Monday, 1 February 2016

Industri tenat...Gen Y & Gen Z kah puncanya?

Masih berkait dengan isu semasa iaitu pemberhentian kerja oleh beberapa syarikat/GSC dan macam2 lagi. Yang teruk terjejas semestinya Oil & Gas sebab harga minyak jatuh gila2 – dah bawah USD32 per barrel. Ni aku copy dari website yg update 3 jam lepas.

“Light, sweet crude for March delivery settled down $2, or 6%, at $31.62 a barrel on the New York Mercantile Exchange. It is the largest daily dollar loss since Jan. 6 and snaps a four-session winning streak. Front-month April Brent crude, the global benchmark, settled down $1.75, or 4.9%, at $34.24 a barrel on ICE Futures Europe.”

Pastu Industri penerbangan Mas menyaksikan 200 kot (lupa nak copy) pilot hilang kerja, industri kereta, industri kilang – macam elektrik – kawan aku cite 3 tahun lepas kot. Yang Panasonic Tv seksyen dah kena tutup, sebab tv yang dihasilkan terlalu baik sampai tak rosak2 – means orang tak beli tv baru – so pengeluaran kena stop kerana takda permintaan – ingat subjek Ekonomi masa Form 6 dulu2.

Sebelum tu lagi, kamera digital (bukan dslr) pun dah alami kemerosotan sebab smart phone dah terlampau canggih doe. Yang ada sampai sama tahap dewa dengan DSLR pun ada k. 12MP kot, siap boleh selfie gape fish. Kwang2

Industri printing pun terjejas (tu tempat keja aku wei) – sebabnya sekarang gen Y semua pakai smartphone, berita pun baca thru online (tapi gen baru ni tak suka berita sangat-yang baca pun orang macam aku). – means paper & magazine mengalami penurunan. Sedih wei. Ingat lagi dulu2, paper tu dah jadi makanan harian zaman sekolah sampai awal tahun 2000, sebab itu satu2nya medium (selain tv lah) nak tahu berita, sekarang? Orang tengok surat khabar pun tak, terkontang-kantinglah kat kedai buku. Kecuali ada orang macam abah2 aku, yang masih membaca surat khabar – tak kesahla Sinar Harian, Utusan ke Berita, Kosmo @ Harian Metro. Janji fizikal & bercetak.

Orang sekarang. Gen Y & Gen Z – hanya melihat smart phone. Berita, gossip semua sampai berita baru jadi 5 saat, dah ditulis oleh Roti Kaya. Sian Media Hiburan yang gah itu, Sebab? Peminat dah tak membeli. Baik depa beli topup nak tau berita. Macam juga dulu2 – ramai budak2 yang teringin nak masuk majalah sebab nak gambar terpampang, tapi sekarang ada instagram, pandai sikit ayat, masukkan gambar yang comel, bajet cute, ramai follower – tadaa..dah tak perlukan majalah – macam Atita Haris – dah jadi Jutawan dah hasil review ok.

Orang macam aku masih suka membaca fizikal, tapi tulah, umur dah meningkat, ramai yang dah mula beralih ke arah buku keagamaan. Jadi, majalah tu sapa nak baca? Struggle kan? Dan ini fenomena seluruh dunia pabila Gen Y & Gen Z mula mendominasi struktur kerja dunia. Politik ja masih Gen M? Eh!. Haha, masuk politik gak.


Aku pernah tanya beberapa orang – akan terkuburkah industri printing? Susah nak jawab, ada yang kata ya, tidak & mungkin (tengah2) – Cuma aku masih mengharapkan orang kita tidak hanya bergantung pada berita/cerita di smartphone semata2, sebab cerita begitu nak main story human interest bolehla. Tapi kalau story tokoh tu masih perlukan Wartawan untuk menulis. Story fasal kerjaya dan lain2. Kami yang akan menulisnya untuk bahan bacaan. Jadi sokonglah industri percetakan k!

datang eh Karnival Karangkraf ni - yang poster 6000 helai tudung tu team kami lah buat,
Nur, Dara & Hijabista. Datang tau

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013