Friday 22 April 2016

Autistik - Redha

Belum sempat tengok movie ni lagi. Katanya best sangat. Tapi sayang kurangnya sambutan berbanding movie2 lain. Memang masyarakat kita belum peka sangat dengan isu2 sebegini. Bawa istilah OKU - Orang kelainan upaya tapi secara fizikal golongan ini sama dengan budak2 lain cuma mental mereka sahaja berbeza. Tu yang sebabkan orang akan pandang pelik benda2 ni semua, konon mak bapa tak reti jaga anak2. Walhal budak tu memang ada masalah.

Aku pun macam tu, dengan Qimi, lambat bercakap tapi masa tu aku memang tak tau fasal sindrom ni. Bagi aku Qimi speech delay, so hantar Qimi ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah. Tu pun lambat, dalam setahun juga baru dapat appoiment- faham sebab q panjang. Masa enam tahun qimi pegi speech theraphy adalah dalam 3x. Masa tu tengok orang lain lagi teruk masalahnya, ada masalah pendengaran, tantrum dan lain2. Alhamdulillah, dia boleh bercakap lancar selepas tu.

Dia ada masalah tantrum, pelupa, perlu diingatkan berulang kali dan ada lagi. Aku mula mengenal masalah Autisme. Aku bandingkan masalah Qimi dengan Autisme ni. Memang ada beberapa persamaan. Aku siap nak pegi psikitari lagi sebab dia ada ciri2 tu. Terutamanya masa dia hantuk2 kepala ke dinding, risaunya time tu (masa qimi sebelum 2 tahun lagi- 2x dia masuk hospital, demam mencecah 39selsius. di PPUM dan demam ingat kuku mulut tapi bukan- di SJMC)

Tapi disebabkan kebetulan aku lak sakit dan terpaksa berulang ke PPUM, ambil darah, operation, radioaktif, semua ni membantutkan. Hantar sekolah perdana, nampak dia makin tiada simptom2 tu. Berdoa juga. Tapi ada juga kes dibuli, kesian gak, bagitahu cikgu supaya solve problem. Namun sejak2 dia masuk darjah 3 ni, makin bijak, petah bercakap, banyak bertanya, kita ja tak larat nak jawab soalan dia. Dulu2 dapat nombor 34, nombor 2 last dari belakang. ari tu dapat nombor 17 (untuk kelas keenam). Siap jadi imam untuk 3 kelas lagi. Ya Allah, biarpun ia percapaian kecil untuk mak bapa lain. tapi untuk aku ia sangat besar.

Tak boleh banding anak kita dengan anak orang. Masing2 ada kelebihan diri sendiri dan kekurangan itu yang patut ditampung. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...