Friday 25 October 2013

Sindrom marah sekejap

Memetik ulasan Hasrizal Abdul Jamil dalam facebook tadi.

"Sebab utama mengapa saya sangat sedih dan tertanya-tanya, apakah kesudahan perjalanan kita sebagai rakyat Malaysia ialah seteruk mana pun sesuatu kejadian, ia tidak mampu menggoncang negara ini.

Bayi berusia setahun enam bulan diliwat, budak perempuan dirogol sehingga mati oleh pegawai keselamatan taman perumahannya di pondok keselamatan 100 meter dari rumah, kanak-kanak hilang tidak terbilang, pembunuhan setiap hari, penipuan politik yang luar biasa, apa sahaja.... hanya isu yang singgah sebentar, kemudian hilang begitu sahaja. Kejadian yang sama jika berlaku di negara lain, sudah berubah undang-undang negara, bertukar parti pemerintah, polis dibekukan cuti untuk proses mencari dan menangkap.

Veronica Guerin, seorang wartawan siasatan jenayah telah ditembak mati di Naas, County Kildare pada tahun 1996 oleh pembunuh upahan. Kematiannya telah menggegarkan seluruh Ireland dan memaksa kerajaan meminda undang-undang untuk membanteras pengedaran dadah di Republik itu. Satu kematian memadai untuk mencetus perubahan.

Celaka apa yang menimpa kita di Malaysia ini? Atau yang celakanya adalah kita sendiri? Adakah kita tidak melaksanakan hudud, atau hudud tidak layak untuk orang seperti kita? Yang bermain-main, lebih dari berusaha dan bekerja?"






Ia macam dah jadi satu kebiasaan bagi kita. Bila ada isu panas - kejap je hangatnya, pastu kita dah lupa. Actually perkataan yang tepat aku rasa bukan lupa tapi kita redha saja menerimanya tanpa ada usaha untuk membaiki kesilapan itu.

Dah jadi macam habit lak, orang yang salah memang dapat hukuman sampai ke tali gantung, tapi pengajarannya pada masyarakat camna? Satu kes yang sentiasa kekal diingatan aku pasal budak yang kena dera dan sepak teman lelaki maknya. Tak silap namanya Syafia Humaira. Sebabnya budak tu tak nak balik, ralit tengok budak2 main bola sepak. Pastu terus kena tendang, sepak. Bongok kan? Budak tu kecik je, 3 tahun kot. Bukan lawan ko. Yang ko naik hantu sangat kenapa?

Last, saspek kena hukum gantung sampai mati. Tapi 3 tahun lepas kes tu, 9 julai 2013, mahkamah rayuan akhirnya memindah pertuduhan. Tak jadi hukuman bunuh, tukar pada 18 tahun penjara. Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

Penglipurlara : Nak baca story lagi detail, sini  http://duniaitu.blogspot.com/2010/02/tendang-macam-bola.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...