Sunday, 3 November 2013

Boleh gomo tahun depan deh

Kelantan kalah dengan Pahang dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2013. Sapa tak kecewa? Setelah bertungkus lumus menewaskan lawan2 yang handal, dengan JDT, dengan ATM dan team lain, kita tidak mampu mengekalkan tittle Juara Bertahan.

Takpelah, dah tersurat camtu. Walaupun tak berpuas hati dengan game semalam, sebabnya Kelantan tidak berada dalam prestasi terbaik. Dengan hujan, padang lak becak, bola jadi berat, kiranya semua serba tak kena. Walhal kita banyak peluang yang nyaris saja semalam. Kalau tak dah seri 1-1, leh bawak ke penalti.
                                                           

Tapi bola itu bulat, sapa2 je boleh jadi johan kalau kena gaya. Apatah lagi jadi pasukan pilihan buatkan pasukan underdog macam Pahang lebih selesa. Takde tekanan disitu.

Nasib baiklah facebook aku tidak dipenuhi dengan kata2 sindiran, kesat dan lain2. Sebab aku dengar, ramai facebook kawan aku yang list frennya dok memerli, menyindir dan sebagainya. Grrrrr....dah kalah satu hal, takyah lah nak kaitkan kenegerian dan lain2, cakap yang tak elok, mencarut.

Ya, aku faham ada segelintir penyokong Kelantan yang tak semengah, yang pandang team lain macam hape je. Tapi tak semua yang macam tu. Ada lagi yang ok. Janganlah sebab nila setitik, rosak susu sebelanga. Sebab seorang yang buat huru hara, nak cop semua penyokong Kelantan macam tu, tak adil kan? Untuk sedapkan hati, kita tengok list sini. InsyaAllah, gomo lagi tahun depe.

                                 
pic ni aku copy kat goggle ye. Kreatif kan


2009 = kelate kaloh
2010 = kelate mene
2011 = kelate kaloh
2012 = kelate mene
2013 = kelate kaloh
2014 kelate ?



Trivia Juara 2013 :

❒ Juara Piala Sumbangsih → ATM
❒ Juara Piala FA → Kelantan FA
❒ Juara Piala Malaysia → Pahang
❒ Juara Liga Super → LionsXII
❒ Juara Liga Perdana → Sarawak
❒ Juara Liga FAM → Pulau Pinang
❒ Juala Piala Presiden → Kelantan 

dyan eaza - Untuk pemain dan pengurusan, takpe,Its ok, kami memahami. Kita cuba lagi tahun depan ya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013