Thursday 6 November 2014

Lupa... Tua @ Penyakit

Cerita buli Alhamdulillah, polis dah dapat lokasi. Semalam berita Tv pun dah keluar pasal penangkapan 6 orang pembuli. Sekarang tengah tunggu pembicaraan. Yang kesiannya mangsa & pemangsa adalah anak yatim. Sedih :( Perlu fikir kembali di mana peranan kita sebagai masyarakat. Prihatin @ tak kita pada mereka.

Manakala kes pertama pula katanya berlaku 4 tahun dulu, yakni tahun 2010. Pembuli tu pun dah kena buang sekolah sebab kes disiplin lain. Sekolah cuma tahu lepas video viral tahun ni. Harapnya pemangsa dapat hukuman setimpal dan pengajaran yang betul.



OK, topik yang aku nak trend kan ialah lupa.
- Bukan aku sorang jer lupa. Kebanyakkan kawan aku pun banyak yang dah jadi pelupa. Aku setakat ni, lupa apa nak buat kat rumah, lupa nak beli barang apa, lupa letak barang kat mana. Tetapi biasanya bila dah dok diam tu, mesti dapat ingat balik.

- biasanya kalau bab ofis aku ingat, sebab semua ada dalam organizer dan setiap artikel yang aku dah buat, aku akan tick. Cuma kalau bab personal, aku semua main ingat kat kepala. Ok lah, dulu aku memang ingat semua date appoiment, janji nak beli barang anak dan lain-lain. Tapi bila dah lama-lama, aku memang boleh lupa. Walhal dalam kepala dah set appoiment dengan doktor 17hb tapi bila adik aku call nak datang interview, aku on je. Sampailah aku cakap dengan encik suami. Ya Allah, camna leh lupa, walhal aku yang ingatkan dia. dan aku lak boleh lupa?



Huhu

Sindrom tua?
Ok, memang diakui aku pelupa. Sampaikan benda yang senang pun aku boleh lupa. Encik suami kata aku sebenarnya tak fokus. Camna tu eh? Faktor tua tu salah satu penyebabnya. Uban pun dah penuh kat kepala.



Penyakit?
Ni pun salah satu punca gak. Aku ada masuk grup tiroid kat facebook. Banyak yang bercerita pelupa adalah salah satu simptom yang menganggu. Kalau orang tak faham, memang akan kata kami mengada-ngada. Tapi benda ni betul. Sampai ada orang yang cakap, kena saka lah dan lain-lain. Walhal itu adalah simptom sakit.



Penyelesaian
Ok, benda ni semua atas kertas jer..buat tu tak lah sangat. Contohnya makan kismis. adalah sehari aku makan kismis. Esoknya tak. Encik suami suruh bawak diary ke mana-mana. So, memandangkan tahun ni dah nak habis. Aku takdelah nak rembat kan.

Aku beli yang tahun 2015, yang kecik punya. So boleh letak dalam handbeg. Jadi, apa2 benda aku nak buat, tulis ikut date. agak2 lupa, tengok. Haha. Smartphone ada tak nak tulis kan? Entahla, kadang2 teknologi tidak semua boleh selesaikan masalah kan?


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...