangkan entiti - jangan main2 dok asrama memang ada versi bagai2

Masa bujang - sedih bila tak dapat keja
Sedih bila tak dapat balik kampung
Sedih bila takda boyfrend
Semuanya tu tanggung sendiri

Bila kahwin
Sedih bila sidia tak dengar pendapat kita
Tapi rupanya dia mendengar cuma tidak bagi respond
Haih la - macam2 lelaki ni

Bila ada anak
Sedih bila anak tak nak dengar kata kita
Penat membebel dan macam2 - buat la sekejap pastu nakal lagi
Istigfar - anak adalah anugerah & ujian

Bila kena ujian sakit
Menangis selagi mampu
Tergamam sehingga akal sedar kembali
Allah mengingatkan aku yang alpa
Kehidupan perlu diteruskan
Omputeh kata "life must go on"

Bila dah kehidupan sebegini
umur pun dah meningkat
Aku jumpa satu solusi yang paling mujarab.
Datang kerja awal pagi - buka youtube - dengar Imam2 besar mengaji macam2 surah
Tak faham maksud pun tapi sekurang2nya aku mendengar
Pastu nak selang seli dengan lagu Maher Zain, Sami Yusof, lagu nasyid ke boleh ja
Itu saja
Bila agak buntu skit, ini mampu melegakan
Sesungguhnya Allah tidak menduga manusia yang tidak mampu. Dia tahu hambaNya mampu dengan ujian tersebut - baru dia uji - Imam Yahya - speaker Antarabangsa - pernah cakap "Sebenarnya Allah bukan saja uji hambanya dengan kemampuannya tapi Allah sediakan tongkat untuk kita atasi masalah tersebut. AllahuAkbar





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013