Monday 7 December 2015

Cukuplah kematian sebagai penasihat

2 minggu ni, beberapa berita kematian diterima. Dimulai dengan Pak Yus (Maharaja Lawak), kemudian Mariani (sezaman dengan P Ramlee) yang terbaru Tengku Jalil (anaknda Sultan Johor). Ia menjadi viral di media sosial, facebook terutamanya. Berhari-hari cerita mengenai mereka. Barulah terbongkar kebaikan mereka sepanjang hayatnya. Alhamdulillah, cerita yang baik-baik sahaja. Jadi, tepatlah jika kita tutup aib orang, Allah akan menutup aib kita. Amin2.

Cukuplah kematian sebagai penasihat

Kalau dulu perkataan ni takdalah terasa sangat -menusuk ke tulang hitam. Namun sejak sakit, benda2 ni buat aku berfikir lebih mendalam. 
"Eh! orang yang tak sakit apa-apa - maksudnya sihat ja, buat aktiviti, tapi pergi dahulu dari aku. Jadi - aku yang memang dah sakit ni tak rasa apa2 ke?"

Serius - takkan aku boleh rileks2 kot?

Benda ni serius babe - sebenarnya aku bersyukur sangat pada Allah kerana dengan sakit ini aku jadi lebih baik - dalam erti kata ingat mati - ingat bahawa dunia ni sekadar persinggahan - kalau orang alim kata dunia adalah ladang untuk bekerja keras - akhirat lah tempat menuainya.

Istigfar - dosa2 lalu - sendiri ingat lah kan. Hitung kembali - cuba tebus - mohon ampun dari Allah - secara jujur susah nak istiqamah kerana tuntutan kerja & rasa cintakan dunia itu masih ada. Tapi kena cuba - Itu sebab muncul wording kat atas - Cukuplah kematian sebagai penasihat

Orang baik - mati dulu?
Habis orang jahat - mati lambat?
Aku rasa Allah nak bagi peluang untuk orang kurang baik (tak nak pakai term 'orang jahat') - bertaubat. Betapa pemurahnya Allah kan?

Catitan ini bukan sekadar untuk mengingatkan diri sendiri sahaja. Bukan juga membuka pekung diri sendiri. Tetapi lihat dengan mata yang lebih meluas - moga kita menjadi lebih baik.

"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam
Rugilah orang yang sama keadaan dirinya dengan semalam,
dan celakalah orang yang lebih teruk dari semalam" - Saidina ALI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...