Wednesday, 7 June 2017

Tip naikkan sales

Kolum ni khas untuk tip2 bisnes on9 dari sifu2 yang famous & of coz yang kena dengan jiwaku. So compile sini k. Nak baca link, boleh ke fb pages cikviashifa/

Sila baca dan hadam

Ada ramai yg tanya saya macam mana nak naikkan Sales.
Saya explain bab usaha.
Ramai yang masih lost.
Bila saya fikir2x balik kenapa susah sangat dorang nak paham maksud USAHA ni,

Akhirnya , saya sedar mereka sebenarnya hilang FOKUS.
Yes memang betul mereka ada usaha tapi sayangnya usaha mereka kejap panas dan kejap sejuk . Inilah maksudnya hilang fokus.

Hari2x update fesbuk, hari2x update ig. Sales tetap sama!
Apakah maksud usaha berlipat ganda yang harus diperkemaskan lagi?
Isk isk , inilah yg berlaku kalau tindakan yang sama TAPI mengharapkan result yang berbeza .

Zaman makin canggih! Gen X lah, Gen Y lah, Gen segala Gen semua dah pandai nak ceburi bidang meniaga online sekarang.

Tak caya? Cer kau tengok berapa ramai yang gedik2x nak achieved gelaran founder sekarang, sudahnya dia sendiri tak tahu kebaikkan produk yang dia jual tu .

Dulu mungkin boleh buat hardsell di Fb, sekrang tidak lagi. Dulu mungkin boleh softsell di IG, sekarang tidak lagi.
Saya tidak bermaksud yang korang kena gigih masuk kelas sana sini hanya kerana ketagihkan ilmu sebab kelas hanya akan berhasil selepas tindakan .

Kalau dah tahu kita tu jenis speed selow, belajar lah karang ayat di fesbuk dengan memperbanyakkan baca status di wall orang lain terlebih dahulu.

Kau sendiri malas baca pastu nak datang idea kot celah mana? Jadi kerja singkat yang kau buat hanyalah COPY PASTE. Adakah itu usaha?

Research pasal produk tak buat sedangkan tahu pakcik google sedia menanti dengan data internet kau yang sampai 60gb tu.

Time nak shopping @ holiday pandai pulak research hotel & tempat makan best2x tanpa perlu diajar. Sebab apa? Sebab suka dan MINAT lah.

Sekarang tengah trending Live video. Tapi masih MALAS nak buat dengan alasan MALU.
Nanti bila trend ni dah habis, masa tu lah baru kau nak gigih buat.
Pastu kau jugak melopong sorang2x kenapa orang lain dah kedepan, tapi kau masih dibelakang.

Malu? Kalau malu jangan berniaga terus.
Jangan cuba2x sebab bisness ni umpama permainanan yang tidak berkesudahan.
Kalau kalah, sakit nya memakan masa yang sungguh lama.

Sebok nak run Fbads, tapi personal branding diri masih terkapai2x.
Bagaimana untuk tarik followers di wall sendiri masih lemah, adakah itu kriteria yang harus ada untuk run Fbads yang kini dikuasai jerung2 internet marketer?

Masa seharian dibazirkan dengan scroll gosip, baca komen di wall2x orang, zoom2 kan picture orang lain dan beginilah sehingga malam dan adakalanya terbawak2 ke pukul 3 pagi.
Dan inikah yang dinamakan usaha berlipat ganda untuk naikkan sales?

Penat .. sungguh penat .. sebenarnya bukan penat berusaha tetapi TERLALU penat membuang MASA.

Cuba check list zero kos ni , dah buat kesemuanya ?
- pandai edit testimoni sendiri
- hari2 snap pic produk dalam pose yang berbeza
- dah ada 5 akaun ig berantai
- fb frenz penuh dan pandai utk naikkan followers
- live video
- kuasai dunia hashtag
- kuasai teknik closing
- hardsell di wechat
- membaca copywritting menarik
- update semua akaun resit keluar masuk
- followup database
- petah menyebarkan bisness secara offline
- tambah networking offline
- tukar gantikan fb frenzlist
- follow followers ig pesaing setiap hari 600 orang
- dan macam2 lagi

Kalau belum , maknanya tahap usaha masih dalam kategori LEMAH .
Dapat sesuatu ?
Jangan kedekut untuk Like , Komen sebagai jejak & Share ya jika korang rasa status ni #deep sampai mampu menggetarkan batu hempedu .
- Via -

spinner ketam ada lagi. Roger2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...