Friday 8 November 2013

remedi tradisional untuk anak selsema

Sekarang memang musim hujan, anak2 pun macam pass baton jer demam. Mula2 si abang, pastu adik, pastu kakak dia lak. Biasa aku pakai ubat farmasi dulu, kalau dan lebih 3-4 ari demam tak kebah, gi klinik dan biasanya doktor akan bagi antibiotik. Kalau boleh nak elak sebab tau antibiotik tak bagus sangat. Tapi kalau dah terpaksa, takleh watpe. So, bila dah google, aku terjumpa satu cara tradisi yang boleh topup dengan ubat. Memang sangat mudah, ni kira merawat dari luar lah.
mula2, bakar bawang putih yang dicucuk pada garpu (bakar sekali dengan kulit dia) kasi hangit skit
lenyekkan bawang putih, tak perlu terlalu lumat, memadailah carik2 gitu.
masukkan minyak masak (tapi aku guna minyak zaitun, lebih baik dari minyak sawit)
inilah hasilnya, sapu pada dada, belakang badan dan tapak kaki, bagi selimut anak2, jangan bagi masuk angin. Kena buat banyak malam, baru mujarab sebab rawatan tradisional ni agak lambat berbanding bahan2 kimia.
dyan eaza - ada sekali tu, kul 3 pagi, mia bangun kesat hingus dia, rupa2nya hidung tersumbat selama ni, baru kuar hingus dia. Berselang seli dengan batuk. Boleh cuba ye semua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...