Sunday, 20 October 2013

First time masak nasi kabsa

Entry ni patutnya semalam, terfikir2 nak masak apa. Last2 terpandang rempah yang diberi Prof.Kamil & kak Roza (sebenarnya dah lama bagi, seingat aku last year lagi, tapi sebab bila tengok bahan2 nya banyak yang takde, so postpone lah nak masaknya.

Sehinggalah semalam, tergerak nak masak bila nampak rempah yang yummmeh
ni ole2 dari Madinah, kawan aku yang ada sama hari tu pun dapat. dorang dah habis masak lama dah, tinggal lah aku sorang terhegeh2. Pastu, apa lagi terus lah google cari resepi yang sepadan. Jumpa resepi yang ni http://azurarahman.blogspot.com/2012/05/nasi-arab-kabsa-kambing.html sebab bahan2 dia simple, tak complicated sangat. Tapi bila nak start masak, aku baca ayamnya masak sekali dengan rempah, so aku terus tukar plan, cari lagi resepi lain, so terjumpa yang ni http://aziejaya.blogspot.com/2012/03/nasi-kabsah-ayam.html. Yang ni memang menarik sebab siap ada step by step. Sebabnya resepi yang azie tu, dia rebus ayam dulu dan air rebusan tu guna untuk nasi, tu yang aku suka sebenarnya.cuma bahan dia luar biasa macam2, so aku combine dua untuk jadi satu hidangan, boleh?

Ni rupanya masa nak masak, bau dah sedap dah sebab dia ada pes tomato, kaler pun dah cantik.

bila dah siap, terus snap, camnilah rupanya. Lupa nak gembur2 dulu bagi nampak cantik sebelum snap sebab baunya dah penuh satu dapur, budak2 pun semua dah lapar nak makan. Sedapnya. Yummy!

Penglipurlara : bila lah nak kurus kalau masak nasi pun dah macam2 kan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013