Thursday, 28 November 2013

Kebelakangan ini, lebih penat daripada biasa

Adakah semuanya disebabkan
i) akhir tahun?
ii) bibik takda?
iii) cuti sekolah means budak demand macam2?
iv) bakal kehilangan otai dan digantikan dengan budak baru, means keja lagi banyak?
v) musim hujan, baju lembab, lagi bertimbun?

cukuplah dulu alasan tu...huhu
Penat walaupun aku tak drive
dok sebelah driver mengharungi jem pun sebenarnya dah memenatkan, kalau drive sendiri, lagilah.
Sampaikan ayam dalam freezer tu dah baper ari aku tak masak,
cili yang aku blend ahad tu dah lama tak bersentuh, hatta nak goreng nasi pun, tak sempat



http://localfoodwedding.files.wordpress.com/2010/09/24-chickens-in-fridge.jpg
ayam umah kami sekor je seminggu tapi sekarang ni memang susah nak habiskan..huhu

 itu baru citer ayam dan barang dapur yang seangkatan, belum lagi citer baju yang lembab, angkat dan sidai dalam aircond/kipas. Yang belum berlipat pun dan berbakul2...huwaaa
nasib baik cuti sekolah, kalau tak banyak gak masa diambil nak iron baju school sampai mama pun sarung cotton je. senang.
 
 bila dah tak masak, kenalah beli kan. Mula2 kat restoran tok ayah, order tomyam campur, daging paprik, kailan masin dan bla2...pastu malam esok, aku sempat masak spageti sos carbonara, malam lusanya masak nasi dan bakar kambing dalam magic pan. Pastu beli burger mat salai, makan texas, sampai tak tau nak makan apa dah...errr 

kids weols dah belikan games sorang satu, dira dapat math magic (permainan yang mencabar minda) tapi dia tak berapa suka sangat. Dia nak mainan macam adik2 dia...aduh dira...

qimie dapat lego, yang boleh pasang jadi 3 benda, car, helikopter dan lori. memang menarik.

mia dapat rumah mainan, hello kitty.

sementara dorang main semua, mama siapkan lah apa yang patut, sambil menjerit bila nampak lipas...grrrr, binatang ni memang suka menunjukkan diri. geram je rasa, terus sembur yang special untuk lipas. Lepas tu memang tergedik2...mati.

Nak tengok tv pun dah tak sempat sekarang. Nak update blog pun sama, walhal idea mencurah2, tapi penat gler sey..adakah disebabkan faktor umur.

aku sempat pakai tv ni..klasiknya..yang best kat umah mok (nenek), ada tv hitam putih jah, so konon2nya nak kaler, letaklah plastik yang berwarna (jadi automatik tv kaler, walhal hampeh je sebab kaler yang sama)...jadilah ye dik non. Mana leh lawan tv sekarang, lepas plasma, lcd, pastu led, yang latest aku tengok kt harvey norman, ada 3d, Ultra Hd pun ada, saiznya lak mengalahkan meja tulis lak..haha


dah kalau semua takleh jawab, mata pun dah minta beradu.. apa lagi zzzzzzzzz

gambar sendiri tetap nak berangan jadi princess kan, sory sleeping beauty, mak pinjam jadi gambar hiasan ye....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013