Wednesday 20 November 2013

3 subjek baru untuk tahun 4

baca sini

Ni yang dikeluarkan oleh laman web Kementerian Pendidikan dan disiarkan oleh Berita Harian.
Hmmm, Antara subjek yang dorang akan belajar ialah  Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah.

Patutlah bila Dira balik, dia cakap buku teks belum dapat lagi. Mungkin pihak kementerian belum siap sepenuhnya lagi. Aku ada baca juga forum cerita pasal hal ni. Menurut salah seorang forumner, 3 subjek yang dimansuhkan iaitu kajian tempatan, kemahiran hidup & pendidikan sivik kewarganegaraan. Ini bermakna

- Kemahiran hidup diganti dengan RBT
- KT & Sivik diganti dengan Sejarah
- Teknologi Maklumat pula kesinambungan dari sains

kredit untuk forum cari.com

1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT)
Pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi.

2.  Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan.

3. Subjek Sejarah
Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat.

Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa.


Ni memang khas untuk mereka yang lahir tahun 2004, yakni anaknda hamba akan menjadi perintis kepada subjek2 baru ini. Bunyi macam menyeronokkan tapi kalau teori semata2, dengan cikgu nak mengendalikan 40 student dalam 1 kelas, agak sukar sebenarnya. Cuma kita tunggulah kaedah yang akan diumumkan nanti.

Aku teringat zaman aku sekolah rendah dolu2, tahun 80an uols, so boleh bajet umur mak baper sekarang kan? hahaha, dah kertu kot...subjek sains takde. yang ada alam dan manusia

kadang2 silap sebut alam manusia, terus cikgu betulkan 'salah tu' sebab kan belajar pasal semua bukan manusia saja. 'Baik cikgu'

dulu2 banyak belajar teori gak, tapi ada juga cikgu bawak ke padang, belajar pasal semalu, daun, pokok. Masa ni syok lah sebab dapat hidu udara segar. Leh gak cuci mata nengok atlit tengah berlatih kan. Haha, aku tak taulah zaman sekarang buat camna. Tapi dengan adanya It, gajet, rasanya budak sekarang lebih advance dari dulu. Kalau darjah 6 pun dah tau pasal biologi perempuan, lelaki. Terasa kami2 yang mak bapak ni ketinggalan pula. Perlu lebih cari ilmu untuk menerangkan dengan hemah citer ni pada mereka. Gulp!

dira dah ada facebook, tapi aku ada password dia, so memang selalu cek inbox dan lain2. Memang kena pantau semua ni. So far masih terkawal )

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...