Wednesday 23 October 2013

Facebook VS Blog

Sebelum facebook jadi fenomena, ramai yang gunakan blog sebagai medium sosial. Sama ada nak luah perasaan, emosi, berkongsi kejayaan, pahit, manis, masam semuanya ada dalam 1 medium.

1) Setting - Facebook aka FB ni senangnya sebab setting dia memang simple, boleh guna smartphone. Pergh! Laju jer jari menyentuh skrin, pastu post. Giler tak senang. Tapi kalau nak berblog, kena bukak pc dulu, masukkan password, cari ikon post, menaip. Tapi seingat aku dulu, blogspot tahun 2007 lagi susah. Sekarang bila aku view, eh! cam tak caya. Mudahnya. Ni yang menaikkan semangat aku ni. Tapi, tulah kadang2 idea mencurah masa basuh pinggan, pastu nak tunggu siap, erk! bila dah ngadap pc, lupa lak dah...haha



2) Post - kalau fb, aku akan pikir banyak kali sebelum post 1 citer, kena pikir, apa kawan2 cakap, opismate, rakan U yang dah dok mana2, yang berbelas tahun tak jumpa. Jadi aku kena limitkan tahap tu. Jadi biasanya aku post benda2 yang tak undang musibah atau lebih tepat, post happy. Teringin gak nak post pasal politik, tapi memikirkan topik tu sangat panas, so terpaksa aku cancel. Kalau blog, aku rasa lagi bebas, sebab citer kita takkan masuk wall list fren kan. Tapi, setakat ni, aku lum tulis lagi lah bab2 sensitif, Akan datang mungkin.


3) Komen - Fb ni sifat dia 1, bila kita post, kita mesti cek ada orang komen tak. Haha, aku rasa berlaku kat semua orang. Kita jadi seronok bila orang komen citer kita. Like pun cukuplah. Ia seolah2 kata citer kita ni bagi impak kat dorang. Tapi kalau blog, aku tak kesah pun orang nak komen ke tak. Tengok2, aku takde follower pun. Sebabnya aku tak kesah. Blog ni lebih kurang diary, cuma ada sensor skit2. So, takpe. Ada orang komen pun aku terima, takde pun mak ok jah.

4)Kawan-kawan - Fb ni aku jenis tak add orang, biasanya orang yang add aku. Jangan kata aku diva. Ia sekadar memang gitu, tapi kalau orang add aku, kalau orang tu aku betul2 kenal dan rasanya boleh jadi kawan baru aku accept. Bukan nak cerewet tak tentu pasal, tapi rasanya semak gaklah kalau asik post dia masuk wall aku. Ada yang aku dah hidden. Yalah, kalau dan 18 update status sampai sehari, gler tak meroyan aku. Blog ni lak, sebab tak semua orang tau aku ada blog. So kalau orang tengok pun mostly orang tu tak kenal aku personally. So, nak judge aku? takda masalah. Takde kudis pun.


5) Post popular - Yang aku tak tahan FB ni sebab, gambar yang kita dah like berbulan lepas, naik balik kat wall kita sebab baru saja dikomen oleh fren tuan tanah (fren tu bukan fren kita pun)...huk aloh. leh migrain mak, dahlah nak tengok habis pun makan masa. sabar jelah. Blog ni aku rasa lagi ok, leh tekan je mana nak. Lagi satu, sebab blog tu umpama wall kita, so takdelah nak cek selalu sangat, dan status orang pun tak up sangat, Kadang2 aku rasa cam bz body pun ada dok nengok status orang.

6) Annoying - Kadang2 kita tak tau, status kita tu orang boleh accept ke tak. Kalau letak status happy sangat2 kan, kata nak show of lak. Kalau blog nie, takde orang meroyan kot. Tapi aku kena akui kalau tak watpe, aku akan selalu cek fb. Nak tau isu semasa katanya.


Penglipurlara : Mana2 pun ok, mak tak kesah. Kalau kt fb tu annoying sangat, mak unfren je, tapi so far takde tahap tu, hidden saja. Blog lak sebab baru kan, keseronokan tu ada, minat nak post pun membuak2..haha mood berangan je lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...