Saturday, 2 November 2013

Step by step lontong & kuah lodeh

Semalam balik lambat (ada pdf), tak sempat update entry. So, ari ni aku kena gigihkan juga diri ini untuk update gak. Tu sebab sambil masak sambil snap gambar. Hadoi, kelakar pun ada sampai anak lak tegur, nape mama amik gambar? hehe. Tapi memang salute lah blogger yang selalu tunjuk step by step. Gigih!

Citernya aku teringin nak makan lontong, sebab bila makan kat kedai atau restoran, banyak yang tak memuaskan hati. Ada sekali tu, kuah kacang takde. Sambal apa2 pun takda. Jadi, apakah? So, dah cakap dengan hubby, weekend ni kita masak lontong ye. Setuju teruslah membeli baranganya kan. Total cost lupa kira lak, tapi puas hati sebab makan sampai ke malam plus kids makan sikit je. siap ada lebih lagi. So, resepinya aku copy disini http://aziejaya.blogspot.com/2013/09/lontong-nur-qaseh-yang-terbaik.html   dan memang sedap.
antara bahan2nya, kalau nak tau lagi detail, kena cek resepi dia ye. Ni kononnya nak wat step by step lah, benda ni kisar dan tumis nanti.

ni antara sayur2annya, ada kubis, kentang, kacang panjang, lobak merah, tempe dan tauhu. Last sekali letak suhun. Ada lagi yang aku tak letak sebab takde, macam fucuk.

  jadi, step pertamanya ialah tumis duabatang serai dan 2inci lengkuas, biar wangi ye tuan2 dan puan2

 memandangkan mak takde kunyit hidup, letak sekali serbuk kunyit dalam bahan kisar tadi, masukkan dalam periuk, bagi wangi lagi ye tumisan ni.


macam dah sebati tu, masukkan lobak merah, kentang (sebab sayur ni keras skit)
Tuang santan cair, kiub ikan bilis, biar mendidih ye

barulah masukkan kacang panjang dan kobis sekali

 last sekali masukkan pati santan (aku guna 2 kotak santan yang 200ml setiap satu, means 400ml lah ye). Rasakan garam dengan gula sekali. Tapi aku tak taruk gula sebab kuah lodeh ni memang dah sedap pun. hahaha (puji sendiri) tapi memang sedap pun, kena rasa k.
lagi satu, ramai yang letak dalam kuah lodeh benda2 ni iaitu tempe dan tauhu (gambarnya aku tak snap lah ye), tapi bagi aku weols nak makan garing2, tu yang gigih goreng juga, letak garam skit ke, lagi sedap.
taraaa...inilah hasilnya, semua aku wat sendiri kecuali kuah kacang, beli yang instant (malas nak menumbuk kacang, tapi rasanya ok selepas didihkan. Takde masalah. Dan serunding tu memang sentiasa ada stok di rumah pun..

dyan eaza - wah! rasa cam chef lak bila terangkan dengan bergambar. Cam best jer...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...