Saturday, 9 November 2013

sakit giginya sampai ke kepala


Banyak2 doktor aku sangat pasti ramai yang gerun nak jumpa doktor gigi. Itu sangat pasti sebab kalau boleh tahan sakit, memang ramai yang akan tahan sampai pulih sendiri. Kononnya masa sakit doktor takleh watpe.
Itu betul 
tapi.... Bila dah tak sakit, terus buat2 lupa, kononnya dah ok. So boleh mulakan kehidupan seperti biasa. Nampak sangat penakutnya.
sakit gigi boleh sampai bawak migrain dan ada yang lagi teruk sampai ke mata efeknya.
aku memang selalu ada masalah gigi...dari zaman remaja, membawa ke belajar kat U, sampai keja, sampailah sekarang. Puncanya sebab masa budak2 tak jaga sangat gigi, jadi bila dah remaja baru nak start rutin semua benda, memang slowwwlah namanya. Sebab tu aku selalu jerit kat anak2ku kalau dorang malas gosok gigi. Sangat bahaya ok!
gigi depan qimi dah goyang, pastu kat gusi atas ada macam infection (putih2 nanah skit), so aku pujuk dia jumpa doktor, sapu2 ubat, cabut dengan playar. Pergh! terus tercabut sey, aku tengok muka qimi macam terkejut tapi dia tak nangis, terus aku peluk dia. Huhu, gigi susu memang dorang tak bius, so adalah rasa sakit tue..

Aku tanya, doktor cabut sakit tak? Angguk je sambil menggigit kapas. Kesian lak nengok. Tapi sebab nak gigi tumbuh cantik, aku terpaksa wat camtue. Tanya lagi, nak jumpa doktor gigi lagi tak? Takmo dah..hehe, so, kena gosok gigi kuat2 supaya senang tercabut.

Berbalik kesah aku, selama ni memang aku terasa sengal dan sakit2, so bila sakit sangat, pegi jumpa doktor, dan sahkan ada infection. Jalannya sama ada cabut atau root canal dan crowning.
1) Cabut - memang senang, tapi asik cabut je gigi,
2) root canal & crowning - ada 3 appoiment dengan kos dalam rm800. Pergh! gler ah!. Tapi bila memikirkan pro n kon. Aku akhirnya putuskan untuk buat juga. So, terpaksa lah bajet kat mana2 untuk selamatkan sebatang gigi.

Jadi, masa aku jumpa first tu, doktor bagi ubat sampai 3 jenis untuk matikan infection dan datang lagi untuk buat root canal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013