Monday 29 February 2016

Jika kehidupan seperti Kidzania... alangkah bahagianya

Malas nak bercerita pasal politik. Macam2 boleh jadi, tak sampai dalam 24jam - tukar lah, kuar lah. Gaduh sana gaduh sini. SO, biarlah.

Topik kali ni memang cheeky ja iaitu "Alangkah indahnya hidup jika semua orang macam staf KIDZANIA'

Kali ni kali ke3 kami ke sana, dengan range umur berlainan. Masa first time pi, Dira lum sekolah rendah lagi, tp kali ke3 ni dia dah masuk remaja!

Mula2 masuk pun kita dah dapat rasai kemesraan mereka. Maklumlah, kami kan selalu jadi family pertama yang sampai, dorang tengah briefing lagi time tu. Tapi bila tengok kami terus di sapa "Kai" tangan kanan di dada kiri. Pendek kata semua orang akan sapa dengan senyuman mesra. Terus macam. wah! budak2 ni dipamper macam tu sekali. Tersengih2 dira, qimi & mia.

Dulu2 aku ingat lagi dorang bercakap dalam bahasa Inggeris, ya lah, masa mula2 buka kan ramai chinese n omputih datang. Kebetulan time aku pegi yang ni cuti raya cina, so ramailah budak2 melayu yang tak baper sangat omputih tu. Tapi staf Kidzania layan elok ja. Mula2 dia try english, macam terngaga ja, terus dia tukar melayu. SO wonderful. Kalau tak faham, dorang layankan ja ikut range umur. Malahan aktiviti dorang pun ada yang dari 3 tahun smpai 17 tahun. so katakanlah time tu, budak2 kecil yang buat task, dorang ikut kemampuan mereka.

Kebetulan time tu, ramai juga rombongan rumah anak yatim yang di bawa oleh NGO termalu2 bila dilayan umpama puteri & putera. Tapi staf dia memang pandai, ajak sampai budak tu selesa dengan sendirinya.

Mungkin orang boleh kata. Dorang bolehla, gaji bayar mahal. Kita masuk pun bayar mahal. So Kenala layan betul2 - Jawapan aku ; tak semestinya. Berapa kali kita rasa kita dah bayar berbaloi, tapi layanan yang kita dapat kat restoran yang dikatakan mahal tu berbaloi? Ataupun workshop layan kita macam tu? Atau pengguna jalan raya yang tak bertimbang rasa dengan keselamatan orang lain.

Weh! Ni bukan sebab kita bayar mereka mahal. Ni sebab mereka memang dah ditraining supaya melayan tetamu dengan baik "Kai' - setiap kali jumpa : "Zank you" - setiap kali habis task. Budak2 perlu diterap nilai2 murni macam ni baru membesar jadi orang berhemah. Tapi tu lah, bila hadap dunia realiti yang tak sepatutnya- ralat. Tu belum citer media sosial yang dimana orang boleh baling batu & sembunyi tangan. 'Keyboard warrior' ada di mana2

So - penyelesaian camna?
Susah nak ubah 'mindset' orang dewasa ataupun masyarakat sekeliling khususnya. Jadi, mulakan dari rumah, dari sekecil2 perkara. misalnya cakap terima kasih dll. Walaupun kadang2 budak ni jadi naik lemak sebab maknya lembut. Haih la. Tu topik lain lah ya. Ok tu ja-by

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...