Friday 25 November 2011

Baru nak posting balik

Salam,
Walaupun saya tak tahu berapa ramai yang view blog ini, tapi saya percaya ada juga follower yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini. Terima kasih daun keladi saya ucapkan.

Hampir setahun saya tidak update sebarang produk jualan bukan kerana merajuk tetapi disebabkan kesibukan kerja membuatkan saya tidak mempunyai banyak masa untuk mengendalikan bisnes online ini.

Namun dengan galakan dari suami, saya kembali untuk mengupdate barang jualan, yang ini saya ambil terus dari Vietnam, kain cotton yang pastinya memang cantik banget.....

Jadi bagi siapa yang berminat, bolehla mengikut langkah di bawah ye...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...