Wednesday, 23 October 2013

Dunia hari ini yang sadis

Melihat pada kes2 yang berlaku di Malaysia hari ini sangat menyedihkan. Kes tembak, bunuh macam senang je jadi. Macam takda apa2. Bunuh pastu tinggal macam tu je. Perasaan bercampur aduk, Sedih dengan mangsa yang langsung tak berdosa. Geram dengan penjahat. Rasa dunia kat luar tu dah tak selamat.

Kes terbaru katanya hari ni, kul 11 pagi, seorang lelaki ditembak lalu mati di LRT Melati. Simple gler, sapa sangka kat situ akan ada kejadian tembak-menembak. Buatnya penjahat tu sebenarnya nak bunuh orang lain tapi tembakan tersasar, camna? Buatnya juga hari tu, aku lak gi asigment kt Melati, baru je turun LRT, camna.

Yang paling sedih, bila staf wanita Ambank yang kena tembak dek guard untuk merompak duit. Arwah tu tengah kira duit dengan kawan dia. Tetiba guard jahat tu datang, terus tembak dan amik je duit. Ok. Meninggal dengan cara macam mana pun, itu takdir Allah. Tapi aku bayangkan, takda sapa pun jangka kita akan pergi macam tu je. Kena tembak pastu rebah. Maksudnya arwah pergi macam tu je. Tak sempat pesan apa2 kt suami & anak2.  Lainlah kalau sakit ke hapa, at least, dapat tengok muka anak pelan2 pastu kiranya tutup mata pun jadilah. Ni kena tembak terus.
siap ada rakaman cctv lagi camna kejadian tu. Sangat sedih, aku cuma tak mengalir air mata je. Tengok anak2 dorang yang masih kecil. Aku bayangkan diriku sendiri. Masa tu dah petang, dah nak close akaun. Masa tu gak mesti pikir nak amik anak, masak dan lain-lain. Tapi mana nak tau, alih2 kena tembak. Camna anak aku nak terima hakikat mak dia dah takde?

Pastu kt fb lak, selalu sangat orang suka letak gambar kejadian, pastu tulis "Untuk iktibar", "Sekadar cerita. Moga Kita berhati2" @ "Al-fatihah" untuk mangsa. Tak kena family ko bolehla wat camtu, cer kena batang hidung sendiri, pastu satu Malaysia tengok video/ gambar penuh dengan darah, katakan. Camna anak mereka nak hadapi benda2 ni semua? 

Masa aku belajar kat USM dulu pun, ada etika yang harus dipatuhi, takleh siarkan gambar macam putus kepala ke, gambar eksiden dan bla2. Malah, aku tak setuju pun paper2 mainstream macam Metro & Kosmo yang siarkan gambar eksiden siap ada darah bagai. Sebab aku belajar dulu memang takleh. Tapi kalau tak belajar pun, ko tau kan tu akan buat family dorang sedih. Dahla dorang hilang family, terpaksa lak menatap gambar macam tu kat paper. Sama gaklah dengan media sosial.

Penglipur lara : Diam sejenak, baca fatihah, sedekah kat arwah. Moga Allah menerima segala kebaikannya dan mengampukan dosanya. Pada penjenayah, aku harap cepat2 ditangkap dan ke tali gantung. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013