Friday, 26 February 2016

Bisnes - Part 3 - Saya tak kuat

Rezeki orang tak sama.
Ada orang masa mudanya bertungkus lumus, bila dah berusia sikit, menikmati hasilnya dengan lenang.
Tapi ada orang masa mudanya keja makan gaji, dah berbelas tahun baru nak cuba nasib bisnes memang haw haw har har la jawabnya.
Bisnes bukan senang. Bisnes sesungguhnya mencabar. Sebab tu aku dulu2 buat separuh jalan. Sebab takut tanggung risiko. Penat nak pikir. Stok yang tak habis nak buat apa lagi. Nak topup kan modal tak balik lagi, alih2 rugi. Bisnes memang camtu. Untung rugi tanggung sendiri.
Rasa nak give up.
Tapi bila pikir2 dah beribu2 habis untuk beli, perah fikir design, ulang alik itu ini, update gambar, semua - so takleh. Lakiku yang cakap takleh stop. Walaupun kami dah 2 bulan, modal pun tak pulang lagi. Asik dok menopap je kejanya, laku pun tidak. Har Har Har.

Tengok orang lain macam ok je bis. Ada yang pakai diri sendiri ja jadi model (yakni muka biasa2-tapi follower pergh! berpuluh K) baru ja update stok baru - licin. Mak ni siap pakai model lawa, official photographer, tapi orang like pun tak. Adess. batu berat terhempap kat kepala.

Usaha dah buat cuma mungkin lum rezeki. Atau tak cukup bersaing dalam dunia yang penuh persaingan ini. Sana sini buat benda yang sama. Jadi customer akan cari barang yang paling dia nak. Biasanya dorang ikut ikon dorang. Macam Fynn Jamal, Atita Haris, Bella Amara, Calaqisya. Nama2 tu memang leh jual, letak la apa2pun, keja ja abis. Pastu tambah dengan selebriti menjual lagi. Haha, tak ke nangis orang yang baru nak bertatih ni.

Instagram dah buat, gambo pun lawa, hasil siap, cun melecun, tapi tetap tkde sambutan. Tengoklah tip2 bisnes, ada yang memang kena gi berguru, aku paham. Tapi dari testimoni yang aku baca. Kebanyakkan yang ada modal banyak bolehla spend. Sebab tu untuk skala besar. Macam aku yang modal 2-3K ni, kenala ukur baju di badan sendiri noks. Eh! Lum masuk kos model + gambar + video lagi tue. Itupun ntah bila pulang modalnya.

Berbalik pada tip usahawan tu. Aku ada baca lagi yang kata dah pegi tapi sebenarnya benda tu ada ja kat internet cuma kita kena compile ja. So, bagi aku untuk skala yang kecik2 ni, eloknya bermula dengan kecik saja. Tapi orang kata kecik, bagi kita dah cukup besar doh. Nangis lagi.

Banyak entrepeneur (ni hasil interview aku) - akui GST antara punca ramai yang berjimat. Kuasa beli dah kurang. Ramai yang memilih. Jadi bayangkan orang yang baru nak naik macam aku? (orang cuma tahu label-mana boleh tunjuk sey-habisla). Lagilah sekarang, kanan kiri nak meniaga yang sama. Huhu - dalam hati - kenapala aku dok cadang bis tudung? Patut pilih lain. Sekarang camna ni? Beli pakai sendiri ja lah.

Sebab tu aku tak berapa nak bisnes. Hati tak berapa kuat. Tak macam abah & ma aku. Rasa down lak. Tapi kena sabar. Tunggu. at least setahun. Huwwwaaaaa. Saya tak kuat awaaaa

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013