Cerita ni dipetik dari IIUM Confesion
Ibrah dia memang sangat berguna, terutamanya di bulan Ramadan yang suci ini
Check it out guys,
-------------------------
Assalamualaikum. sempena hari jumaat yang
mulia ni, aku nak cerita sikit tentang fitnah dunia dan salah satu cara
utk mengawal diri kita dari terjebak dengan bahaya fitnah dunia atau
fitnah dajjal. Awas! post ni panjang.
Sebelum tu, jujur aku
ni bukan perfect, masih berdosa menimbun, masih buat dosa dan masih
tertangguh taubat. confession ni lebih kepada pengalaman atau testimoni
aku sendiri.
Macam yang kita tahu, hari jumaat disunatkan membaca
surah Al kahfi dan disampaikan kepada kita bahawa surah ni boleh
menghindarkan kita dari fitnah dajjal aka fitnah akhir zaman.
Fitnah tu
bukan maksudnya fitnah yang orang tabur dari mulut ke mulut tu.
Fitnah tu
diambil dari huruf fa-ta-na yg bermaksud menarik dan buat orang
tertarik. so faham kan maksud fitnah?
Aku perempuan, ada
rupa, banyak bakat, ada keluarga yang bahagia; suami yang hampir
perfect dan anak yang comel bijak. Aku ada education yang tinggi, kerja yang
best. bukan aku nak meninggi diri, tapi aku nak cerita betapa banyaknya
fitnah yang aku hadapi.
antaranya:
– fitnah suara. ya, dulu aku
bercita-cita nak jadi youtuber. nak cover lagu, dan bagi orang dengar
kelunakan suara aku. kalau ada karoke kat majlis orang, aku mesti rasa
nak sumbangkan suara.
– fitnah wajah. aku pernah terfikir utk
menjadikan laman sosial aku sebagai tempat mencari pendapatan. untuk gain
followers bukan susah, aku cuma perlu post selfie yang cantik dan make
them public. maka berbondonglah yang akan follow.
– fitnah ibadah.
bukan tak pernah aku record mengaji, dan rasa nak post. bagi semua
dengar lunaknya aku mengaji. supaya kelihatan sempurna aku sebagai
muslimah. apa tu orang sekarang cakap “find a woman that can do both”.
buat baik sikit rasa nak bagitau seantero alam, dengan alasan “spread
the positive vibes”.
– fitnah kebahagiaan. suamiku yang hampir
perfect, anakku yang comel dan bijak, aku sangat teruja untuk memaparkannya
kepada dunia. supaya aku boleh menjadi contoh kepada orang lain,
kononnya.
– fitnah ilmu. setiap kali ternampak sesuatu hal,
selalu rasa nak komen, nak tinggalkan pandangan walaupun tak perlu.
macam nak tunjuk pandai pun ada.
Yang di atas, sebahagian daripada
fitnah yang aku hadapi.. datangnya dari diri sendiri. hati yg dambakan
pujian dan acceptance dari manusia. menginginkan “fame” dan “popularity”
yang pada zaman sekarang boleh menjana pendapatan! api riak yang mulanya
kecil, kelamaan boleh marak. aku manusia biasa!
Baru beberapa tahun kebelakangan ni menjinakkan diri dengan Al Kahfi.
Hati aku yang
senang dibeli dengan keduniaan ni perlu dikawal dan ditundukkan.
Lepas
bertahun melazimi Al Kahfi, aku dapat rasa penyakit aku yang satu ni boleh
dikawal. aku nak share sikit pengalaman sendiri.
– aku dah takde
obsession. Dulu tak tengok satu episod drama rasa rugi! tapi sekarang
tv pun aku tak heran kalau tak tengok. dengan semua benda aku rasa
moderate. fashion, drama, vacation or apa-apa yang aku gila dulu, sekarang
dah beransur biasa.
– aku dah kurang dengar lagu. Kebanyakan lagu baru pun aku jahil. Kalau dulu, muzik-muzik ni la umpama nyawa.
– Aku dah tak batak followers.
– Aku semakin malu nak menunjuk. Dulu taip panjang-panjang nak bagitau
pencapaian aku, anak aku bijak, suami aku romantik, tapi sekarang aku rasa
malu dengan diri sendiri untuk cerita kepada umum.
– aku semakin
meluaskan definisi 'private life'. aku cuba kurangkan post unnecessary
things di social media. aku mula rasa tak perlu terlalu mendedahkan
kehidupan aku.
– aku dah kurang online, hanya intai fb bila
perlu. Pages tak ilmiah aku dah tak rasa nak follow. phone aku dah
jarang pegang. Ni pencapaian yang bagus untuk diri aku yang overly attached
dengan phone sangar chronic dulu.
– aku rasa lebih positif dan
bersederhana. Walaupun mampu untuk pakai latest iphone, tapi keinginan aku
terkawal. rasa cukup je dengan phone yang ada sekarang.
– aku rasa
lebih berlapang dada, dan banyak berfikir sebab dan akibat sebelum
bertindak/bercakap atau percaya dengan sesuatu, aku berfikir
sedalam-dalamnya sebelum lantang bersuara.
Jujur aku cakap.,sebagai perempuan yang nafsunya 9, akalnya 1, aku rasa kelaziman membaca
al Kahfi sangat membantu aku untuk lebih positif, rasional dan tidak
berlebih-lebih dengan hal dunia. Ia sangat membantu aku mencantas
godaan-godaan yang datang dari pelbagai arah.
Selain daripada
amalkan surah Al Kahfi, aku cuba amalkan baca doa pelindung daripada
fitnah kubur, dajjal dan azab api neraka semasa tahiyyat akhir sebelum
bagi salam.
Aku share testimoni ni bukan untuk pujian. Kalau demi
pujian aku post kt wall sendiri je.
Aku share sebab rasa terpanggil, bila
tengok terlalu ramai kaum sejenis aku yang masih mendedahkan diri dengan
fitnah dan terfitnah macam yang aku hadapi.
Jadi marilah kita usaha kawal
semua tu sebelum parah. Aku fokuskan kepada perempuan, sebab aku
perempuan.
Kalau rasa hilang pedoman sekejap, atau terlampau rasa
liberal sangat, atau lantang sangat nak bersuara, cubalah baca Al Kahfi
dan doa pelindung dari fitnah. Bimbang, apa yang kita rasa, yang kita tak
puas hati tu hasil bisikan syaitan.
Kalau rasa terlalu banyak atau kerap
mendambakan pujian manusia melalui post-post kita, cepat cari penawar. I
have found one, and i would love to recommend this Al Kahfi miracle
therapy to you.
Fitnah dajjal itu benar, dan kita umat yang menjadi
sasarannya. Zaman kita ni zaman akhir.
Harapan aku semoga kita semua
terpelihara. dari sekecil-kecil fitnah sehinggalah yang sebesar-besar
mengakui Dajjal sebagai tuhan!
Nauzubillah! doakan aku istiqamah dan
bertambah iman untuk meninggalkan kebiasaan yang bukan syariah.
salam ramadhan.
– pendosa
No comments:
Post a Comment