Wednesday, 19 July 2017

Pesona Pengantin Oktober 2005

Banyak weh majalah.
Nak simpan banyak sangat, sampai berhabuk u
Nak buang sayang
Nanti kan kumpul habuk ja, susah kan?

So aku amik keputusan untuk snap yang mana aku pernah shooting dan abadikan di sini sebagai kenangan masa throwback itu.

Jadi, dulu2 kan tak berapa peka sangat pasal aurat tu, tapi sekarang aku kena edit mana yang patut baru siarkan. Gitue.

Lagi satu, semua ni tak ikut turutan, cuma kompile ikut tahun, mana yang snap dulu so letak dulu, pandai2 lah korang nak baca. Dan aku kompile cuma yang aku photoshoot saja. Jenuhlah weh nak snap sampai 180 muka surat. Chill guys

Masa ni Akademi Fantasia kan tengah meletup2 uols. Linda AF2 dan Yazer AF3 kami gandingkan untuk impak besar gitue. korang bertabahlah edit yang tak semengah ini ya. :)
Binwanis uols - masa ni antara butik fabrik tersohor selain Binwanis ialah Euromoda. Kira dorang memang competitor hebat lah, pastu ada Maya Silk dan lain-lain. Aku ditugaskan untuk mengendalikan kolum fesyen. Ini antara my forte lah kan. Dolu2 lah uols,

Mampu Zahnita pakai tudung? Hiks. Zahni ni memang model meletop lah time 2005 dan sezaman. Sampai sekarang pun dia jadi model Jakel kan? Punyalah mantain dia sebab Jakel takda lagi time tu kan?

Maafla Zahni terpaksa blur, sebab dia sekaran pun dah pakai tudung. Comel giler dia. Model laki tu namanya Azahar. Last aku jumpa tahun lepas pun macam ni lah orangnya. Memang tak tua eh!

Caption tu kena interview lah tukang wrapping ni. Kadang2 dorang tau, kalau tak tau, aku suruh tanya orang atasan. Kalau tak tau gak, maka terpaksalah akak google. Bayangkan google tahun 2005 dik non camna, 12 tahun lepas hokey. haha

Mostly kalau keja dengan model pro macam zahni memang senang. Foto pun klik ja kamera, memang dorang akan pos cantik. Kalau dapat model kayu, nangis mak nok!
Actualy dalam PP ni, aku dan Nora banyak buat bahagian dapur cam shooting kanopi, resepi dan lain2. Fesyen kalau ada request by klien lah. Syok woo shoot walaupun panas, sebab lepas tu mesti makan. Haha

Kelana Seafood 12 tahun lalu, sekarang mana ada dah weh! semua tempat kosong kat KL & Sgor ni semua nak buat pembangunan gtue

isu katering, jadi untuk bulan tu, memang shooting katering ja

Mengkuang. Syok shooting. Kalau camni, kami akan buat rapor dengan butik, so dorang yang akan bagi contact untuk shooting hantaran. Kadang2 ada pengantin yang request shooting tapi tu kena siasat la, samada lawa ke idok

Biasanya klien lah, macam2 butik pengantin

Ingat lagi photoshoot ni kat Chow Kit. Laju ja sampai penyelia Seahorse kata nak setup cadar bukan main lama, bila kami shooting kejap ja. Haha - actually tengok la camna, kalau dah setup cantik pastu gambar 1 pages 6 katil, so takdalah setup detail sangat kan

Dolu2, tak ramai pun orang bertudung

Page yang menjadi rebutan bakal pengantin. Ya lah uols, dulu mana ada media sosial, dapat masuk majalah tu kira hebat dah tu

Selain buat bahan, kami perlu cari contest untuk galakkan orang membeli majalah. Habib Jewel ni memang dari dulu suka buat contest, so ok lah kan

Ni kak Nora yang shoot, tapi teks by aku. Kami mengamalkan sikap kerjasama k.
 Baru 2 majalah. Haisy, nak cover sampai 7 tahun ni penat weh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full design and Custom Blog Design by jiakreatifelt.comon 12 November 2013