Beberapa hari juga orang bercerita mengenai kisah Villa Nabila (hmm, encik suami kata, masa dia kecik2, tahun 80an, dia dan adik beradiknya pernah bergambar di hadapan rumah misteri ni). Nasib baik gambar tu kat kampung, kalau tak gigih juga aku masukkan dalam blog ni. Lepas tu, kisah kehilangan 23 budak2 dalam villa tu. Polis siap sahkan menerima hanya 1 laporan kehilangan sahaja. Jadi, betul lah berita yang 23 tu palsu semata2. Tup2, hari ni budak tu dah dijumpai..kat mana ye? Katanya di rumah teman wanitanyanya yang agak jauh juga dari Vila Nabila itu.
Sebelum tu lagi, cerita pasal seorang penganggur yang mengatakan restoran mamak di Ipoh, nasi ganja ada tahi. Erk! mestilah geli geleman sapa yang membacanya. Sampaikan salesnya menjunam 60%. Akhirnya muncullah orang yang mengatakan dia melakukannya tapi tak sengaja. What??
Sebelum tu lagi kisah dan parodi yang macam2.
Jadi, di mana kerasionalan benda2 ini semua? Siap 1 Malaysia susah kerana mereka ini? Esy, budak2 sekarang memang, erk! nak kena cepuk.
Tapi, ada berita yang menyejukkan hati. Kisah anak muda Ammar, yang kemalangan di Istanbul. Di paparkan juga video sejak dari kecil, kemudiannya menyertai misi keamanan serta mengaji di universiti di sana. Malahan mayatnya juga berpeluh2 di dahi dan kelopak mata, seperti dia masih ada. Berbahagialah Ammar yang hayatnya untuk agama. Sejuk ibu mengandung. Lagi terkesan, bila pak2 syeikh di sana siap minta ayah Ammar tinggalkan beberapa barangan untuk mereka jadikan kenang-kenangan. Alangkah indahnya jika lebih ramai anak muda mengikuti jejak pemuda berhati mulia ini.
youtube Ahmad Ammar di sini
No comments:
Post a Comment