CALIFORNIA-Instagram muncul sebagai platform yang sangat pantas
capaian penggunanya berbanding media sosial yang lain. Syarikat
tersebut mengumumkan 700 juta pengguna aktif setakat April 2017. Ia
adalah pencapaian luar biasa dalam tempoh masa yang sangat singkat
setelah mencatat 600 juta pada Dis 2016. Media sosial ini dirasmikan
pada Okt 2010.
Pengguna aktif bulanan di ukur menggunakan kaedah metrik. Individu yang sentiasa memuat naik gambar di Instagram setiap hari menyumbang ke arah perkembangan tersebut.
Sebagai antara laman sosial yang disertai ramai pengguna apatah lagi dengan ciri-ciri seperti siaran langsung Instagram Live, ‘Instagram Stories’ yang membolehkan perkongsian gambar dan video yang kemudiannya hilang dalam tempoh 24 jam.
Malahan ramai peniaga menggunakan saluran Instagram sebagai tempat mereka memasarkan produk atau perkhidmatan membuatkan media sosial ini semakin popular berbanding media sosial yang lain.
Hal ini juga terus mengukuhkan lagi kedudukan perkhidmatan sosial berkenaan, selain bersaing dengan aktif bersama perkhidmatan lain seperti Snapchat yang hanya mencapai jumlah 161 juta pengguna sejak dilancarkan lima tahun lalu.

No comments:
Post a Comment